Buddies

Tuesday 5 November 2013

Sebelum Final Exam ^_^

Assalamualaikum dan selamat tengah malam. hihi dah lama kan Syitah tak update blog? Berbulan bulan dah. Syitah agak busy and takde benda nak cerita, that's why lama tak update :D Agak-agaknya korang rindu Syitah tak? Ehh I mean rindu nak baca story Syitah tak? hahah

Erm okay post tengah malam ni pun sebenarnya saje je sebab dah lama gila tak update apa apa kan. So ni saje jelah nak update before Syitah menghilang selama sebulan *maybe* sebab nak exam. Syitah akan menghilang dari semua laman sosial (Twitter, Facebook, Blog). Hanya handphone je yang Syitah on, tu pun kalau rajin lah kan ^^ So kepada korang semua, jangan rindu rinduan Syitah tau? Hahah perasan pulak ada orang nak rindu kita. hikhik

Okay in shaa Allah hari Khamis (7.11.2013), Syitah akan mula exam sem3 which is final exam. Untuk first paper iaitu Pengajian Am pada 7.11.2013 tu, then bersambung pada Rabu (14.11.2013) untuk paper Pengajian Perniagaan pulak. Keesokan harinya iaitu Khamis (15.11.2013), Syitah exam paper Ekonomi & Sejarah. Then pada Isnin (25.11.2013), Syitah ada paper Ekonomi sem1, paper tu Syitah repeat. Then merdeka lah! huhh total semuanya hanya 5 hari je, tapi jarak masa yang banyak yang membuatkan exam ni nampak lama. huhu

So tinggal lagi beberapa puluh jam je Syitah nak exam, Syitah nak lah update blog ni sikit. Kot mungkin ni last post dari Syitah ke kann :') Facebook dah online tadi puas puas, Twitter pun nak offline dah, then lepasni terus tidur. Mengantuk dah sebenarnya tapi nasib harini cuti. heheh

Okaylah, Syitah undurkan diri dulu. Panjang umur, ada rezeki, kita berjumpa lagi ye. In shaa Allah lepas dah habis exam, Syitah nak aktif blogging balik. Nak jadi active blogger. Haha cehh.. In shaa Allah jika ada masa terluang. Doakan kejayaan Syitah dan rakan seperjuanagn lain yang akan menduduki SPM & STPM mulai 6.11.2013 ni. Syitah berharap kita semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, keputusan yang membanggakan keluarga, keputusan yang membuatkan kedua ibubapa kita menangis kegembiraan. In shaa Allah, amin ya rabbal alamin ;)

Sekian, wassalam ❤