Buddies

Tuesday, 5 November 2013

Sebelum Final Exam ^_^

Assalamualaikum dan selamat tengah malam. hihi dah lama kan Syitah tak update blog? Berbulan bulan dah. Syitah agak busy and takde benda nak cerita, that's why lama tak update :D Agak-agaknya korang rindu Syitah tak? Ehh I mean rindu nak baca story Syitah tak? hahah

Erm okay post tengah malam ni pun sebenarnya saje je sebab dah lama gila tak update apa apa kan. So ni saje jelah nak update before Syitah menghilang selama sebulan *maybe* sebab nak exam. Syitah akan menghilang dari semua laman sosial (Twitter, Facebook, Blog). Hanya handphone je yang Syitah on, tu pun kalau rajin lah kan ^^ So kepada korang semua, jangan rindu rinduan Syitah tau? Hahah perasan pulak ada orang nak rindu kita. hikhik

Okay in shaa Allah hari Khamis (7.11.2013), Syitah akan mula exam sem3 which is final exam. Untuk first paper iaitu Pengajian Am pada 7.11.2013 tu, then bersambung pada Rabu (14.11.2013) untuk paper Pengajian Perniagaan pulak. Keesokan harinya iaitu Khamis (15.11.2013), Syitah exam paper Ekonomi & Sejarah. Then pada Isnin (25.11.2013), Syitah ada paper Ekonomi sem1, paper tu Syitah repeat. Then merdeka lah! huhh total semuanya hanya 5 hari je, tapi jarak masa yang banyak yang membuatkan exam ni nampak lama. huhu

So tinggal lagi beberapa puluh jam je Syitah nak exam, Syitah nak lah update blog ni sikit. Kot mungkin ni last post dari Syitah ke kann :') Facebook dah online tadi puas puas, Twitter pun nak offline dah, then lepasni terus tidur. Mengantuk dah sebenarnya tapi nasib harini cuti. heheh

Okaylah, Syitah undurkan diri dulu. Panjang umur, ada rezeki, kita berjumpa lagi ye. In shaa Allah lepas dah habis exam, Syitah nak aktif blogging balik. Nak jadi active blogger. Haha cehh.. In shaa Allah jika ada masa terluang. Doakan kejayaan Syitah dan rakan seperjuanagn lain yang akan menduduki SPM & STPM mulai 6.11.2013 ni. Syitah berharap kita semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, keputusan yang membanggakan keluarga, keputusan yang membuatkan kedua ibubapa kita menangis kegembiraan. In shaa Allah, amin ya rabbal alamin ;)

Sekian, wassalam ❤

Thursday, 27 December 2012

Wan, Syitah rindu Wan... Al-Fatihah :'(

Assalamualaikum. Selamat malam, kalian. Tiba-tiba rasa rajin pulak nak update blog. Hihii.. Syitah ada cerita nak share dengan korang sebenarnya. Hermm, Syitah rasa agak sedih cerita ni. L

Macam ni, malam tadi Syitah mimpi perkara yang sedih sangat. Syitah termimpikan arwah Wan. Nak tahu Wan tu sape? Wan ialah panggilan untuk nenek sebelah ayah.. Herm dalam mimpi tu, ada beberapa orang lagi yang ter-enter frame sekali, tapi Syitah tak ingat sape. Hahaa.. Okay okay, please be serious. Yang Syitah masih ingat, Syitah peluk wan kuat-kuat sambil menangis gila-gila, sambil tu cakap “Wan, Syitah sayang wan. Syitah sayang Wan” And ayat tu Syitah ulang banyak-banyak kali. I don’t know what it means, sebab before ni Syitah dah pernah mimpi jumpa arwah wan jugak. Yang malam tadi entah kali ke berapa tah Syitah termimpikan arwah wan. Then bila tersedar je, Syitah rasa macam real apa yang berlaku tu. Jantung ni rasa berdegup laju, mata pulak rasa macam masih ada sisa air mata.

Syitah sedih yang teramat sangat, hanya Allah yang tahu. Mungkin Syitah terlalu rindukan Wan. Sedangkan sebelum tidur, Syitah takde pulak fikir benda bukan-bukan. Memang lahh sebelum tidur tu hati Syitah ni rasa sayu je, rasa sedih (sebab hal lain)., tapi takde kaitan langsung dengan hal arwah Wan. Tak sangka pulak rasa sedih tu sampai terbawak-bawak dalam mimpi & termimpikan arwah Wan! Hanya dari Wan lah Syitah dapat rasa kasih sayang seorang nenek sebab nenek sebelah ibu, since Syitah lahir lagi dia dah meninggal. Ya Allah ya Tuhanku, Syitah rindu sangat sangat sangat sangat sangat dekat Wan…… :’(
Pelik jugak sebab dah banyak kali mimpi jumpa arwah. Adakah ini petanda? Petanda yang Syitah memang akan jumpa dia tak lama lagi? Petanda yang Syitah akan teman Wan kat sana? Allahuakbar.. Astaghfirullahalazim.. Sesungguhnya ajal maut ditangan Tuhan. ANDAI itu takdir-Nya, takde siapa yang dapat menghalang. Hanya mampu memohon pada Allah, moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh & ditempatkan di Syurga kelak.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, Kau ampunkanlah segala dosaku, Kau ampunkanlah segala dosa kedua ibubapaku, ampunkanlah dosa guru-guruku, Kau ampunkanlah segala dosa sahabat-sahabatku, ampunkanlah dosa seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia & Kau ampunkanlah segala dosa orang yang telah membuat salah terhadap diriku. Kau selamatkanlah kami di dunia & akhirat. Kau berikanlah kami kebahagiaan di dunia & kebahagiaan hakiki di akhirat. Tempatkanlah kami di bawah lindunganMu, ya Allah. Jika Engkau hendak mematikan kami, matikanlah kami dalam keadaan yang aman & penuh keimanan sebagaimana Engkau menghidupkan kami dalam keadaan aman & iman. Jauhilah kami dari perka-perkara mungkar. Kuatkanlah hati kami, kuatkanlah semangat kami, kuatkanlah iman kami. Tetapkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami supaya kami tidak mudah terpesong dan termakan dengan hasutan syaitan. Peliharakanlah iman kami supaya kami sentiasa berada pada jalanMu, ya Allah. Sesungguhnya apa yang telah Engkau tetapkan, adalah yang terbaik untuk kami. Amin ya rabbal alamin.

Semoga roh Wan aman di sana. Suatu hari nanti kita akan berjumpa jugak. Wan tunggu ye?? L Syitah sayang Wan sangat-sangat. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal arwah Wan, click link ni --->> http://lia-naa.blogspot.com/2012/08/aidilfitri-tanpa-dia.html

.... AL-FATIHAH .... 

Wassalam ❤