Buddies

Friday 20 January 2012

Driving class !!

Assalamualaikum. huhh.. Semalam Syitah pergi belajar memandu. Tu lah 1st time Syitah bawak kereta. Nervous yang teramat sangat! Mana taknya, yang sepatutnya ajar Syitah  trainer perempuan, tapi hubby dia yang tolong ajarkan sebab dia kena ajar lagi sorang student. Dah lah hubby dia badan tough sangat, bekas askar lah katakan, rasa gabra je nak drive. Banyak kali pulak tu enjin mati. hahahahaha

Yang Syitah belajar semalam, side parking & 3 pointer. Naik bukit belum belajar lagi. Then, pusing roundabout & belajar drive kat jalan besar. Lalu jalan 1 iaitu dekat pacific tu. Mula-mula cuak jugak, alhamdulillah lah enjin tak mati masa drive kat jalan besar. Syukur sangat-sangat.. Syitah belajar 2 jam je. Rasa cepat sangat masa tu berlalu. Seriously, macam tak cukup masa. Tapi takpe, ada lagi 6 jam masa untuk Syitah belajar. Moga lepas ni bukan hubby trainer tu yang ajar, nak trainer tu sendiri yang ajar, barulah tak kekok. huhu

Harap-harap lah nanti Syitah dapat buat yang terbaik, especially time test JPJ. Semoga Allah mempermudahkan urusan Syitah AMIN...

Sampai sini je lah Syitah cerita. Malas nak taip banyak lagi. hehe
Lain masa ketemu lagi. wheee

Wassalam 

Monday 16 January 2012

Menjejakkan kaki ke sekolah ^^

Assalamualaikum. Lama tak publish post ni. hehe. Pagi tadi Syitah pergi sekolah untuk ambil CGPA. Seronoknya! Sebab.. dapat jumpa kawan-kawan. Even bukan semua member, Tadi, Syitah dapatlah jumpa Sharafie, Faiqah, Lisa & Sahrianisa. Diorang pun ambil CGPA jugak.

Syitah pergi tadi dalam pukul 11am. Masa tu, students form 4 & form 5 tengah rehat. Dapatlah jenguk-jenguk junior ku. hahahaha.. Masa Syitah sampai, Faiqah, Sharafie & Lisa tengah tolong menjual kat kiosk. Maklumlah kan, ex-usahawan muda yang berjaya. Syitah pun join lah diorang kejap kat dalam kiosk tu. Then, bila budak yang sepatutnya bertugas sampai, kitorang pun lepak lah kat luar tu. Borak-borak sume, dah lama kan tak jumpa. Tapi dalam FB, selalu je borak-borak. Texting pun ada jugak. Tapi lagaknya macam bertahun je tak jumpa. huhuh

Alhamdulillah lah, dapat jugak lepas rindu kat diorang tu. Mana tak nya, rindu tahap gaban kat diorang. heheh
Diorang pun rindu Syitah jugak. hoho perasan je. ngee.. Lepas tu bila dah selesai semua urusan, Sharafie, Faiqah & Lisa nak pergi tengok wayang. Kat mana tu, Syitah tak ingat lah diorang cakap apa. Diorang ajak join, tapi Syitah kena pergi kerja karang dalam pukul 3.30pm. So Syitah tak dapatlah ikut sekali, lagipun belum tentu ayah bagi kan. ggrrr...

Herm okay lah, Syitah nak siap-siap untuk pergi kerja. Nasib baiklah dah solat, senang sikit. hehe
Lain kali insyaAllah, Syitah post lagi ye. SAYANG KORANG!!! RINDU KORANG SESANGAT!! huhuu.. Goodbye, jangan rindu-rindu Syitah,. hahahahaha

Wassalam 

Wednesday 11 January 2012

BORN AS A MUSLIM.

I was born as a muslim but was that just a name
...Did I know how my religion came
Was I too busy with getting fame
Yes, I know I should be ashamed

I was born as a muslim but did I know what was expected from me
Did I know I had the key
Was I too blind to see
What was in front of me

I was born as a muslim but did I take my religion for granted
Havin fun is all I wanted
Music was blasted
Did I know all this would be accounted

I was born as a muslim but did I know I was gonna die
Even without sayin goodbye
When ALLAH swt was mentioned did I cry
Not bein honest always sly

Did I ever ask myself why
Wearin jeans showin my thigh
Thinkin I looked fly
Wonderin why the good guys always go by
But only getting looks from bad guys

I was born as a muslim but did I respect my mother
Knowin that there was no other
Jannah lies between her feet
But was I sweet
Or did I take a backseat
Just lyin there on my bedsheet
Thinkin my life is complete
Nuffin to regret or nuffin I was wishin to delete

I was born as a muslim but did I only need ALLAH in bad situations
Was I worshipping the creator or the creation
Did I forget my obligation
No to the masjid but yes to the train station
Willing to go to any location
Was I lovin these temptations

I was born as a muslim but was that just a name
Did I know how my religion came
Was I too busy with getting fame
Yes, I know I should be ashamed

TANGISAN seorang ISTERI...


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi. 


Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... 

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu. 

Wahai suami-suami,
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami-suami,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Tuesday 10 January 2012

I miss my friends.

Assalamualaikum. How are you, guys? haha
Erm, Alhamdulillah dah masuk 2 minggu Syitah kerja. Kawan-kawan Syitah ni pulak, bila nak datang restoran aku? Promote ni. heheh..

Syitah rindu kawan-kawan semua. Last week hari Khamis, Syitah pergi ceramah untuk pra-L. Ya Allah, Syitah punyalah bersyukur sebab dipertemukan dengan kawan-kawan sekolah rendah. Dah macam reunion pulak masa tu. Memang seronok! Dapatlah lepas rindu kat diorang. Ya Allah rindunya!! Sangat best borak-borak semua. Maklumlah, bertahun tak jumpa. Cewahh! ngee

Kawan secondary school pun Syitah rindu jugak. SANGAT-SANGAT RINDU. Faiqah, Qiqin, Azie, Shah, Puteri & Lisa! Geng tersayang tu. GOPFAN !! ^^
GOPFAN tu ada maksud disebaliknya, moto kitorang pulak RJL. Tu pun ada maksud yang tersirat. weewee..

Member-member lain, whoaa memang Syitah rindu jugak. Aduhh.. Seriously, Syitah rindu sangat korang semua! Masa primary dulu, dari darjah 1 sampai darjah 3, Syitah kelas Uranus. Darjah 4, kelas Utarid. Darjah 5, kelas Zuhrah & last sekali masa darjah 6, Syitah kelas Utarid. Alhamdulillah.. Bila dah masuk secondary pulak, dari form 1 sampailah form 5, Syitah dapat kelas Kenanga. Alhamdulillah sekali lagi. Macam-macam kenangan pahit manis, tawa duka yang kitorang share bersama sebagai classmate. Miss, miss..

Huhu.. Okay guys, aku rindu korang sangat-sangat. Jangan lupa aku. InsyaAllah aku akan selalu ingat korang. Ingat Allah jugak yer!
Good morning lah. hehe


Wassalam 

Wednesday 4 January 2012

Sekolah ! Yeahhh!

Assalamualaikum. Apa khabar semua? hehe.. Harap sihat semuanya. Time Syitah taip post ni, Syitah tengah dengar lagu 'Jangan Lupa Namaku' by Pompa Bensin. I really love this song very much! Lirik dia menyentuh perasaan sikit, & of course Syitah dah rasa macam nak menangis ni sebab lagu ni ada sikit kena-mengena dengan Syitah. wuuu.. Sedih2..

