Buddies

Monday 30 April 2012

Blog lama

Assalamualaikum. Hari ni Syitah nak buat pengumuman. Hahahahaha
Jengjengjeng....

Syitah nak bagitahu kat korang yang SYITAH ADA SATU LAGI BLOG. Erm tapi blog tu dah lama berkubur dah sebab Syitah tak ingat password blog tu. Hehe
Ni Syitah nak bagi link, untuk share dengan korang sume.

Blog Syitah yang lama tu, biasa-biasa je. Takde lah awesome pun. Blog tu dah berkubur since tahuin 2010. :D
Syitah rasa blog yang baru ni better dari yang lama sebab yang ni, Syitah banyak design. Tapi terpulang kat korang lah nak judge macam mana kan? Citarasa setiap orang berbeza.

Syitah nak undur diri dulu, nak sembahyang. Jumpa lagi di lain waktu. hehe

Wassalam. <3

Sunday 29 April 2012

Puisi ciplak :D

INDAHNYA SAATKU BERSAMAMU,
SERING MENJELMA DI INGATANKU,
AKU TAK TAHU ADAKAH AKU RINDU??
SERING KU INGAT AKAN DIRIMU,
DAN MIMPI BERTAMU DALAM LENAKU..

AKU TERPANGGIL UNTUK TERUS MENGINGATIMU,
WALAU KU TAHU,
KAU TAKKAN PERNAH MENJADI MILIKKU..
ANDAI KAU TAHU,
RASA HATIKU,
BERIKANKU KESEMPATAN UNTUK BERSAMAMU,
WALAU HANYA SEKETIKA..
KAU PENUHILAH IMPIANKU,
SEKALI SEUMUR HIDUPKU.....




* Puisi ini bukan hak milik sendiri. Puisi serta gambar di atas tiada kene-mengena antara yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. HARAP MAKLUM. :')

Wassalam. <3

Wednesday 25 April 2012

LULUS ! Alhamdulillah :)

Assalamualaikum. Saya post lagi kat sini. hehe.. It's up to me, right? Because this is my blog. :D

Just now, I went for JPJ test at Akademi Memandu COTT. Alhamdulillah, Syitah lulus! Actually, tadi retest sebab masa 28.3.2012, Syitah dah test JPJ. Cuma hari tu failed kat bukit, so retest tadi. Thanks to Allah so much! Lagi seminggu, lesen P keluar la. Nanti dah siap, cikgu tu yang akan hantar. Boleh jalan-jalan makan angin. Hahahaa

Happy sangat! Senang lah sekarang sebab dah lulus, dah tak payah nak risau-risau fikir pasal JPJ. huhuh.. Lega! Alhamdulillah.. Tadi lepas dah buat 3 penjuru, dah tahu lulus dah, memang rasa terharu & macam nak menangis sebab tak sangka pulak kan. Hehee

Semuanya berkat doa kawan-kawan dan orang sekeliling & atas usaha sendiri jugak. Thank you so much! Okay, Syitah rasa nak tidur. Kat sini pun, dah mula hujan. Seronok tidur ni. ngee

Wassalam 

Dapat tawaran!

Assalamualaikum. Apa khabar sume orang? Dah lama Syitah tak post kat sini. hehe

Ni Syitah nak bagitahu, Syitah dah dapat tawaran untuk sambung belajar, tapi Form 6 la. Matrikulasi Syitah tak dapat. Masuk Form 6 tu, Syitah dapat jurusan KEMANUSIAAN. Huhuu.. Kawan cakap jurusan ni senang. Tapi tak tahulah kan, bergantung pada diri sendiri jugak.

Kalau masuk Form 6, Syitah akan belajar kat sekolah lama. Huuwaaaaaaa! Kena jejak balik kat SMK SERI AMPANGAN. Aduhaiii... Malasnya. Bukan sebab tak nak belajar, tapi sebab kena pakai balik baju sekolah, then kena ikut rules sekolah. Haiyoyoo.. Harap-haraplah Syitah dapat tawaran IPTA pulak nanti. AMIIINNNNNN...........

