Buddies

Saturday 24 December 2011

Kerja? huhh..

Assalamualaikum. Semalam Syitah pergi interview kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Syukur2 pada Allah..InsyaAllah hari Isnin ni Syitah start kerja. Agak nervous la jugak, mana tak nya, baru first time Syitah kerja. huhu.. Before ni masa form 4, Syitah setakat kerja kat sekolah as USAHAWAN BERJAYA. cewahh!! hehee.. Kali ni Syitah kerja jual2 jugak, tapi dapat department as a cashier kot. haha.. Nasib baiklah akak sedara ada kerja kat situ jugak.

Kalau diizinkan Allah, Syitah nak kerja sampai bulan Julai kot. InsyaAllah, moga2 Syitah dapat bertahan kerja kat tempat tu. Ayah ada pesan, walaupun dah kerja, kerja rumah jangan lupa nak buat. huhuhu.
Syitah ingat tu. Lagipun Syitah kan perempuan, mestilah kena buat kerja rumah. kan kan? hehe

Korang doakan supaya Syitah dapat buat yang terbaik yer bila bekerja. Almaklumlah, ni first time Syitah kerja di luar kawasan sekolah. ngee.. Perasaan nervous + excited + cuak + gabra.. semua ada lah. hahaa.
Nanti dapat lagi kawan baru. Tu yang seronok tu. Yeaahhhh!!

Okay lah, Syitah nak tidur. Good night sahabat sekalian. Sweetdreams.. ;)

Wassalam 

Monday 19 December 2011

Cepatnya masa berlalu.. hoho

Assalamualaikum. Cepatnya masa ni berlalu. Dah 19 hari Syitah habis SPM. Tak lama lagi, Syitah dah nak start kerja dah. Macam tak percaya woo! hehe.. Hari Khamis ni insyaAllah Syitah pergi interview kat tempat kerja tu. Mudah-mudahan dapat, AMIN.

Harini Syitah pergi Melaka. Balik hari Khamis nanti. Part yang paling best bila pergi jalan2 ni, bila dapat shopping! huhuhu. Biasalah orang perempuan kan? Memang gila nak shopping. But, not all ladies are shopaholic. haha.. I LOVE SHOPPING SO MUCH !! but I AM NOT A SHOPAHOLIC.  =')

Dah alang2 nak pergi Melaka ni, boleh jugak tenangkan fikiran. Seronok!  So buat masa ni, kosongkan fikiran dari segala masalah (macam lah ada masalah sangat. haha). Fokuskan pada holiday. Nanti bila dah balik sini, barulah semakkan balik kepala otak dengan masalah. wakakakakaa

Rasanya dah tiba masa untuk mata ni tertutup rapat buat sementara waktu, insyaAllah. Kalau panjang umur, insyaAllah next time Syitah akan post lagi. Badan dah lenguh2 ni menghadap lappy je dari tadi. Whooaaaa mengantuk sudah. Good morning & sweetdreams.


Wassalam 

Sunday 18 December 2011

Saya sebagai blogger..

Assalamualaikum. Syitah baru nak mula tulis kat blog ni. Actually, this is not my first time as a blogger. Syitah dah pernah buat blog sebelum ni, tapi last post masa tahun lepas bulan 6, tu yang bila nak sign in balik, dah tak ingat password. huhuu.. So, Syitah pun buat la blog baru. Tapi blog ni tak lah awesome mana pun. I make it simple. Mula2 ni memang tak tahu nak tulis apa, sebab baru je kan. hehe.. Ermm, i'm already sleepy so i want to sleep. Good morning everybody.

Wassalam