Buddies

Thursday 23 August 2012

AIDILFITRI TANPA DIA.. RINDU.................. :'(

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Salam 1 Malaysia. Salam Merdeka. Whoaaa..... Kali ni banyak greetings kan? ngehee. Alhamdulillah, hari ni dah masuk Syawal yang ke-5 & Syitah masih bernafas, masih dapat beraya lagi. Syukran ya Allah! =')

Dalam masa kita bergembira menyambut Aidilfitri, ada jugak orang yang bersedih, yang tak dapat menyambutnya dalam keadaan yang aman damai. Contohnya macam rakyat Rohingya, Pakistan & rakyat dari negara-negara Islam yang sedang dilanda bencana. Mereka terpaksa menyambut kedatangan Syawal dengan air mata kerana kehilangan ahli keluarga, sanak-saudara & orang-orang tersayang. Kita kat Malaysia ni perlu bersyukur dengan keamanan negara yang dikurniakan Allah.

Tahun ni dah masuk tahun ke-2 Syitah tak beraya dengan orang yang Syitah sayang tu. Dia dah pergi tinggalkan Syitah. Dengan berat hati, Syitah terpaksa terima tu sume dengan redha. Sedih gila weyh!! Tapi ni lah yang dinamakan qada' & daqar Allah. Syitah rapat dengan dia walaupun dulu ada masanya Syitah tak suka dengar bebelannya. Tapi sekarang ni bila dia dah pergi, Syitah rindukan tu sume. Ingatkan last year sempat sambut raya dengan dia, tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi dia. Al-Fatihah......

Tanggal 4 Februari 2011:Jumaat:waktu Asar, Hajah Selamah binti Ali telah kembali ke rahmatullah. Hajah Selamah binti Ali is my grandma but I called her 'WAN'. Arwah wan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, kat Seremban tu yang depan petrol station. Actually seminggu before Wan meninggal, kitorang (my family & my relatives) pergi Kelantan sebab ada sedara bertunang. So waktu kitorang pergi, sedara yang lain jaga Wan, kalau tak Aunty Ma yang jaga sebab family Aunty Ma duduk kat rumah Wan. Kitorang pergi hari Sabtu:29.1.2011 & sepatutnya balik Seremban hari Jumaat:4.2.2011. Before pergi Kelantan tu lagi keadaan Wan memang tak sihat, biasalah sakit tua. Tak sangka pulak bila kitorang dah pergi Kelantan, Wan bertambah teruk. Then masa hari Khamis:3.2.2011:petang, tiba-tiba Makteh called ayah bagitahu keadaan Wan makin teruk, nazak. Kitorang pulak time tu kat rumah orang kawen. Ayah terus cakap kat Aunty Ma & kitorang terus balik kat tempat penginapan, packing barang & straight balik Seremban. Laju masing-masing bawak kereta. Sampai kat rumah Wan pukul 3.00am:Jumaat. Mula-mula sampai tu, Syitah tengok banyak kereta (kereta sedara-mara) kat kawasan rumah Wan. Bila Syitah nak masuk rumah, Syitah tengok ramai orang dah berkumpul sambil bacakan surah Yassin. Ada 1 side, Syitah tengok Wan terbaring kaku atas sofa dengan tangki oxygen lagi, lepastu ada apa tah yang dikepit kat jari Wan untuk check denyutan nadi. Masa tu, hanya tuhan je yang tahu betapa sedihnya Syitah rasa. Mula-mula Syitah tahan jugak air mata ni daripada mengalir, tapi memang tak boleh tahan. Syitah terus menangis. Pastu ayah suruh bacakan "Lailahaillallah" kat telinga Wan. Syitah duduk kat sisi Wan. Masa tu Wan dah nazak. Sedih sangat... Ya Allah..................................

Cuma ada 1 perkara yang Syitah bersyukur sangat, sebabnya Syitah dapat menghadap Wan meninggal. Actually Wan menghembuskan nafasnya yang terakhir depan anak-anak, cucu-cucu & cicit-cicitnya. Syitah bersyukur sebab dapat menghadap Wan dari dia nazak sampailah penghujung riwayatnya. Syitah memang selalu berdoa supaya kalau tuhan nak ambik nyawa Wan, biarlah waktu tu Syitah ada dengan dia. Alhamdulillah, doa Syitah dimakbulkan Allah.. Waktu Wan meninggal jugak lah, first time Syitah naik van jenazah, duduk sebelah keranda Wan. Usap keranda tu. Before Wan meninggal, Wan sakit-sakit tua. Biasalah kan, lumrah hidup. Masa tu, Syitah selalu jugaklah jaga Wan, mandikan dia, suap dia makan, melayan je lah kerenah dia. Kadang-kadang tu sampai rasa tension. Tapi bila dia dah takde, Syitah rindukan suasana tu. Bila teringat balik kenangan tu sume, rasa sedih.

