Buddies

Wednesday 29 January 2014

Resepi : ❤ Cheese Cracker ❤

Assalamualaikum dan selamat sejahtera J Syitah dah buat cheese cracker!!!!! Alhamdulillah berjaya jugak. Rasanya pun boleh tahan sedap. Hewhew puji masakan sendiri pulak.. Semalam baru dapat stand mixer tu then harini terus buat. Excited woo! Hahaha

So Syitah nak share dengan korang resepi cheese cracker ni. Disebabkan Syitah suka makan cheese cracker, Syitah nak buat sendiri. Kalau beli kat luar selalunya mahal. Kalau buat sendiri boleh buat banyak-banyakkan. Manalah tahu kot boleh buat bisnes pulak lepas ni? hihi

Oh btw Syitah ada modified sikit cheese cracker ni daripada yang asal. Syitah tambahkan jem. Setakat ni Syitah belum jumpa lagi orang buat cheese cracker letak jem. Kiranya ni Hak Cipta Terpelihara Iylia Nasyitah lah ye. Hahah.. Korang boleh guna ape-ape perisa jem yang korang suka macam jem blueberry ke, jem strawberry ke, jem oren ke or ape-ape jem buah-buahan lain pun takpe. Kalau ada yang bajet lebih, nak try guna Nutella pun boleh. Ikut citarasa koranglah mana yang korang suka. Tapi resepi yang Syitah bagi ni boleh dapat dalam 55-60 bekas kecil ataupun kalau guna loyang, memang boleh dapat untuk 8-10 orang makan ataupun lebih. Erm erm lebih kurang gitu lahh.

Bahan-bahan :

  • Biskut (Kalau buat dalam loyang atau bekas besar, korang boleh guna biskut lemak yang bentuk 4 segi tuu)
  • 2kg cream cheese
  • 8 biji telur saiz B
  • 4 sudu teh esen vanilla/esen lemon
  • 400g gula kastor/gula halus
  • Jem
Cara-cara :


Untuk 2kg cream cheese ni, better korang keluarkan dari fridge lebih kurang dalam 5-6 jam before korang nak mula buat supaya senang untuk gaul. Campurkan cream cheese dengan gula. Kalau boleh before guna stand mixer or hand mixer, korang kacau/cincang cincang cheese tu guna spatula macam dalam gambar tu. hihi
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim dengan menggunakan mixer. Takkisahlah stand mixer or hand mixer. Kalau korang guna spatula taktahulah bila boleh selesai.

Masukkan esen vanilla dan kacau lagi. Nanti ia akan menjadi lebih berkrim.

Masukkan telur. Untuk mengelakkan daripada ianya berketul ketul, bolehlah masukkan separuh dulu then separuh lagi. Lepastu seperti biasa kacaulah sehingga sebati dan lemak berkrim disukai ramai. Elok guna telur saiz B ni sebab akan membuatkan cheese ni takterlalu pekat dan takterlalu cair. Bak kata omputih tu, "just nice".. hahah

Letakkan sekeping biskut ke dalam bekas. Masukkan sikit je cream cheese tu supaya takterlalu tebal.

Kan tadi dah letak sikit cream cheese, then sekarang letak lagi sekeping biskut. Pastu letak cream cheese sampai paras 1/3 bekas je. Macam gambar atas tuuuuu~
Sekarang letak pulak jem. Ikut sukati koranglah nak jem perisa ape. Ikut citarasa sendiri lah. Then letak sekeping lagi biskut atas jem tu. Last sekali letak cream cheese supaya dapat menutupi biskut tadi.
*MAAF TIADA GAMBAR*
 Langkah terakhir, letaklah cheese cracker yang dah siap tu ke dalam fridge or freezer. Kalau biar kat luar je nanti taksedap. Makan sejuk-sejuk baru syiookkkkk!

Okay untuk hiasan pulak, macam yang Syitah ada buat tu. Syitah nak tunjukkan cemana nak buat. Senang je.. ngee


Letak sedikit pewarna dan sedikit cream cheese dalam bekas, then kacau guna lidi.

Buat beberapa garis pendek, then tarik je guna lidi. Siap! Senang kan??

Soooo INILAH HASILNYAAAAAAA!!!!!! Selamat mencuba ye kawan-kawan! J

Blueberry Cheese Cracker

Strawberry Cheese Cracker

wheewheeeee dapnyeeee! xD

Saiz besar pun adaaaa!

Wassalam ❤

Tuesday 28 January 2014

Terima kasih, Ibu! Terima kasih, Ayah! :*

Assalamualaikum, Selamat Tengah Hari, Salam 1 Malaysia dan Salam Ukhwah Fillah semua! Dah beberapa hari Syitah tak blogging, rasa rindu pun ada. Huhu.. Alhamdulillah harini Syitah rasa happy, that’s why Syitah nak share dengan korang ni. hukhuk

Erm berdasarkan title kat atas, mesti korang agak yang Syitah ada dapat something kan? Hihi and you’re right. Syitah ada dapat something dari Ibu and Ayah. Benda ni memang Syitah dah lama nak and finally I got it bebeh! Hahaha~ Korang jangan salah sangka pulak, Syitah bukan dapat smartphone ke, DSLR camera ke, lappy pun tidak dan harganya pun tidak semahal  benda tu sume malah ianya BUKAN GADGET. Korang cer teka? Cer teka? Hehh okaylah Syitah bagitahu terus jelah senang. Okay Ibu dengan Ayah bagi….. jeng jeng jeng jeng…….


