Buddies

Tuesday 13 May 2014

Paling senang buat tapi baru harini berkesempatan.

Assalamualaikum. Taraarararararaaaaaaaa!


Cer teka cer teka amende gambar tu? Maaf lah yer kalau rupa eh hodoh, comot sikit tapi Alhamdulillah rasa memang sedap! Hihi.. Erm erm rasanya korang tahu kot tu mende even rupa takcantik. Itu kek batik. Adalah iras iras sikit.

Actually ni first time Syitah buat. Yeeeee saya tahu nak buat kek batik paling senang tapi baru harini saya berkesempatan T.T Bila first time buat, so tak reti nak agak berapa banyak biskut kena guna. Yang ni macam terlebih biskut je. Huhu. Buat masa ni Syitah takmasukkan dulu resepi. Nanti next time buat in shaa Allah Syitah masukkan. Tapi korang mesti dah tahu resepi kek batik. hihi

Wassalam ❤

Monday 5 May 2014

Pendaftaran Pra-Universiti Sesi 2014/2015

Assalamualaikum, selamat petang! Okay mungkin ada yang tahu and mungkin ada jugak yang taktahu. Harini pendaftaran untuk pelajar Form 6 atau kini dikenali sebagai pelajar Pra-Universiti. Almaklumlah sekarang ni dah sistem baru :) Syitah ambik tahu hal ni semua sebab Syitah bekas pelajar Pra-U so rasa rindu form 6. huhu

Tadi Syitah memang stay kat sekolah sebab tolong tolong kat kiosk tu. Sambil tu tengoklah bebudak form 6 mana yang daftar harini. Tengok macam takramai je. Pastu diorang kata pun tak ramai Melayu. Mungkin jugk sebab awal-awal ni ramai yang masih tunggu UPU, tapi maybe lelama nanti ramailah kot. Untuk tahun ni, students form 6 dah boleh pakai baju biasa, smart and casual. Maknanya sape yang upper six tu pun dah mulalah pakai baju biasa harini. Macam kat sekolah Syitah, diorang akan pakai baju biasa pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat je. Selasa baju MPP and Rabu ikut badan beruniform. Pada mulanya memang jealous bila tengok, tapi bila fikir-fikir balik pening sebenarnya sebab kena fikir nak pakai baju ape setiap hari. Takkan nak pakai baju sama kan? Terutamanya perempuan. Almaklumlah perempuan kan cerewet sikit bab bab pakaian ni. *untuk diri sendiri juga. Hahah.. Yang bestnya pakai baju sekolah ni, terasa awet muda. Yelah budak sekolah kan muda. hewhew

Cuma... Ada 1 perkara yang Syitah takfaham. Kenapa orang pandang negatif/rendah pada Form 6? Mungkin sebab diorang fikir : "Oh form 6 ni kat sekolah. Ape kelas dah habis SPM tapi still sekolah" "Kalau masuk form 6 kena ikut peraturan sekolah. Handphone takboleh bawak" "Form 6 ni susah. Kalau fail kena amek diploma balik" "Form 6 ni bla.. bla.. blaa.. blaaaa....." Haih form 6 itu form 6 ini itu ini itu ini dan macam macam lagi.. Sedangkan tu semua hanya mindset diorang. Diorang takmasuk, so diorang taktahu macam mana. Alhamdulillah batch Syitah ramai je lulus cemerlang amek STPM. Yang penting kena usaha lah kan. Kalau tak usaha memanglah rasa susah.

Ingat taksedih ke bila kita amek STPM, tapi orang pandang rendah/negatif dengan taraf tu, pastu komen macam macam. Kata itu ini. Setiap perkara ada kelebihan kekurangannya. Alhamdulillah ada sorang kawan Syitah tu kata "Kau tahu tak, kat U aku, lecturer aku lagi pandang budak STPM" dan kata-kata dia tu membuatkan Syitah lebih bersemangat :') Sebelum sebelum ni, kalau orang tanya Syitah belajar mana, mesti rasa rendah diri sangat nak cakap yang kita ni amek STPM. Alhamdulillah sekali lagi, Syitah dah lepas semua tu, Syitah bersyukur dengan result yang dah dapat.

Hahaha okay papepun Syitah rasa rindu sangat nak sekolah balik lebih-lebih lagi tengok budak daftar tadi. Teringat zaman Syitah mendaftar dolu dolu :D Rindu nak pakai baju sekolah! Rindu kelas! Rindu cikgu cikgu! Rindu semuanya tentang sekolah! Sayang weh kat SMK Seri Ampangan tu. Dari form 1 sampai upper 6 kat situ ek. Hihi. Tu jelah kot.

Wassalam ❤

Rindu.

Friday 2 May 2014

First time. Hantaran.

Assalamualaikum semua! Harap semua orang sihat sihat belaka. In shaa Allah.. Harini ada something yang Syitah nak cerita. Nak tahu apa yang first time?? Hantaran? Ada orang dah datang melamar ke?? Meh baca sampai habis :p

Actually takda siapa pun yang datang melamar. Haha ni first time ada orang tempah kat Syitah cheese cracker untuk hantaran. As you all tahu Syitah kan ada buat bisnes cheese cracker, tapi jual dalam bekas kecik tu jelah. Then ada satu hari ni someone nak tempah untuk hantaran. So kena buat dalam bekas besar lah kan. Macam taksangka Syitah diberi kepercayaan untuk buatkan cheese cracker sebagai hantaran. Hantaran perkahwinan pulak tu. Terharu ye disitu. Terharu sangat! :')

Someone tempah last week kalau taksilap and tadi dia dah datang ambik. Someone tu nak strawberry flavour. Nervous gila nak buat. Mana taknya, untuk hantaran. Kalau untuk makan makan biasa tu takdelah cuak sangat. huhu.. Alhamdulillah last week Syitah dah settle cari barang, minggu ni baru buat and tadi decorate. Alhamdulillah juga everything was alright. Syitah punya debar ni sampai menggigil gigil kaki, selera makan pun hilang. Hahaha aduhai ~ So sekarang semua settle. Thanks to Allah ;)

Wassalam ❤

Strawberry Cheese Cracker