Buddies

Thursday 5 July 2012

Pidato. Awesome sangat!

Assalamualaikum. Hye stalkers, hye bloggers. Welcome to my simple-dimple blog. Ahaa :D
Okayh, do all of you wanna know something? Just say "Yaa! I want to know!" Hahahaha.. Okay-okay, takmau mengarut lebih-lebih. Nanti AndaAndaAndaAndaAndaAnda menyampah pulak kann? Tehee

Ni nak citer, semalam Syitah masuk Pertandingan Pidato, this competition is only for the Pre-U students. Pertandingan tu semalam bersempena dengan Hari Koperasi Sekolah, tapi Syitah prepared everything beberapa belas jam sebelum bermulanya competition; kiranya waktu malam kelmarin lah. Memang last minute punya preparation lah. Isi-isi sume Syitah ambik dari internet je, zaman kan serba canggih sekarang. huhu.. Malam tu lepaz dah siapkan skrip pidato, Syitah terus hafalkan. Sampailah pukul 2.15am, so dalam 2.30am baru Syitah tidu. Then, pukul 4.00am bangun balik semata-mata nak hafalkan skrip tu. Bila pergi sekolah, sambung hafal balik. Haishh, ni lah padahnya buat kerja last minute kan.

Hanya 9 orang je yang join competition ni. Alhamdulillah before start, Syitah dah ingat serba sedikit skrip tu, tapi bila tibanya masa untuk Syitah cakap kat depan, langsung tak ingat. Entah hilang ke mana ayat-ayat tu semua. Haha.. Tajuk pidato tu 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat'. Nak tahu tak, Syitah orang first yang kena berpidato. Memang cuak gilaaaa lah! Masa tengah berpidato, tba-tiba tergagap pulak. Kononnya taknak tengok kertas, tapi lastly Syitah tengok jugak sebab dah parah sangat Syitah punya penyakit pelupa masa tu. hihi

Bila dah habis semua orang berpidato, tibalah masanya untuk diumumkan para pemenang. And you guess what? Alhamdulillah, I won! Even dapat saguhati je. Alhamdulillah sangat, ni dah lah first time Syitah join pidato, sekali rezeki berpihak pulak kat Syitah. Daripada 9 orang yang bertanding, only 6 of us yang dikira pemenang. Ada 3 saguhati and Syitah salah sorang yang dapat saguhati tu. 1st place: Farhan~Pre-U1 Melati, 2nd place: Fazrin~Pre-U1 Teratai, 3rd place: Abg Hoo~Pre-U2(taktahu nama & kelas dia apa), 4th place: tak ingat siapa, 5th place: Kak Hazimah~Pre-U2 Melur, 6th place: Iylia~Pre-U1 Mawar(me). InsyaAllah, next Monday cikgu sampaikan hadiah kat masa assembly. yuhuuhu! :P

Erm, my sister nak online pulak. I have to go now. Do miss me yaa! Hahax. Salam rindu, salam sayang untuk semua.

Wassalam. <3


SKRIP PIDATO (mine)



" Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh & salam perpaduan bertatahkan intan kemesraan saya ucapkan kepada Tuan Peneraju Majlis, barisan panel juri nan bijak bestari, penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, dan seterusnya hadirin yang ceria di hati tinggi pekerti.

Hadirin yang saya muliakan,
Mauduk pidato yang akan saya sampaikan ialah “Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat”.  Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytihar 2012 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) pada Oktober lepas dengan bertemakan ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat’. Diharapkan dengan tema tersebut dapat memberikan kepada kita semua satu gambaran bahawa dengan berkoperasi ini sememangnya manfaatnya seluas isi alam.  Sambutan Hari Koperasi Sekolah ini telah diadakan serentak di seluruh negara bermula 11 Jun hingga 12 Julai 2012. Secara umumnya, koperasi merupakan perniagaan yang dimiliki dan dikawal secara demokratik oleh sekumpulan manusia yang mempunyai tujuan yang sama dengan menggunakan perkhidmatannya serta mendapat faedah yang diagihkan sama rata atas penggunaan perkhidmatan tersebut.