Nanti pendaftaran 8.5.2012 iaitu hari Selasa. Daftar pukul 9.00am & kena pakai baju seragam sekolah. Arhh tidaaakkkkk!! :D :D :D
Tapi takpelah, Syitah terima je dulu kan, sementara nak tunggu tawaran IPTA. InsyaAllah, dapat tu nanti. Amin..

Wassalam 

Thursday 19 April 2012

Tak jadi...

Assalamualaikum. Seperti biasa, boring sangat duduk rumah. ggrrr.....
Sepatutnya hari ni Syitah hang out dengan kawan, tapi tak jadi sebab dia ada interview untuk scholarship.

Sekarang ni Syitah tak tahu nak buat apa. Rasa mengantuk pun ada jugak, tapi rasa lapar pun ada jugak. hehe
Kalau lah tengah hang out ni, mesti best. Malam tadi tiba-tiba kawan Syitah text bagitahu yang dia tak dapat nak pergi sebab ada interview. Nama di Effa Fatiha. Dia tu bestfriend masa Syitah primary kat SKKGV. Dia tu pandai, tu dari last week asyik ada interview je untuk scholarship. huhu

Mula-mula dapat tahu yang dia tak dapat nak pergi, frust laa jugak sebab rindu gilerrr kat dia. Ingat dapatlah jumpa hari ni, tapi tak ada rezeki kan, so nak buat macam mana. Then, bila tak dapat pergi dengan dia, ingat nak ajaklah member lain, tapi diorang pulak ada hal. Lastly, langsung duduk rumah je, tak keluar ke mana pun. Hahaa

Kitorang merancang nak hang out kat JJ, saje nak jalan-jalan, tengok wayang sume. Dah lama Syitah tak keluar since dah berhenti kerja ni. Memang jadi penganggur setia & terhormat lah kat rumah ni, sampaikan tak tahu dah apa lagi nak buat. ngee

Perghhh!! Syitah RINDU TERAMAT SANGAT dekat kengkawan. Lama tak jumpa diorang. Pheewwww.... Tapi tak tahu lah diorang rindu Syitah or tak. Arhh, tak kisah lah kan?.. hehe

Erm dah tak tahu nak cerita apa lagi. huu.. Byebye korang. Salam sayang & salam rindu sangat-sangat buat semua.

Wassalam. <3

Monday 16 April 2012

Bila nak dapat tawaran??

Assalamualaikum. Syitah di sini masih menganggur. Hahaa.. Boring lah duduk rumah. Haishh...

Erm ni entah bila Syitah nak dapat tawaran belajar. Tawaran dari IPTS dah berlambak, tapi Syitah tak nak sebab Syitah ni bukannya mampu sangat nak tanggung kos perbelanjaan untuk masuk IPTS. Ni tenhgah tunggu IPTA. Ada beberapa orang kawan Syitah dah dapat tawaran untuk pergi temuduga, tapi Syitah ni satu pun tak ada lagi. Risau pulak rasanya sebab takut kalaw terlepas je. Tapi InsyaAllah ada rezeki tu.

Syitah post pasal ni macam Syitah dah tak sabar je kan nak sambung belajar? Huhu.. Actually excited lah jugak nak sambung belajar. Tapi haraplah dapat masuk U. Amin.... Kepada kawan-kawan yang dah pergi interview atau akan pergi, good luck lah yerr.  Kepada sesiapa yang dah dapat tawaran tu pulak, congratulation. Kepada sesiapa yang dah sambung belajar tu, study smart & jangan mudah terpengaruh. Takut culture shock!

