Buddies

Thursday 29 November 2012

Diploma Pemasaran? Politeknik Port Dickson???

Assalamualaikum. Huhh, lama dah Syitah tak update blog ni. Dah berhabuk, banyak sawang labah-labah dah ni. So Syitah kenalah bersihkan dengan meng-update post. hihihi

Kali ni Syitah nak cerita pasal sesuatu yang Syitah tak terfikir langsung. Guess what????? SYITAH DAPAT TAWARAN SAMBUNG BELAJAR KE POLITEKNIK PORT DICKSON-DIPLOMA PEMASARAN !!!!!! