Buddies

Wednesday 23 April 2014

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM & STPM 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Fuhh baru tengah hari dah letih. Haha.. Tadi Syitah pergi sekolah. Seperti biasalah sebab nak hantar produk kat kiosk. Tapi harini tadi Syitah stay sebab nak tolong tolong sekali kat kiosk.

Okay harini diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM & STPM 2013 di Dewan D’SURY Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan iaitu sekolah lama Syitah lah kan. So disebabkan time Syitah datang kiosk tu tengok ramai benar orang dalam tu, Syitah pun pergilah dewan sebab nak tengok rakan rakan seperjuangan ambik anugerah tu. Pelajar pelajar cemerlang SPM dan STPM tu diberi hadiah berupa sebuah plak, wang tunai dan sijil penghargaan.

Ehem ehem disebabkan Syitah punyalah malu nak duduk kat tempat yang dah disediakan (tempat untuk ibu/bapa/penjaga/keluarga, bukan tempat pelajar yang dapat anugerah), so Syitah duduk kat belakang dalam sebuah kelas dengan junior iaitu bebudak form6. Event tu start dalam 8.30am. Lepas bacaan doa, ucapan daripada pengetua , Datin Sri Hajah Rohayah binti Harun (still ingat taw even dah 5 bulan tinggalkan sekolah. Hiks), bermulalah majlis penyampaian anugerah. Mula mula anugerah untuk pelajar pelajar cemerlang SPM 2013 then barulah anugerah untuk pelajar pelajar cemerlang STPM 2013.

Time tengok rakan rakan seperjuangan Syitah (yang ambik STPM) ambik hadiah, dalam hati ni hanya Allah je yang tahu. Syitah rasa bangga sangat dan gembira bagi pihak diorang even Syitah takterlibat dalam majlis tu. Jealous dengan diorang sebab diorang berjaya xD Rasa nak nangis pun ada sebab Syitah terfikir “Kalaulah aku ada sekali kat situ, naik pentas, ibu dengan ayah ada, mesti seronok”. Bila tengok tu memang semangat ni membara bara. Majlis tu dapat bagi motivasi secara tersiratnya :') Ada jugak datang rasa menyesal tapi masa dah takboleh nak putar. Bukan takbersyukur dengan result yang Syitah dapat haritu, Alhamdulillah result Syitah sangat memuaskan cuma lagi sikit je  nak capai macam diorang, tapi salah sendiri jugak tak usaha lebih kan. Huhu

Bila tengok kawan kawan semua dapat anugerah, jealous nya rasa. In shaa Allah bila dekat U nanti, Syitah nak dapatkan Anugerah Dekan! Kalau kawan kawan Syitah boleh berjaya, takkan Syitah takboleh kan. Cuma kena rajin berusahalah. Kesimpulannya, perkara yang lepas dijadikan pengajaran. Akan datang kita buat yang lebih lebih lebih baik! Semoga Syitah and kawan kawan dapat sambung degree bulan 9 nanti. In shaa Allah, aminn J

Wassalam ❤