Buddies

Thursday 21 June 2012

Sahabat- Aizat :')

Assalamualaikum. Herm, this song is dedicated to Nurul Faiqah. Faiqah, kalau kau dengar, jangan menangis tau. heheh
Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat 
Ingatlah kau selalu 
Jadi yang terbaik
Walau kau tak di sini lagi
Sahabat
aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Aku di sini dan menunggu 
Diam tanpa dirimu 
[ Sahabat lyrics found on http://lyrics.my 
Kau tahu ku tak bisa 
Beranjak terbang dan melayang 
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembalilah
Oh aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembalilah
aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembalilah
Kembalilah oh sahabatku
Kembalilah...
* Nak dengar lebih lanjut, korang search lah sendiri kat Youtube tu yer. hihi.. Peace! ^^v

Monday 18 June 2012

NURUL FAIQAH ^_^

Assalamualaikum. Korang-korang.. Korang nak tahu something tak? Nak tahu lah ey? hihii
Syitah tengah sedih ni & actually tadi Syitah menangis. Nak tahu kenapa??  Sebab sahabat sejati Syitah akan pindah, nun jauh ke utara. So hari ni Syitah nak cerita pasal sahabat sejati Syitah yang bernama NURUL FAIQAH BINTI ABDUL HALIM.

Mula-mula, Syitah kena berpisah dengan Asyiqin & Puteri sebab diorang dapat tawaran SBP & MRSM masa Form 4. Then, kena pisah dengan Nazifa pulak sebab dia pindah ke SMK Seri Pagi cause rumah dia dekat kat situ. Bila dah habis Form 5, kena berpisah pulak Shah, Nissa, Izzati. Bila dah masuk Form 6, Lisa pulak keluar pergi politeknik, then Elisa keluar pergi UniKL. And now, kene berpisah pulak dengan Faiqah. Semua yang Syitah rapat, dah pergi tinggalkan Syitah, tapi diorang pergi untuk mencapai impian diorang. Diorang pergi untuk berjaya, and Syitah yakin diorang pun nak Syitah berjaya jugak. Dengan berat hati, Syitah terpaksa merelakan diorang pergi, lagipun atas sebab sambung belajar. Sekarang, tinggal Syitah, Afifah, Zulaikha, Farah & Sherry. Tapi next week, Farah pulak pindah pergi Johor. Haaaaaargghhhh! Hermm, aku mendoakan kecemerlangan & kebahagiaan korang, buddies!

Kat atas tu lah nama penuh Faiqah, tapi Syitah panggil dia "FAI". Kitorang kenal dah lama jugak laa, since Form 1, tapi start rapat since Form 2. Selama 4 tahun kitorang sama kelas, masa Form 4 je tak sama. Kitorang sebenarnya 1 group, ada gang tersendiri lah katakan. hahahaha.. Masa Form 2 kitorang agak rapat, tapi masih malu-malu unta lagi, tapi bila dah Form 4, Syitah & Faiqah jadi bertambah akrab even kitorang tak sama kelas. Waktu tu, gang yang lain ada yang dah pindah sekolah sebab dapat tawaran SBP and MRSM. 

Then bila dah masuk Form 5, lagi lah rasanya macam tak boleh dipisahkan. Dalam kelas duduk bersebelahan, kalau nak pergi toilet pun sama-sama, nak pergi mana-mana lah mesti berteman, mesti berdua. Dah macam belangkas pulak. Selalunya orang yang couple je macam belangkas. Hehex.. Bila Form 5 lagilah bertambah keakraban and kerapatan kitorang ni. Faiqah ni lah kawan suka & duka, dialah musuh, dialah kakak. Why 'kakak'? Because she's older than me. huu.. Dia jugak lah yang selalu bergaduh dengan Syitah, tapi kitorang hanya gaduh-gaduh manja. Tak lama pun kalau bergaduh. Boleh dikira dengan jari lah berapa kali je kitorang gaduh., rasanya tak sampai 5 kali pun kitorang bergaduh. Betapa eratnya kami kan? Kankankan?? :D

Korang jangan jealous ye dengan keakraban kami ni. Hahax. Syitah dengan Faiqah dah macam adik-beradik. Apa-apa cerita, Syitah mesti akan share dengan dia. Susah senang kami bersama, even sampai kitorang dah masuk Form 6. Tapi sekarang, Faiqah dah tak masuk Form 6 lagi sebab dia akan pindah ke UiTM kat Sungai Petani, Kedah. Jauh kan? Mula-mula hari tu, dia kata pendaftaran bulan Julai nanti, tapi malam tadi (dalam pukul 11.18pm), dia sent message. Biasalah Syitah tengah mamai time tu sebab tidur awal malam tadi, Syitah pun ignore je la message tu. Dia sent macam ni :

* Yaya syg..aku grk ke kedah esok..insyaallah klu smpt aku g skola bg bku pa kat kau..psl byr x yah rsau..ble ade duit t kau byr la..take care my dear..jgn lupe aku.. *