Hadirin penggerak wawasan,
Pemimpin pelapis diperlukan dalam mana-mana organisasi bagi meneruskan perjuangan yang telah diwujudkan sekian lama, terutamanya dalam gerakan koperasi. Pemimpin baru perlu bagi menyalurkan idea yang lebih bernas dan memberangsangkan dan diharap membawa perubahan kepada koperasi.  Bukan mudah untuk melahirkan pemimpin yang memenuhi matlamat koperasi, ia memerlukan perkongsian pengalaman dan bimbingan daripada pemimpin yang lama kepada pemimpin muda. Prinsip koperasi juga boleh menjadi mekanisme dalam mewujudkan pemimpin pelapis dalam koperasi, sekaligus dapat mengeratkan hubungan sesame mereka.

Di samping itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan rakyat agar memupuk minat berkoperasi untuk menjadikannya sebagai budaya hidup. Beliau berkata koperasi mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dan kebanyakkannya kini aktif dalam pelbagai sektor termasuk pemborongan dan peruncitan, perladangan, perumahan, pelancongan, perkhidmatan, pengangkutan, pertanian serta industri asas tani. Sehubungan itu, Datuk Seri Ismail Sabri berkata kementeriannya menerusi program 1Komuniti 1Koperasi (1K1K) menyasar untuk mewujudkan koperasi dalam semua komuniti termasuk di kawasan kediaman, kariah masjid, keluarga, persatuan dan badan bukan kerajaan.

Hadirin yang saya hormati,
Koperasi  kini ke arah modal insan kelas pertama. Koperasi satu gerakan yang besar di Negara ini. Sehingga kini, bilangan koperasi berdaftar di seluruh negara adalah dalam lingkungan 5000 buah koperasi. Keanggotaan koperasi juga telah meningkat kepada 6juta orang. Kekayaan dan kekuatan yang ada pada setiap koperasi harus digunakan sebaik mungkin bagi tujuan pembangunan modal insan untuk memastikan koperasi terus berkembang dan dapat melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya.

Selain berteraskan kepada aspek sosial & ekonomi, penubuhan koperasi juga berteraskan kepada pemupukan budaya yang positif di kalangan anggota-anggotanya. Koperasi tidak akan terbentuk sekiranya tidak ada konsep kerjasama antara anggota. Penubuhan koperasi di peringkat sekolah turut membangunkan modal insan di kalangan pelajar sekolah. Selain menggalakkan daya keusahawanan dalam kalangan pelajar, ia juga berfungsi untuk merealisasikan falsafah pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang baik, seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek iaitu aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Hadirin yang dikasihi,
Intihanya, pengwujudan koperasi memberi banyak faedah kepada manusia sejagat. Hal ini merangkumi dari pelbagai aspek, sama ada dari aspek ekonomi, modal insan, negara mahupun masyarakat. Semoga koperasi akan terus berkembang maju pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "

Sunday 1 July 2012

Scroll bar dah HILANG !! Anyone, please help me! ;(

Assalamualaikum. HollaHollaHolla! Huuwwwaaaaaaaaaaaa! Sedih! Rasa macam nak menangis ajee...... (Gedik lah pulak kan? ngee)

Cuba korang tengok kat tepi tu, scroll bar dah hilang!!!! Acane ni? Syitah betul-betul dah buntu. Tadi saje lah nak edit blog, Syitah nak edit scroll bar tu, then bila dah edit apa yang patut, Syitah click '
Preview'. Tapi tengok takde apa-apa pun. Then, Syitah click 'Save template' pulak, paztu bila Syitah nak tengok balik blog, langsung takde scroll bar. Hilang sudahh! So sekarang ni, dah tak tahu nak back to normal. Macam mana? Bab-bab macam ni, Syitah buta sikit, so harap sangat sesiapa dapat tolong solve this problem. Nak scroll bar tu baaallllliiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkk!!!!! TOLONG SAYAAAAAAAA! sobssobsobsss...... :'(

Wassalam. <3