Buddies

Wednesday 29 January 2014

Resepi : ❤ Cheese Cracker ❤

Assalamualaikum dan selamat sejahtera J Syitah dah buat cheese cracker!!!!! Alhamdulillah berjaya jugak. Rasanya pun boleh tahan sedap. Hewhew puji masakan sendiri pulak.. Semalam baru dapat stand mixer tu then harini terus buat. Excited woo! Hahaha

So Syitah nak share dengan korang resepi cheese cracker ni. Disebabkan Syitah suka makan cheese cracker, Syitah nak buat sendiri. Kalau beli kat luar selalunya mahal. Kalau buat sendiri boleh buat banyak-banyakkan. Manalah tahu kot boleh buat bisnes pulak lepas ni? hihi

Oh btw Syitah ada modified sikit cheese cracker ni daripada yang asal. Syitah tambahkan jem. Setakat ni Syitah belum jumpa lagi orang buat cheese cracker letak jem. Kiranya ni Hak Cipta Terpelihara Iylia Nasyitah lah ye. Hahah.. Korang boleh guna ape-ape perisa jem yang korang suka macam jem blueberry ke, jem strawberry ke, jem oren ke or ape-ape jem buah-buahan lain pun takpe. Kalau ada yang bajet lebih, nak try guna Nutella pun boleh. Ikut citarasa koranglah mana yang korang suka. Tapi resepi yang Syitah bagi ni boleh dapat dalam 55-60 bekas kecil ataupun kalau guna loyang, memang boleh dapat untuk 8-10 orang makan ataupun lebih. Erm erm lebih kurang gitu lahh.

Bahan-bahan :

  • Biskut (Kalau buat dalam loyang atau bekas besar, korang boleh guna biskut lemak yang bentuk 4 segi tuu)
  • 2kg cream cheese
  • 8 biji telur saiz B
  • 4 sudu teh esen vanilla/esen lemon
  • 400g gula kastor/gula halus
  • Jem
Cara-cara :


Untuk 2kg cream cheese ni, better korang keluarkan dari fridge lebih kurang dalam 5-6 jam before korang nak mula buat supaya senang untuk gaul. Campurkan cream cheese dengan gula. Kalau boleh before guna stand mixer or hand mixer, korang kacau/cincang cincang cheese tu guna spatula macam dalam gambar tu. hihi
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim dengan menggunakan mixer. Takkisahlah stand mixer or hand mixer. Kalau korang guna spatula taktahulah bila boleh selesai.

Masukkan esen vanilla dan kacau lagi. Nanti ia akan menjadi lebih berkrim.

Masukkan telur. Untuk mengelakkan daripada ianya berketul ketul, bolehlah masukkan separuh dulu then separuh lagi. Lepastu seperti biasa kacaulah sehingga sebati dan lemak berkrim disukai ramai. Elok guna telur saiz B ni sebab akan membuatkan cheese ni takterlalu pekat dan takterlalu cair. Bak kata omputih tu, "just nice".. hahah

Letakkan sekeping biskut ke dalam bekas. Masukkan sikit je cream cheese tu supaya takterlalu tebal.

Kan tadi dah letak sikit cream cheese, then sekarang letak lagi sekeping biskut. Pastu letak cream cheese sampai paras 1/3 bekas je. Macam gambar atas tuuuuu~
Sekarang letak pulak jem. Ikut sukati koranglah nak jem perisa ape. Ikut citarasa sendiri lah. Then letak sekeping lagi biskut atas jem tu. Last sekali letak cream cheese supaya dapat menutupi biskut tadi.
*MAAF TIADA GAMBAR*
 Langkah terakhir, letaklah cheese cracker yang dah siap tu ke dalam fridge or freezer. Kalau biar kat luar je nanti taksedap. Makan sejuk-sejuk baru syiookkkkk!

Okay untuk hiasan pulak, macam yang Syitah ada buat tu. Syitah nak tunjukkan cemana nak buat. Senang je.. ngee


Letak sedikit pewarna dan sedikit cream cheese dalam bekas, then kacau guna lidi.

Buat beberapa garis pendek, then tarik je guna lidi. Siap! Senang kan??

Soooo INILAH HASILNYAAAAAAA!!!!!! Selamat mencuba ye kawan-kawan! J

Blueberry Cheese Cracker

Strawberry Cheese Cracker

wheewheeeee dapnyeeee! xD

Saiz besar pun adaaaa!

Wassalam ❤

No comments:

Post a Comment