Okaylah, sampai sini saje. Byebye

Wassalam. <3

Friday 13 April 2012

Mencintai TAK SEMESTINYA memiliki

Assalamualaikum. Dah beberapa hari Syitah tak post kat sini. Untuk hari ni, Syitah ada something nak cerita or share dengan korang pasal title post yang kat atas tuu. Title tu pun Syitah ambil dari drama apa tah. hehe..

Bukan apa, ada sesetengah orang fikir kalau kita cintakan seseorang, kita tetap akan jadi miliknya & orang tu tetap akan jadi milik kita. Actually, Syitah pun pernah terfikir macam tu jugak. Tapi sebenarnya, tu semua salah sebab MENCINTAI SESEORANG TAK SEMESTINYA MEMILIKI DIA melainkan kalau dah ditetapkan dia jodoh kita, yang tu memang tak dapat dipertikaikan lagi.

Bagi Syitah, bila kita cintakan seseorang, kita terpaksa berkorban walaupun kita tahu yang dia takkan jadi milik kita. Pengorbanan itu sangat bermakna kerana walaupun ianya SANGAT SAKIT, tapi bila kita tengok orang yang kita cinta tu bahagia dengan pasangannya, kita pun akan bahagia jugak (konon nya laa kan).

Syitah pun pernah jugak terjebak dalam kancah percintaan dulu. Tapi tu semua DULU. Apa boleh buat, tak ada jodoh kan. Mula-mula memang rasa KECEWA YANG TERAMAT SANGAT, tapi lama-lama Syitah REDHA, Syitah PASRAH. Tu semua adalah ketentuanNya. Apa yang terjadi adalah atas kehendakNya.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan, dan apa yang pernah terjadi tu adalah pengalaman hidup Syitah. Pengalaman tu lah yang mengajar Syitah supaya menjadi lebih matang, lebih tabah & cekalkan hati dalam mengahadapinya. Kalau Syitah tak rasa tu semua, belum tentu Syitah akan dapat tahan dengan perkara macam ni. Pengajaran yang utamanya, JANGAN MUDAH PERCAYAKAN ORANG & JANGAN TERLALU BERLEMBUT HATI.

Alhamdulillah, Allah bagi Syitah kekuatan walaupun sekarang Syitah tak dapat memilikinya. Dengan kata-kata "MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI", tu membuatkan Syitah lebih kuat dalam meneruskan kehidupan. Takkan hanya sebab benda macam tu, kita nak terus give up kan?

Biarlah segala yang Syitah rasa, Syitah pendamkan dalam hati. Lebih baik MENCINTAI YANG MAHA MENCINTAI. Apapun, Syitah sentiasa mendoakan kebahagiaan both of you. :')

Wassalam 

Monday 9 April 2012

Mimpi.. Astaghfirullahalazim

Assalamualaikum. Dah tengah hari ni, barulah Syitah nak share cerita pasal mimpi. huhu
Bukan bermakna yang Syitah baru bangun tidur, okayy. ^^

Malam tadi, Syitah mimpi sesuatu yang sangat menakutkan. Bukan mimpi hantu ke apa, tapi lebih menggerunkan dari tu. Ianya berkaitan dengan kematian. Astaghfirullah... Dalam mimpi tu, Syitah bukan tinggal dekat rumah yang Syitah tinggal sekarang, tapi rumah tu agak usang.

Dalam mimpi tu, Syitah berdiri dekat tepi tingkap tengok keadaan kat luar. Masa tu Syitah tengok puting beliung yang sangat dahsyat lagi hebat, itulah kuasa Tuhan Yang Maha Esa. Dalam puting beliung tu ada darah-darah sebab ia dah 'makan' manusia. Syitah tengok banyak orang yang meninggal dunia disebabkan kejadian tersebut.. Tetapi, Syitah sekadar pemerhati dari dalam rumah yang usang tu.

