Buddies

Sunday 16 February 2014

Alhamdulillah, Permulaan Yang Baik

Assalamualaikum, selamat malam readers. Ni first time dalam tahun 2014 Syitah blogging pada waktu malam. Entah pesal tah. Hihihi

Haritu kan Syitah ada bagitahu yang Syitah akan update ke korang macam mana dengan bisnes Syitah tu, so kali ni Syitah nak cerita serba sedikit pasal bisnes ceesecracker yang Syitah hantar kat kiosk sekolah.

Alhamdulillah Cikgu Rohani terima produk tu untuk dijual.  Alamdulillah jugak pada minggu pertama Syitah jual chessecracker tu mendapat sambutan yang sangat tak dijangka.  Taksangka pulak ramai pelajar yang suka. Cikgu-cikgu pun ada yang berminat. Alhamdulillah sangat! Tak menang tanganlah dibuatnya, memang letih dah macam pergi kerja raso eh. Hahahaha.. Tapi Alhamdulillah keletihan tu semua sangat berbaloi. Ni merupakan permulaan yang baik. Syukur sangat ada Allah ^^

Buat masa ni memang Syitah takdapat nak ber-rakan kongsi dengan sesiapa sebab modal pun banyak ayah yang tolong dulu. Belum stabil 100%, masih perlukan masa lagi. Syitah pernah cakap dengan Afifah and Zulaikha yang kitorang nanti nak bukak bakery sama-sama. Hihi in shaa Allah suatu hari nanti… Tapi korang, sorry eh buat masa ni kita takdapat nak jadi rakan kongsi. Masih banyak yang perlu diseimbangkan dulu . Harap korang faham.  ;)

Apepun syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang diberikanNya. Permulaan yang cukup bagus. In shaa Allah ada rezeki lebih, panjang umur dan sihat tubuh badan, mungkin Syitah akan bukak bakery. Who knows, right? Rezeki tu Allah yang bagi, jadi kita sebagai makhlukNya yang serba kekurangan ni kena lah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita impikan. Mudah-mudahan.. In shaa Allah..


Wassalam ❤

Thursday 6 February 2014

Langkah Permulaan

Assalamualaikum dan selamat petang saudara saudari sekalian. Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik kot yang baru balik sekolah tu.. Selamat membaca entry Syitah kali ni! Hihi

Okay seperti yang korang sedia maklum, haritu Syitah ada cerita kan pasal Syitah buat cheesecracker and Syitah ada jugak berharap agar dapat buat bisnes dengan menjual cheesecracker tu. Biar bermula dari bawah asalkan nanti membuahkan hasil yang mengagumkan. Bak kata ibu, mula sikit-sikit dulu in shaa Allah lama-lama nanti sape tahu kan boleh buat bisnes besar-besaran. Ada rezeki nanti kot boleh bukak kedai pulak kan? In shaa Allah. Syitah hanya merancang, Allah yang tentukan segalanya. J

Langkah Syitah dalam bidang ni baru je bermula, memang sangat baru lahh. Masih mentah lagi tapi Alhamdulillah Syitah dah dapat customer. Pelanggan pertama Syitah adalah kawan Syitah iaitu Syazwan. Dia beli 2 bekas cheesecracker saiz sederhana. Then semalam kawan adik Syitah pulak nak beli 4 bekas cheesecracker saiz kecik. Setakat ni tu jelah. Syukur kepada Allah atas rezeki ni. Walaupun bisnes ni masih berrgerak perlahan, tapi in shaa Allah kalau kita terus berusaha dan tak putus asa, ianya akan berkembang dan maju. Rezeki ni takdatang bergolek, kita kena usaha.  ^^

Actually Syitah memang ada plan nak jual kat sekolah lama Syitah, di mana Syitah pernah menuntut ilmu kat situ selama 7 tahun bermula dari Form 1 sampailah Form 6. Nama sekolah tu SMK Seri Ampangan. Huhu.. Kat situ ada kiosk and waktu Syitah Form 4 dulu, Syitah ada masuk Kelab Usahawan Muda (KUM) so adalah jugak ilmu tentang perniagaan dan Syitah rapat dengan guru pembimbing kelab tu iaitu Cikgu Rohani. Maka saya dah buat keputusan setelah banyak kali dah fikir, saya nak jual handmade cheesecracker hasil ciptaan saya sendiri di kiosk tu. Nama kiosk tu Syarikat Imtiyaz Sdn. Bhd.. Kerrlaaaasssss jah nama tu!! Hahaha..