Faiqah!! Mana boleh aku lupa kau! :'(

Then bila Syitah tak reply, dia pun call la pagi-pagi buta tadi (dalam pukul 3.36am). Dia kata dia pergi Kedah tu hari ni, tapi petang nanti. Kalau tak sempat, dia gerak esok pagi dalam pukul 4.00am. Syitah pun tanyalah, bila hari pendaftaran yang sepatutnya, then dia kata hari Selasa, means esok lahh.. Ya Allah ya Tuhanku, Syitah punyalah sedih. Faiqah ada cakap yang dia menangis. Lepas dah habis calling, Syitah menangis. Rasa sedih sangat, dia kena pergi belajar jauh. Syitah takde semangat. Takde semangat nak pergi sekolah esok. Lepas ni dekat siapa pulak Syitah nak share segala benda. Rindu kat dia.... wuuuuuwwuuuuuuu :'(

Ni ada pesanan dari aku untuk kau, wahai sahabat :

" Faiqah, jaga diri kau baik-baik. Jangan nakal-nakal, ingat family, ingat kawan-kawan yang lain, and most important ingat Allah SWT. KAU ADALAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH yang Allah bagi kat aku. Aku & member-member yang lain takkan lupakan kau. Kitorang sentiasa ada di sisi kau. Mungkin kita jauh di mata, tapi dekat di hati. Sekarang zaman dah canggih, ad FB, Twitter, Skype, handphone pun ada, kita still boleh contact. Kau jangan lupa aku tau. Jangan terkena culture shock, jaga diri tu baik-baik. Pilih kawan yang betul-betul boleh dianggap kawan, jangan pilih kawan yang ada dengan kau bila susah je, cari kawan yang susah-senang bersama-sama sebab banyak orang cakap, bila kat Uni barulah kita akan kenal mana satu kawan, mana satu lawan. Kalau ada kawan kau yang minta kau buatkan assignment dia, kau marah je dia sebab orang macam tu memang tak layak digelar kawan. Aku kat sini tak mungkin dapat jumpa pengganti kau, kawan macam kau sebab kau hanyalah satu. Kau sorang je yang ada perangai macam diri kau sekarang ni. Aku minta maaf atas semua kesalahan, kesilapan aku kat kau sepanjang perkenalan kita. Halalkan segala makan minum aku, segala yang kau pernah belanja aku, halalkan segala ilmu yang kau dah share dengan aku. Jangan lupakan member-member kau kat sini. Solat jangan tinggal. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan & kejayaan kau. Semoga kita semua berjaya mencapai cita-cita masing-masing, semoga kita semua berjaya di dunia & akhirat kelak. InsyaAllah, Aminn.... Nurul Faiqah., kau lah sahabat, kau lah musuh, kau lah kakak, kau lah teman & mungkin kau jugak yang bergelar kawan dunia akhirat. InsyaALLAH.... Aku sayang kau. Aku rindu kau. Jangan lupa kami... :'( "

Wassalam ❤

Sunday 17 June 2012

Kem RES Q best !!

Assalamualaikum. Syukur! Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana masih memberi Syitah peluang untuk bernafas di atas muka bumi ni, masih beri Syitah peluang untuk update blog ni. Syukran jazilan :')

Kelmarin, hari Jumaat, Syitah pergi kem RES Q. Kem RES Q ni kat PJ Perdana je, so dekat lah dengan rumah Syitah. Kem tu actually untuk students Pra-U je, tapi disebabkan ramai yang tak pergi, so cikgu bagi peluang untuk students Form 5. Total adalah dalam 50 orang kot. Kem tu just like kem yang berlandaskan ilmiah.

Kem RES Q ni hanya dari hari Jumaat sampai Sabtu je. Bila kira-kira, tak sampai 2 hari pun, hanya 1 setengah hari je. Kem ni tersangat lah best! Rasa macam tak cukup je 1 setengah hari, nak tambah hari lagi..... Rugi je tau sesiapa yang tak pergi tu. Actually, mula-mula Syitah malas nak pergi sebab kena bayar, tapi bila dah pergi, tak rasa menyesal pun sebab kem tu seronok. Penceramah pun tak membosankan, banyak buat lawak pulak tu. Kalau lah dapat putar balik masa ni, Syitah nak stop kat situ & nak terus dengan kem tu lama-lama. Betapa bestnya kem tu. Rugi-rugi sape yang tak pergi. hihihi

Eherm, kalau nak diceritakan lagi, banyak lagi yang best-best, tapi Syitah dah penat nak taip. Hahaa.. So sampai sini je lah dulu Syitah share dengan korang. Kalau ada masa lagi, nanti Syitah update lagi cerita pasal kem ni yer? Salam sayang untuk semua.

Wassalam ❤

Thursday 14 June 2012

Mendukacitakan :'(

Assalamualaikum. Mesti ada antara korang yang baca ni tengah happy kan? Happy sebab dapat tawaran further study ke... Herm, I'm very dissapointed. Do you know why?? Because I didn't get the offer from UPU. Ouhh, damn sad.