Masa Syitah tengok kejadian yang terjadi, Syitah rasa sangat cuak + takut sebab belum bersedia untuk meninggal dunia. Dalam mimpi tu jugak, Syitah menangis sebab Syitah rasa mungkin ajal Syitah dah sampai.
Puting beliung yang Syitah tengok tu sangat dahsyat & menakutkan!! Subhanallah... Tak lama lepas tu, Syitah tersedar. Alhamdulillah, Syitah masih bernyawa lagi di atas muka bumi ni. Syukran ya ALLAH..

Kenapa Syitah dapat mimpi macam tu?? Adakan ini petunjuk awal supaya Syitah berubah ke arah yang lebih baik? Hermm, mungkin jugak. Syitah ni pun banyak sangat buat dosa. Mungkin Allah bagi petunjuk awal supaya Syitah sempat bertaubat sebelum ajal menjemput.. InsyaAllah..

TUHANKU, AKU TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU
TETAPI AKU TIDAK PULA SANGGUP MENANGGUNG SEKSA NERAKAMU
OLEH ITU KURNIAKANLAH, AMPUNAN KEPADAKU
AMPUNKANLAH DOSAKU
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN
DOSA-DOSA BESAR

AMPUNKAN AKU, YA ALLAH !!!!!

Salam sayang untuk semua.

Wassalam. <3


Mengurut. huhu

Assalamualaikum. Good midnight everybody! haha.
Ni Syitah seje nak share dengan korang. Tak tahu nak cerita apa lagi. whee

Ayah hari ni tak berapa sihat. Syitah tengok dia macam demam je. Asyik rehat je. Tadi sebelum tengok ABPBH, ayah minta tolong Syitah urut ayah sekejap. Syitah rasa badan ayah panas, memang sah lah demam. Syitah urut tadi adalah dalam 15 ke 20 minit. Tak lama pun. hehe. Lepas tu Syitah tengok pulak ABPBH. huu

Syitah ni sebenarnya, pakar lah jugak kalau mengurut orang ni. Hahaha.. Poyo pulak aku ni kan? Gurau-gurau sajaa.. Tapi Syitah memeang retilah jugak mengurut ni sebab since Syitah budak-budak lagi Syitah dah start urut orang. Contohnya masa dulu, Syitah selalu urut arwah wan sebab dia selalu minta tolong. Tapi yang bestnya lepas urut wan, dia mesti kasi upah. haha.. Eyh korang, jangan salah sangka pulak. Bukan Syitah urut dulu sebab nak upah, cuma dah wan yang nak kasi., rezeki jangan ditolak. hehehe

So siapa yang jadi hubby Syitah nanti, beruntunglah kamu sebab Syitah pandai urut. :D
Siapa nak kahwin dengan Syitah? Angkat tangan!!! kahkahkah. Dah mula merepek ni. Asalnya nak cerita pasal  mengurut je, tapi terlari dari topik sebenar pulak. Maaf, maaf. huhu

Okay lah, Syitah nak tidur dah. Dah pagi-pagi buta dah ni.
Good morning, kalian. Salam sayang, salam rindu untuk kamu.

Wassalam. <3

Saturday 7 April 2012

Fobia + Trauma = ????

Assalamualaikum. Herm, Syitah ada benda nak cerita ni. Cehh! Banyak laa sangat yer. Huhu
Benda ni actually berlaku siang tadi, dalam lingkungan pukul 12.50pm hingga 2.00pm.
Ceritanya bermula begini.......... (Saje buat gimik lebih. Hahaha)

Insiden berlaku pada 6 APRIL 2012. ^^

Pagi tadi dalam pukul 10.00am, sepupu Syitah datang rumah dengan mak dia sebab dia nak ambil gaji. Dia datang dari Palong. Nama sepupu Syitah tu Nurulnabila, tapi Syitah panggil dia Nabila. Mak dia pulak Syitah panggil Mak Ngah. Nabila ni sama kerja dengan Syitah dekat Marrybrown, Pacific. So tadi dia nak pergi lah ambil gaji.