Tadi Syitah dah call Cikgu Rohani tanya dia sama ada nak produk baru tak untuk jual kat kiosk. Tapi cikgu nak tahu dulu produk apa so esok in shaa Allah Syitah nak pergi sekolah sebab nak jumpa cikgu and nak bawak sample sekali nak bagi cikgu rasa. Syitah berharap sangat cikgu terima produk tu. Lagipun Syitah jual lebih murah berbanding yang ada di pasaran sekarang. Syitah ingat nak jual yang bekas kecik punya, kalau bekas sederhana tu akan dibuat MENGIKUT PERMINTAAN. Takkan nak jual kat kiosk saiz sederhana, kot takde orang beli pulak nanti sebab sasaran pembeli utama adalah golongan para pelajar. Pelajar pergi sekolah mana bawak duit banyak sangat kan so Syitah rasa jual yang kecik tu pun dah memadai. Harga pun amatlah berpatutan.

Syitah harap sangat agar apa yang dirancangkan ni menjadi kenyataan. Haraplah rezeki Syitah untuk ke arah ni melimpah ruah. In shaa Allah mudah-mudahan.  Korang tolong doakan sekali eh agar apa yang Syitah nak buat ni berjaya? Terima kasih semua…. In shaa Allah nanti Syitah akan update kan ke korang tentang bisnes Syitah ni. Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga langkah permulaan ini tidak terhenti di tengah jalan dan biarkan ia terus melangkah hingga menuju ke puncak. Amin ya rabbal alamin.


Wassalam ❤

Tuesday 4 February 2014

4.2.2014. Genap 3 tahun... :'(

Assalamualaikum, selamat tengah hari semua. This is the 1st post for this week. Ada benda yang Syitah nak share dengan korang. Mesti korang nak tahu ada apa dengan tarikh 4.2.2014 tu. Harap korang sudilah baca ye J

Harini hari Isnin, bertarikh 4.2.2014, GENAP 3 TAHUN ARWAH WAN MENINGGAL DUNIA. Ye memang setiap tahun Syitah akan kira berapa lama dah wan tinggalkan Syitah untuk selama-lamanya. Sedih tu memang sedih. Rindu kat arwah, hanya Allah je yang tahu... Mana taknya, since Syitah lahir lagi tinggal kat rumah wan. Family pun tinggal situ. Bila Syitah Form 2 barulah me and my family pindah rumah sebab sedara dari Kelantan pindah Seremban, then tinggal dengan wan pulak. Ayah pun ada beli rumah tu pun takjauh dari rumah wan. Masih dalam taman yang sama, so selalu jugak berulang-alik ke rumah wan. Berbelas tahun tinggal dengan wan. Syitah rindukan wan sangat-sangat. L

Sejak sebulan dua kebelangan ni pun, Syitah selalu terrmimpikan arwah wan. Selalu dapat jumpa wan dalam mimpi. Ada masanya mimpi tu amat menyedihkan, dan ada kalanya mimpi tu mimpi yang happy, bergembira dengan wan. Pernah haritu Syitah termimpikan arwah, bila bangun terasa sebak sangat then terus menangis.

Tapi.. Alhamdulillah waktu wan masih hidup dulu, Syitah puas dah jaga dia lebih-lebih lagi bila wan makin taklarat. Dapat mandikan wan, siapkan wan, suap wan makan, macam-macam lagi lah.. Okay mungkin takbanyak yang Syitah dapat tolong wan, tapi Syitah puas hati sebab dapat buat tu sume. Dalam masa jaga wan, selalu jugak berdoa andai Allah nak ambik nyawa wan, biarlah waktu tu Syitah menghadap wan, ada dengan wan, Alhamdulillah Allah makbulkan doaku.

Wan, wan sentiasa ada dalam hati Syitah. Semoga wan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga wan tenang di sana. Syitah sayang wan dulu, kini dan selamanya! In shaa Allah. Al-fatihah

Wassalam ❤

Saturday 1 February 2014

Alhamdulillah. Again, thanks to Ibu and Ayah :*

Assalamualaikum semua! Selamat sejahtera. Semoga semuanya sihat-sihat je dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. In shaa Allah, aminn..

Erm erm harini Syitah dapat something lagi dari Ibu and Ayah. Alhamdulillah, bersyukur sangat. Hihi.. Benda yang Syitah dapat ni pun sebenarnya dah lama jugak Syitah nak, Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Haritu dah dapat stand mixer, kali ni dapat apa pulak ye??  Semestinya bukan gadget dan ianya jugak tak semahal gadget yang ada dipasaran sekarang ni. J

Syitah dapat ni!!!!!! Thank you so much, Ibu and Ayah! :*



Electric oven ni Syitah memang nak. Yelah kan senang nak buat kek or biskut or kuih ke… Almaklumlah sejak akhir-akhir ni Syitah suka baking walaupun masih dalam proses belajar. So bila dah ada oven ni senanglah nak baking. Takdelah nak buat cheesecracker je manjang sebab nak buat tu takyah guna oven. Huhu.. In shaa Allah lepasni macam-macam lagilah yang Syitah boleh bake dan semestinya nanti Syitah akan kongsi dengan korang resepi-resepi makanan yang Syitah akan buat. In shaa Allah J


Again, thank you Ibu, thank you Ayah! Wassalam ❤