Dah lah, taknak sedih2. Kita kena ceria okay. hehe.. Iylia Nasyitah Zahir HAPPY GO LUCKY. kot lahh. huhu.. Hari ni first day sekolah. Syitah rindu sangat. Rindu sekolah & kawan-kawan seperjuangan. Wahh! haha.. Cikgu-cikgu takde lah rindu sangat. Ngee. 

Actually mula-mula, Syitah lupa yang hari ni dah start sekolah. Almaklumlah, saya ni baru je habis sekolah kan. Tu dah tak ingat dah bila buka sekolah. hahaa. Syitah tanyalaa my sis, Iylia Nadhirah Zahir, bila buka sekolah. Dia yang bagitahu. ;)

Syitah teringat lah masa zaman persekolahan dulu. Macan-macam kenangan yang masih segar di ingatan. Macam-macam jugak peristiwa yang dah terjadi. Ada yang happy sangat, ada yang sedih sangat. Peristiwa yang sedih tu, biarlah jadi rahsia antara Syitah dengan Allah je. Hanya Allah yang sentiasa ada di sisi dikala Syitah senang atau susah.

So,, peristiwa sedih tu Syitah simpan elok-elok dalam ingatan. Biarlah peristiwa gembira yang Syitah share dengan korang ye. hehe..

 Syitah teringat masa Syitah pergi Port Dickson dengan member-member. Masa tu Syitah ahli Kelab Usahawan Muda & pegang jawatan as Pengarah Pentadbiran dan Sumber Manusia (Human Resourses, HR) di Syarikat Imtiyaz Sdn. Bhd. Ada syarikat sendiri woo. huhu.. 
Actually syarikat ni ada terdiri daripada 5 orang Ahli Lembaga Pengarah (ALP). Syitah salah seorang ALP. Yang lainnya, Muhammad Naqiuddin as Pengarah Urusan, Muhammad Azman as Pengarah Pengeluaran, Nurul Faiqah as Pengarah Pemasaran, Nur Shuhada as Pengarah Kewangan. Masing-masing sungguh berkaliber. wohooho


Syarikat kitorang terpilih untuk menyertai Konvensyen Negeri Kelab Usahawan Muda di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Kitorang stay kat sana selama 3 hari 2 malam. best sangattt! Kalau nak cerita kat sini, panjang lah. Banyak pulak nanti yang Syitah kena taip. So kesimpulannya, biar Syitah & member-member ALP yang ingat sendiri. haha. Syitah malas nak taip banyak-banyak. huhu
Lagipun kalau Syitah cerita, ada perkara yang dah jadi sejarah. Syitah bukan tak nak ingat, tapi kena lah hormat pihak lain jugakkan. Nanti syok-syok je cerita, kot ada pulak pihak yang terasa ke, jealous ke. Payah dah kalau jadi macam tu. Silap-silap, kot Syitah dibenci. TIDAK MAHU, TIDAK MAHU. MINTA DIJAUHKAN. AMIN... Anyway, segala kenangan kat sana, memang Syitah takkan lupa sebab banyak sangat sweet memories. Andai dapatku undurkan masa.. hermmmmm
IANYA MASIH SEGAR DI INGATAN & BERMAIN DI FIKIRAN. Wahh ayat pulak, dramatis! kahkahkah


Erm okay lah, Syitah pun nak tidur. Hari ni Syitah kerja shift pagi pukul 9. Korang semua, jemputlah datang & sumbang sekali kat tempat kerja Syitah tu. hehe
Good morning guys. I MISS ALL MY FRIENDS. Syitah rindu ZAMAN PERSEKOLAHAN !!


Wassalam 

Tuesday 3 January 2012

Kerja memang best!

Assalamualaikum. Kali ni nak cerita pasal kerja pulak. Dah seminggu Syitah kerja dah. Kat mana Syitah kerja, korang carilah sendiri yerr. hehe

Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar. Cuma masa mula-mula tu memang agak clumsy. Mana tak nya, baru first time kerja lah katakan. Tapi sekarang ni Syitah rasa enjoy & seronok bekerja. Staff yang lain semuanya sporting. Manager pun boleh tahan jugak sporting. huhu.