Dalam pukul 11.00am, Syitah & Nabila gerak pergi Pacific. Nabila yang drive. Then, bila kitorang sampai sana, niat asalnya Nabila nak minta gaji, tapi Sir takde pulak. So kitorang pun lepak lah situ sambil makan-makan. Nabila hantar mesej dekat Sir, tapi Sir tak reply. Nabila suruh mak dia call Sir, Sir kata nanti dia masukkan dekat akaun Mak Ngah. Nabila pun menyirap lah, penat-penat datang dari Palong, sekali gaji tak dapat pulak. Memangt menyirap lah kan. Kalau anda dekat tempat dia, mesti panaasss je kan?? hehe

Herm.. Start dari masa tu, Nabila dah mula rasa tak sedap hati. Dah lama lepak kat situ, kitorang pun balik. Mulanya rancang nak tengok-tengok baju kat dalam tu, tapi langsung terlupa dek kerana terlalu hott sebab tak dapat gaji. huhuh

Lepas dari Pacific tu, kitorang nak gerak pergi Giant Senawang sebab ada benda yang Nabila nak cari. Alhamdulillah mula-mula perjalanan okay je, tapi ada masa-masanya enjin kereta tu mati, tapi dapat start balik. Dalam perjalanan tu pun, Nabila ada kata yang dia masih rasa tak sedap hati. Dia punya firasat tu dah lah betul, tapi dia kata takde apa-apa. Syitah pun relax je lah, fikir positif.

Kitorang nak pergi Giant tu ikut jalan dari arah Taman Tuanku Jaafar tu. Bila dah sampai dekat traffic light nak masuk ke arah Giant, yg berdekatan dengan Taman Rasa Sayang, Senawang, tiba-tiba enjin kereta tu mati. Nabila try start kan enjin, tapi tak boleh jugak. Banyak kali dia try, tapi still tak ada apa-apa respon. Belakang dah mula sesak. Ada tu kereta yang hon, padahal dah pasang hazard light. Diorang yang tah apa-apa, tak nampak agaknya. Ermm, Nabila dah start nak nangis dah, Syitah pulak lagilah cuak. Nabila call mak dia, call ayah dia.. Then, Nabila call abang sedara kitorang, nasib baiklah dia dapat datang dengan kawan-kawan dia sekali untuk tolong. Syitah pulak call kawan-kawan Syitah. Tapi masa tu orang lelaki pergi sembahyang Jumaat.

Alhamdulillah, almost setengah jam kitorang tersadai berdua kat situ, ada lah seorang makhluk Allah ni datang untuk tolong. Dia tu pormen, tak tahu pulak nama dia apa. Tak sempat nak tanya sebab tengah cuak gilaa masa tu. hehe.. Mula-mula orang tu pun tak tahu apa punca enjin mati. kitorang dah berpanas dekat situ. Tak lama lepas tu, lebih kurang 4 orang lelaki datang tolong. Nam[ak macam diorang tu baru balik dari sembahyang jumaat sbb ada yang berkopiah, berbaju melyu lagi. 3 orang budak muda & sorang pakcik. Diorang tolong tolakkan kereta ke bahu jalan supaya tak block kereta-kereta lain untuk jalan, untuk mengelakkan kesesakan. Kereta tu pun parking dekat bus stop depan Giant, so senang lah pormen tu nak repair apa yang patut kan.

Lepas tu, abang sedara pun sampailah dengan member dia. Kitorang suruh dia temankan kitorang kat situ, lagipun dia tengah free. Sementara tu, abang pormen repair kereta. Dia kata mungkin battery kong. So dia pun ambil battery kereta dia (kereta Gen-2), then pasang kat kereta yang Nabila bawak. Alhamdulillah, syukur pada Allah, lpeas je abang pornen tu pasang battery, try start kan enjin, memang dapat dihidupkan balik. Pormen tu kata, sementara waktu ni jangan bagi kereta tu mati enjin sebab kalaw tak, nnati tak dapat nak start balik.