Selalunya bila raya pulak, Wan mesti akan bagi duit raya. Bila dah nak tibanya raya, Wan mesti akan suruh kemas rumahlah, lap tingkap, tukar langsir bagai, basuh itu, basuh ini. Tapi sekarang ni..., dah tak dengar suara tu yang mengarah-arah. Bila masuk kat bilik Wan, macam ada terbau-bau Wan. Tiba-tiba rasa sedih. Tiba-tiba teringat kenangan dengan dia. Since tahun lepas sampailah tahun ni, Wan takde dah untuk sambut raya dengan family besar kitorang. Wan dah takde kat sini. Syitah rindu dia.......... :'( :'( :'(

Moga roh Wan dicucuri rahmat & tergolong dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman & beramal soleh. Wan, kitorang kat sini sentiasa mendoakan kesejahteraan Wan. Syitah rindu Wan sangat-sangat! Al-Fatihah................ :'(

Wassalam ❤

* Cerita di atas adalah benar, bukan rekaan. Terdapat bahagian yang tak diceritakan di sini sebab saya malas nak taip. Untuk cerita lanjut, silalah contact saya @ jumpa saya. Harap maklum. :)

Saturday 18 August 2012

Minal Aidil Walfaizin. Maaf Zahir & Batin :)

Assalamualaikum. Good morning readers! mwehehee.. Hari ni dah masuk 29 Ramadhan bersamaan dengan hari terakhir seluruh umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Dia dah bagi kita kesempatan untuk melaksanakan ibadah suci ini. Tinggal lagi beberapa jam je akan menjelangnya Syawal.

Sempena nak menyambut lebaran ni, Syitah cuti selama 11 hari since 16.8.2012:Thursday until 26.8.2012:Sunday. Alhamdulillah, semua kelangkapan raya dah tersedia, since bulan Mei lagi dah siapkan. huhuu. Baju raya, kasut raya., tinggalkan nak sarungkan je bila raya nanti. Tudung raya Syitah dah rasmikan dulu masa hari tu. hihi.. Semalam kemas rumah woo. Penat saya..... Hahahaha.

Herm, ramai orang yang akan balik kampung bila raya. Tapi Syitah takde kampung sendiri sebab rumah arwah wan dekat je dengan rumah Syitah, dalam 3 minit dah boleh sampai. Tapi setiap tahun bila tibanya Syawal, Syitah & family akan pergi rumah sedara sebelah ayah kat Kuala Pilah & Jelebu. Sebelah ibu pulak dekat Port Dickson. Tapi sekarang ni, atok dah meninggal, nenek sedara yang ada kat situ pun dah meninggal, yang tinggal hanya nenek tiri je, tapi kitorang bukannya raoat pun dengan dia, so rasanya tahun ni tak beraya kat Port Dickson kot. Takpelah kan, apa boleh buat. Asalkan dapat beraya kan kann? :D

Ni nak cerita pasal duit raya. Jangan ingat even Syitah dah besar tak dapat duit raya. Masih lagi dapat. Alhamdulillah lah kan.. Korang dapat jugak tak? Of course lah dapat jugak eyk? ngee.. Dalam family besar Syitah, jika seseorang itu belum bekerja/masih belajar, maka dia akan menerima duit raya. Makin meningkat umur, makin banyak duit raya yang akan diterima. Contohnya, macam Syitah masa kecik-kecik dulu, duit raya takdelah banyak macam bila dah besar ni. Tu yang best tu bila umur makin meningkat ni. Jangan jealous ye kawan-kawan.... Hahax!