Masa first day lagi, Syitah dah dapat kawan dah. Alhamdulillah.. Member-member kerja semua best lah. Semua sengak-sengal belaka & gila-gila jugak. huhuhu. Memang boleh jadi geng ni. hahah.. Kitaorang dah macam family pun ada jugak. Even Syitah baru seminggu kerja kat situ & baru kenal staff situ, tapi Syitah rasa macam dah lama kenal je. Diorang baik sangat. Tak pentingkan diri sendiri & peramah. Syitah selesa kerja dengan diorang.

Tapi nanti bila Syitah nak berhenti kerja, Syitah akan rindu diorang. Cuma tak tahu lagi bila Syitah akan berhenti. Buat masa ni, Syitah okay lagi kerja. Tak ada lah tension2. Syitah jadi cashier., so kalau ada short duit, kena lah ganti bergilir dengan cashier yang lain even bukan kitorang yg buat duit jadi short. Tak sabar nak dapat gaji. haha. Dah dapat gaji nanti, nak simpanlah sikit. Yang lain, untuk perbelanjaan harian. Cewahh!!

Okay lah, sampai sini je Syitah cerita pasal kerja. Kalau ada lagi, nanti Syitah cerita kat post yang lain pulak. hehe.. Good morning, sweetdreams.

Wassalam. <3

Monday 2 January 2012

Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin

 Assalamualaikum. Syitah nak post lirik lagu. Lagu ni Syitah suka sangat sebab lirik dia sangat bermakna. Hayatilah lirin ni, kalau nak dengar lagu, korang carilah sendiri ye. hehe

" Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku


Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...


Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur


Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati


Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan


Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...


Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati


Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu...... "


Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/07/lirik-lagu-jangan-lupa-namaku-pompa.html#ixzz1iDz9Cyb5

Wassalam. <3

Sunday 1 January 2012

HAPPY NEW YEAR !!

Assalamualaikum. HAPPY NEW YEAR, GUYS! Cepat sungguh masa berlalu. Tuptup je, dah masuk tahun 2012. Alhamdulillah, Allah masih bagi Syitah peluang untuk hidup & menikmati tahun 2012. Alhamdulillah. 

Syitah mengharapkan agar tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Semoga kehidupan kita semua diberkati & mendapat keredhaan Allah. InsyaAllah, amin.. Syitah takut sangat kalau tahun ni, peristiwa yang sama berlaku sebagaimana yang pernah terjadi tahun lepas. Tapi dulu, Syitah tak kuat nak hadapi tu semua, insyaAllah sekarang ni Syitah akan jadi lebih tabah & sabar dengan segala ujian dariNya. Allah tak akan bagi ujian kepada makhlukNya, sekiranya makhlukNya itu tidak mampu untuk tanggung. Allah bagi ujian mengikut kemampuan makhlukNya. Syitah yakin, mesti ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Syitah redha...

Sesungguhnya orang yang bersabar akan mendapat ganjarannya.. So Syitah kenalah sabar walau apa pun yang terjadi. Jangan cepat mengalah. Untuk tahun ni, Syitah dah tekad untuk buat sesuatu & insyaAllah, Syitah akan pastikan apa yang Syitah tekad tu akan kekal tanpa ada perubahan. Mudah-mudahan.. AMIN.


IYLIA NASYITAH ZAHIR KENA KUAT OKAY! JANGAN NAK BANYAK MENANGIS JE LAGI.
DAH TAHUN BARU, DIRI PUN KENA BARU. wohooho... 
BIAR ORANG BUAT KITA, JANGAN KITA BUAT ORANG. Saya redha.. Dia sentiasa di sisi Syitah walau apa keadaan sekalipun. =')


Wassalam