Dari Senawang tu, abang sedara pulak yang drive sebab Nabila kurang berani nak bawak, lagipun Syitah takut. Dia hantar kitorang balik rumah Syitah. Semuanya selamat. Syukran ya ALLAH.. 

Sampai sini je lah Syitah mampu cerita. Ni pun dah cukup panjang dah ni. hehe
Nak tahu lagi cerita pasal ni? Boleh lah visit blog sepupu Syitah ni, Nurulnabila. Tapi dia maybe update blog dia esok kot. hehe. Ni link blog dia

Sekarang dah masuk 7APRIL 2012. So segala yang Syitah cerita kat atas, terjadi semalam.
Sesungguhnya Syitah masih fobia + trauma. huhu.. Mana taknya, first time terjadi dekat 2 orang budak perempuan yang sedang makan angin. hahah. Selalunya tengok dalam tv je. Macam drama pulak. ngee,,

okay lah, Syitah pun nak tidur dah. Good midnight (ayat baru tu. haha)
Jumpa dalam mimpi yerr.

Wassalam. <3

Friday 6 April 2012

IYLIA NASYITAH BINTI ZAHIR

Assalamualaikum. How are you there? Hehe
Padahal tadi Syitah baru je post. hahaha


IYLIA NASYITAH BINTI ZAHIR.
Yupp! That's my full name. Sometimes, my friends called me "YAYA" or "SYITAH". Huhh, whatever.. As long as it is a good name. ^^

Tapi yang Syitah pelik, kenapalah orang susah sangat nak sebut nama ni.. Haish haishh... Syitah rasa takde lah susah pun nama Syitah ni. Ada tu kadang-kadang panggil "IYLIA NATASYA", "IYLIA NATISYA", "IYLIA MASYITAH" & macam-macam lagi. huhu

Ermm2.. Ada tu jugak kemaen payah  lagi na sebut nama "IYLIA" tu. haha
Ada jugak yang silap sebut, tersebut "MASYITAH". Yang tu common lah kan sebab "NASYITAH" dengan "MASYITAH" kan hampir-hampir je bunyinya.

Alhamdulillah sangat Syitah dikurniakan dengan nama seindah itu. Bagi Syitah, indahlah tu, tapi bagi orang lain, Syitah tak tahu. Lantak korang lah nak judge macam mana pun nama Syitah ni. hehe


Ni lah antara nickname yang biasa dipanggil orang.
It's simple as the owner. Hahahaa

Okay guys, good night. Err, good morning. huhu
Sweetdreams.

Wassalam ❤

Thursday 5 April 2012

TODAY MY LIFE BEGINS

Assalamualaikum. Hye kawan-kawan! hehe
Kali ni Syitah nak post lirik lagu "Today My Life Begins" by Bruno Mars. Lagu ni bagi Syitah semangat. Liriknya sangat bermakna. huu.. So Syitah nak share dengan korang.

I've been working hard so long
Seems like pain has been my only friend
My fragile heart's been done so wrong
I wondered if I'd ever heal again

Ohh just like all the seasons never stay the same
All around me I can feel a change (ohh)

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin'
I know I can make it, today my life begins

Yesterday has come and gone
And I've learnt how to leave it where it is
And I see that I was wrong
For ever doubting I could win

Ohh just like all the seasons never stay the same
All around me I can feel a change (ohh)

[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bruno_mars/today_my_life_begins.html ]
I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin
I know I can make it, today my life begins

Life's too short to have regrets
So I'm learning now to leave it in the past and try to forget
Only have one life to live
So you better make the best of it

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin
I know I can make it, today my life begins

I will break these chains that bind me, happiness will find me
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the takin
I know I can make it, today my life begins
Today my life begins...

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bruno_mars/#share


Kalau nak tahu lebih lanjut lagu ni, korang boleh lah download kat website ni,

Okay lah korang, tu je yang Syitah mampu post. Haha
Lain hari ketemu lagi.

Wassalam. <3