Dikesempatan ni jugak, Syitah ingin memohon maaf kepada kalian semua sekiranya semua posts Syitah ni ada menggunakan bahasa yang kasar atau telah membuat kalian terasa hati atau berkecil hati. Syiitah minta maaf sangat-sangat. Kepada sesiapa yang mengenali diri ni, Syitah menyusun 10 jari pohon ampun andai selama kita kenal ni ada tindakan Syitah yang terover yang membuatkan korang tersinggung, andai mulut ni cakap ikut suka je macam takde insurans, andai kelakuan Syitah merimaskan & buat korang rasa menyampah, dan yang paling penting, salah & silap diri ni yang Syitah tak perasan, yang korang tak nampak. Maafkan saya yer??? Korang yang suka mempermainkan nama ayah Syitah, baik minta maaf cepat. Mentang-mentanglah nama ayah den ZAHIR, dorang pun kemaen lagi menekankan perkataan ZAHIR tu bila cakap "Maaf Zahir & Batin". Hahahaa... (actually tak kisah pun dorang cakap macam tu, tak amek hati pun. Malah rasa bangga sebab nama ayah den disebut-sebut. heheh). Sebelum mengundur diri, ada pantun sikit nak bagi korang baca. Pantun ni Syitah reka sendiri tau. No ciplak-ciplak! ^^

Ramadhan akan pergi,
Sayu rasanya hati;
Syawal kembali lagi,
Meraikan kemerdekaan diri. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. :)

Wassalam ❤

Thursday 16 August 2012

Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan.

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni dah masuk Ramadhan yang ke-27. Lagi 2 hari menjelangnya Syawal. Sayu hati ni...... :'(

Herm, sepatutnya hari ni Syitah akan pergi berbuka puasa dengan kawan-kawan lama kat Restoran Nasi Arab Damsyik. Tapi apakan daya, perancangan Allah tu lebih sempurna kan? Apa yang kitorang dah plan, terpaksa cancel kan sebab ramai kawan Syitah yang tak dapat join cause diorang ada hal lain. So bercadang nak jumpa next week, lagipun next week dah raya. Nanti pergi lah keluar mana-mana, dah alang-alang tu buat reunion sekali.

Dah lama tak jumpa diorang semua, tu rindu sangat-sangat. Semalam Fairul datang sekolah, saje melawat kitorang yang ada kat situ. Hihii.. Kemaen tinggi dah dia sekarang ni. Makin kurus pulak Syitah tengok, macam orang frust bercinta! Hahaha.. Oops oopssss! Fairul, kalau kau baca ni, aku minta maaf tau. Ini hanyalah sekadar gurauan. Tehee! :P

Okay lah yerr para pembaca sekalian, Syitah baru lepas sahur tadi, tu terus update post. Nak chow dulu sebab azan Subuh pun dah berkumandang. So faham-faham je lahh apa yang Syitah nak buat kan? Jumpa lagi di lain waktu. ^^

Wassalam ❤

Wednesday 8 August 2012

Ramadhan tiba lagi! ^^

Assalamualaikum. Haishh... Lama sudah blog ku ini menyepi kan? Berhabuk, bersawang. Mesti korang rindu kan? Hihi.. Saje perasan kejap. :P

Hari ni dah masuk hari ke-19 Ramadhan. Pejam celik pejam celik, tinggal lagi 10 hari je nak raya. Sedihnya! Cepat sangat masa ni berlalu. Rasa sedih nak tinggalkan bulan yang mulia ni. Bulan ni lah yang banyak keistimewaannya berbanding dengan bulan-bulan Islam yang lain. Banyak kelebihannya yang kita kadang-kadang tak tahu.

Herm, kiranya sekarang ni dah masuk 10 Ramadhan terakhir. Dalam 10 Ramadhan terakhir ni, ada 1 malam yang sangat indah  yang dinamakan malam Lailatuldaqar. Malam dimana semua umat Islam berhajat agar dapat menikmatinya. Syitah berharap sangat dapat menikmati keindahan malam Lailatulqadar ni sebab jika seseorang tu dapat bertemu dengan malam Lalilatulqadar, amal ibadat yang dilaksanakan pada malam itu bersamaan dengan amal ibadat selama 1000 bulan. Banyak tu kan? Bayangkan, berkali-kali-kali-kali ganda pahala yang kita akan dapat. Itulah yang Syitah harapkan. Tapi Syitah hanyalah manusia biasa yang serba kekurangan sana sini, yang masih mendalami ilmu agama..... Layakkah untuk menemui malam yang sangat indah tu? Wallahualam. Hanya Allah yang tahu.. Berharap dapat merasai keindahan, keistimewaan malam Lailatulqadar. InsyaAllah.. Moga dimakbulkan Allah. Amin!!

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kita lalui dengan sempurna. InsyaAllah..

Wassalam. <3