Haa tuudiaaaaaa yang Syitah dapat! Stand mixer untuk buat kek or cookies or any pastries or anything makanan yang perlu menggunakan benda alah ni. Kat rumah memang tak pernah ada mixer ni sebab takde siapa yang nak guna. So sekarang ni Syitah memang nak guna mixer sebab bercadang nak buat cheesecracker. Alhamdulillah Ibu and Ayah present kan Syitah stand mixer. Bertambah bersemangatlah nak buat kan. Takpayah keluar duit sendiri. Hihi

So Syitah happy sangat! Thanks Ibu! Thanks Ayah! Walaupun harga dia tak mahal macam gadget yang ada pada zaman sekarang ni, tapi Syitah punya gembira macam dapat iPhone 5S Gold je. Huahuahua

In shaa Allah nanti bila Syitah dah berjaya buat cheesecracker tu, Syitah akan masukkan resepi kat blog. In shaa Allah lah ye.. Izinkan saya undur diri dulu. Ngee

Salam sayang buat semua. Wassalam ❤

Wednesday 22 January 2014

Tikar Buluh

Assalamualaikum & selamat sejahtera. Harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik saje dan berada di bawah lindunganNya. In shaa Allah  J

Harini ada barang yang Syitah nak promote kat korang, kepada sesiapa yang berminat nanti Syitah terangkan macam mana nak buat pembelian.


So inilah barang yang Syitah nak promote tu. Sekadar tolong kawan, Syitah tolong promote kan je barang ni. Barang ni ialah TIKAR BULUH. Syitah akan terangkan serba sedikit tentang tikar buluh ni.

Saiz & Harga : a6m x 10m (RM110.00)
                       b7m x 10m (RM140.00)

Deskripsi : Tikar buluh ini terdapat dalam pelbagai warna. Ianya tidak terhad pada 1 warna sahaja seperti yang dipaparkan. Selain itu, tikar ini tidak panas dan berkualiti tinggi serta amat sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja. Ia mudah dibawa ke mana sahaja kerana boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam sarung seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Penghantaran tikar buluh tersebut hanya di sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang sahaja kerana ianya akan dihantar by hand, bukan melalui postage.

Kepada sesiapa yang berminat atau untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh contact terus kepada kawan Syitah iaitu Imran Nawawi melalui Facebook atau Twitter dia. Sila Klik sini! untuk contact Imran melalui FB atau Klik sini! untuk contact melalui Twitter. Jadi sesiapa yang berminat, bolehlah buat pembelian mulai sekarang. Kerjasama anda amat dihargai. J

Sekian, wassalam ❤

Thursday 16 January 2014

Penjualan Buku SEMESTER 3 #2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua especially my juniors yang sekarang ni Pra-U2 di SMKSA. Haritu kan akak ada post pasal penjualan buku Semester 3, kali ni pun akak post untuk jual buku jugak tapi ni ada stok baru. Korang boleh pilih lah eh. Buku ni daripada kawan akak, Zuhailee, mesti korang kenalkan? Sesiapa yang pernah beli buku dari dia dulu mesti tahu macam mana keadaan buku dia. Sangat bersih, cantik and kemas kan? Siap berbalut lagi. Memang macam buku baru lah. Akak tunjukkan stok baru ni sebab stok sebelum ni ada 2 BUAH BUKU YANG DAH DIBELI iaitu subjek SEJARAH & PENGAJIAN PERNIAGAAN. Lain-lain buku masih BELUM ada pembeli, so bolehlah Klik sini! untuk memilih buku apa yang korang nak.

Then buku-buku Zuhailee ni pun masih boleh dirunding harganya. Korang jugak boleh berunding terus dengan tuan punya buku tu. So Klik sini! untuk contact dia melalui Facebook atau Klik sini! untuk contact dia melalui Twitter. Hihi

Okay ni buku-buku yang hendak dijual :-

PENERBIT : OXFORD FAJAR SDN. BHD.
SEMESTER : 3
Subjek/Tajuk : Pengajian Am
Harga : RM16.00
Subjek/Tajuk : Sejarah Malaysia & Asia Tenggara
Harga : RM12.00
Subjek/Tajuk : Ekonomi Malaysia
Harga : RM13.00
Subjek/Tajuk : Pengajian Perniagaan
Harga : RM16.00

