Buddies

Thursday 22 March 2012

Result SPM telah ku dapat. hehe

Assalamualaikum. Lega! Sebab dah dapat dah pun result SPM. ^^

Semalam Syitah pergi sekolah ambil result. Syitah pergi dalam pukul 10.30am, padahal result keluar lebih kurang pukul 11.00am lebih, almost pukul 12.00pm. Syitah saje datang awal, dapat lepak-lepak dengan kengkawan. hehe
Seronok sangat dapat jumpa diorang! Dapat lah lepas rindu..

Then, almost pukul 12.00pm, result pun keluar. Orang first yang ambil result untuk kelas Syitah is Naqiu. Time tu kitorang tengah lepak-lepak lagi kat kiosk. Sekali dia datang and jerit "woi! pergi ambil result!". Kitorang punyalah cuak+nervous+jantung nak gugur+takut. ngee.. Maklumlah, SPM ni kan penting.

Syitah antara orang-orang yang terakhir ambil result, sebab cuak sangat. Sekali bila tengok slip tu, alangkah terkejutnya. Tapi alhamdulillah, walaupun result Syitah tak segempak result member yang lain, tapi Syitah bersyukur sangat sebab Syitah dah buat yang terbaik. Result Syitah pun tidak menghampakan parents'. Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat padaMu Ya ALLAH.

Lepas dah habis semua, dah dapat lepas rindu kat kengkawan, ayah jemput Syitah balik. Bila kat rumah, Syitah belum lagi jejakkan kaki dalam rumah, ibu dah tanya "kakak dapat berapa?".. Syitah pun diam je dulu. hehe..Then Syitah pun tunjuklah slip tu sambil cakap berapa yang Syitah dapat. Sekali ibu menangis dan cakap tahniah kat Syitah. Ibu salam & peluk Syitah sambil menangis! IBU MENANGIS KEGEMBIRAAN! Syitah tahu, walaupun result Syitah tu tak sehebat orang lain, tapi pencapaian yang Syitah dapat tu berjaya buat ibu menangis kegembiraan. Sekali lagi aku bersyukur padaMu Ya ALLAH..
Ayah pulak dia gembira dengan apa yang Syitah dapat. Dia ucapkan tahniah dan salam Syitah. Dia ada lah bagi hadiah berupa wang.. ngee.. Ayah kata 1A RM50. Nak tahu berapa jumlah keseluruhan yang Syitah dapat? Sooo sorry, Syitah tak dapat nak bagitahu. Kalau Syitah bagitahu, nanti korang tahu pulak berapa A yang Syitah dapat. huhu


Petang tu pulak, Syitah kena kerja. Memang takde mood langsung! Sebab hati masih dekat rumah, badan kat tempat kerja. Syitah diam je masa tu, tak banyak cakap macam selalu. Muka pun susah nak senyum. Dah lah kawan-kawan yang lain cuti, tu monyok je. Tapi bila nak balik, barulah ceria. huhu

Erm okay lah, sampai sini je Syitah dapat kongsi cerita. Sebenarnya Syitah tengah isi UPU. hehe
Byebye. I LOVE YOU. Wuhuu

Wassalam. <3

Monday 19 March 2012

Makin hampir.. ggrrr

Assalamualaikum. Hye hye hyeee.. Nak tahu apa yang makin hampir? Result SPM laa. Syitah kan calon SPM tahun lepas, 2011. ^^

Result keluar hari Rabu ni bersamaan 21.3.2012. Masa awal-awal dulu kata result keluar hari Khamis bersamaan 22.3.2012, tapi haritu tiba-tiba pulak dapat berita kata keluar 21.3.2012. Nervous woo! Lagi sehari je kott.. Syitah harap batch '94 dapat result yang cemerlang. InsyaAllah, AMIN..

Hari ambil result ni, Syitah kena kerja pulak tu. SEDIH SANGAT! ;(
Syitah nak cuti! Kawan-kawan lain yang kerja, dapat cuti.. Nanti hari Rabu tu, Syitah kerja petang. Masa tu, Syitah sorang je 'budak SPM' yang kerja kat tempat kerja Syitah tu. Rakan seperjuangan yang kerja kat situ, dapat cuti. Erm tapi takpe la, maybe ada hikmah disebalik semuanya.

Syitah harap pada result ni, dapat 5A (A+,A,A-) dan ke atas pun, syukur Alhamdulillah. Tapi yang paling penting, harap sangat takde gagal.. InsyaAllah. Ape boleh buat, slip result tu semua dah siap dicetak, tinggal nak agih-agihkan je kat sekolah-sekolah. Tawakal aje laa...

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, BIARLAH KAMI MENANGIS KEGEMBIRAAN DAN JAUHKAN LAH KAMI DARIPADA MENANGIS KEKECEWAAN PADA HARI RABU INI.. HANYA PADA-MU KAM,I MEMOHON BELAS KASIHAN.. AMIN YA RABBAL ALAMIN......

Wassalam. <3