Tadi Syitah balik sekolah dalam pukul 2.30pm, then Syitah terus online nak check UPU result. Sekali bila dah bukak, di keluar macam ni :

" Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA dalam Permohonan Rayuan ke IPTA/Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2012/2013. "

Memang terbaik lahh kan? Hahahaha. Syitah sedih sangat. Tadi Syitah menangis teruklah jugak, hati ni hancur. Rasa kecewa macam kecewa putus cinta. Semangat semua dah takde, emosi tak stabil, mood tak elok. Hanya tuhan je tahu betapa kecewanya Syitah rasa. Kepada sesiapa yang dapat tawaran tu, Syitah ucapkan tahniah. Sesiapa yang tak dapat tu, bersabarlah ye wahai kawan. Korang pun sama macam Syitah jugak, tak dapat.

Syitah sekarang kenalah teruskan Pre-University ni. Mungkin ni yang terbaik kot untuk Syitah kan? Allah itu Maha Mengetahui, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk Syitah. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Perancangan Allah tu lebih teliti & lebih baik. Syitah kena kuat. Syitah kena buat betul-betul & pastikan dapat pointer yang tinggi untuk setiap exam. Iylia Nasyitah, you can do it! Beat the rest & be the best!

I HAVE TO ACHIEVE POINTER: 3.50 & ABOVE. InsyaAllah..

Wassalam 

Wednesday 13 June 2012

Result

Assalamualaikum. Happy tak guys? Kalau tak happy pun, kena senyum jugak yer. hihi

Kawan-kawan, Syitah ada benda nak bagitahu ni. Esok result rayuan UPU keluar! Whooaaaa... Ni yang hati berdebar-debar, senak perut lah bagai. Syitah berharap sangat Syitah dapat tawaran tu, lebih-lebih lagi tawaran UiTM- Diploma Ukur Bahan. Kalau lah result tu mendukacitakan, memang Syitah nangis. Harapan hanya tinggal harapan. So Syitah bermohon sangat pada Allah supaya rezeki berpihak pada Syitah, supaya harapan Syitah tercapai, cukuplah sebelum ni harapan hanya tinggal harapan. Syitah nak keluar dari sekolah tu. ^_^

Actually Syitah pun ada dapat tawaran Uni lain, tapi tu semua private. Syitah ada jugak dapat offer UniKL- Malaysian Spanish Institute (UniKL-MSI), tapi Syitah tolak. Private university Syitah malas lah nak pergi, so sekarang ni masih bermastautin di Pre-University. Huhuu

Korang-korang, doakan supaya Syitah dapat tau? And sesiapa jugak yang ada buat rayuan tu, mudah-mudahan korang pun dapat jugak tawaran tu. InsyaAllah, Amin.. Erm kenapa Syitah berharap sangat eyk? Kenapa Syitah nak sangat keluar dari sekolah tu eyk?? Ahhaaa, biarlah rahsia.. Hahahahahahaa

For me, 'LET START A NEW LIFE FROM A NEW DAY AND A NEW EPISODE'. * I'm okay, I like to put a smile on face everyday. * :')

Wassalam 

Monday 11 June 2012

After two weeks.. ;'(

Assalamualaikum. Herm.. Syitah tengah takde semangat ni. *tapi sempat lagi update blog & online. :D

Okay, hari ni kira first day bukak sekolah since two weeks holiday. Disebabkan hari ni baru bukak sekolah lah yang membuatkan Syitah tersangatlah tak bersemangat. Hari ni dah start belajar. Hari ni otak tak bersedia lagi untuk menerima ilmu yang diberikan cikgu. Hari ni semuanya tak ready. Hari ni rasa sangat rimas!

Dalam kelas tadi, Syitah banyak diam je. Almaklumlah, geng takde. Dalam kelas tu pun only two Malays : Me n Khairulnizar. So booooorrriiiinnngggggggggg. Rasa macam nak nangis, lebih-lebih lagi cikgu dah bagi homework. Wohooo, homework nye pulak MUET & Mathemathics M (Mathematics Management). Mathematics M tu susah macam Additional Maths. Ahahahahaa

Habis kuliah, Syitah pergi library sorang-sorang, ingat nak pinjam buku Maths M tu, tapi takde satu pun buku tu. Lastly, buku MUET pulak yang Syitah pinjam cause nanti senang nak buat homework. Lagipun homework MUET tu kena buat essay writing, and Maths tu banyak la jugak exercise yang teacher bagi -.-"

So Syitah berharap sangat dapat tawaran UPU tu, insyaAllah minggu ni dah boleh tahu result dia. Kawan-kawan, tolong doakan supaya Syitah dapat tawaran tu yer? Sebab Syitah nak sangat keluar dari sekolah tuu. Thank you. :')

As the conclusion, the beginning after two weeks holiday, I'm not ready with all these situations. It's really makes me feel blurrrr............

Wassalam ❤


Friday 8 June 2012

Best Friends

Friends that watch your back
Friends that play with your heart
All act the same from the start
Before you know it some disappear
Others stay beside you for life
Those are the friends
The BEST FRIENDS.