PENERBIT : PELANGI SDN. BHD.
SEMESTER : 3
Subjek/Tajuk : Pengajian Am
Harga : RM16.00
Subjek/Tajuk : Sejarah Malaysia & Asia Tenggara
Harga : RM24.00
Subjek/Tajuk : Ekonomi Malaysia
Harga : RM16.00
Subjek/Tajuk : Pengajian Perniagaan
Harga : RM9.00


Subjek/Tajuk : Ekonomi Malaysia
Penerbit : Ilmu Bakti
Semester : 3
Harga : RM15.00

Seperti yang korang boleh tengok atas ni, tulah buku-buku yang nak dijual. So cepat-cepatlah yer order. Pemberian buku nanti, tuan punya buku yang akan bagi sendiri, begitu jugalah dengan stok yang sebelum ni. Ingat! Harga boleh dirunding! ^^ Siapa cepat dia dapat! Kalau ada stok lagi, akak akan update kat sini @ Twitter @ Facebook okay.

Kerjasama anda sangat dihargai. Terima kasih banyak-banyak :)
Wassalam ❤

Friday 10 January 2014

Gugurnya Sekuntum Mawar...

Sekali wanita ternoda,
gugurlah sekuntum wardah di syurga..

Sekali wanita ternoda,
syaitan ajak ke neraka..

Yang kotor itu dosa,
bukan diri kita..

Cepat!

Sucikan dengan taubat,
jangan sampai terlambat..

Dirimu tetap mawar syurga!


via - CHC

Tuesday 7 January 2014

Penjualan Buku SEMESTER 3 #1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Okay entry kali ni memang KHAS untuk pelajar-pelajar Pra-U2 SMK Seri Ampangan iaitu adik-adik kite ni lah kan. Akak nak jual beberapa buah buku SEMESTER 3 & SEMESTER 1. Harga masih boleh dirunding dan keadaan buku masih dalam kondisi yang amat baik dan sangat memuaskan serta tiada koyakan. Tapi biasalah buku 2nd hand, sebab tu jual murah.

Okay ni antara buku-buku yang akak nak jual :-


Subjek/Tajuk : Sejarah Malaysia & Asia Tenggara
Semester : 3
Penerbit : Oxford Fajar Sdn Bhd
Harga : RM15.00 *termasuk nota





Subjek/Tajuk : Pengajian Perniagaan
Semester : 3
Penerbit : Pelangi Sdn Bhd
Harga : RM8.00







Subjek/Tajuk : Ekonomi Malaysia
Semester : 3
Penerbit : Pelangi Sdn Bhd
Harga : RM15.00 *termasuk buku latihan



Subjek/Tajuk : Pengajian Am
Semester : 3
Penerbit : Local Publications (LP)
Harga : RM8.00







Subjek/Tajuk : Nota Pengajian Am
Semester : 3
Penerbit : Takde sbb cikgu dr pelbagai sekolah yg buat
Harga : RM5.00







Subjek/Tajuk : Mikroekonomi
Semester : 1
Penerbit : Oxford Fajar Sdn Bhd (Teks)
Harga : RM15.00 *termasuk nota









Setakat ni tu jelah buku yang akak jual. Nanti kalau ada lagi kot daripada kengkawan akak ke, akak akan post kan sama ada kat Facebook, Twitter or kat Blog ni okay. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!! hahahahah

Kerjasama anda amatlaaaahhhhhhhhh dihargai. Sekian, terima kasih. Wassalam ❤

Thursday 2 January 2014

Jilbab elak FITNAH !!

Assalamualaikum semua! Harini Syitah nak kongsikan dengan kalian mengenai pemakaian jilbab. Syitah sekadar nak berkongsi ilmu daripada apa yang Syitah baca. ^^

Jilbab merupakan sejenis pakaian wanita yang longgar, lengkap dengan menutup kepala, leher dan dada. Pakaian seumpama ini adalah perintah Allah SWT kerana ia dapat menutup aurat. Perkataan jilbab diambil daripada perkataan jalabib daripada surah al-Ahzab ayat 59.

Pada zaman jahiliyah, jilbab sudah dipakai oleh wanita Arab dalam kalangan mereka yang baik-baik dan terhormat. Apabila datang Islam, pakaian jilbab itu dianjur dan diwajibkan bagi mengelak daripada fitnah malah kita akan dipandang dengan penuh hormat.

Memakai jilbab ini tidak wajibkan ke atas perempuan yang belum datang haid (rujuk surah an-Nur: 60) kerana ghairah kelamin bagi wanita-wanita golongan ini belum atau sudah tidak ada lagi. Jika ghairah itu ada, maka pakaian jilbab itu diwajibkan juga.

Oleh itu kaum Hawa, marilah kita bersama-sama menjaga kehormatan diri dan berubah ke arah yang lebih baik. Kadang-kala kita perlu memaksa diri untuk melakukan sesuatu kebaikan tetapi lama-kelamaan kita akan terbiasa untuk melakukannya. Masih belum terlambat. :)

Segala salah silap harap dimaafkan. Wassalam ❤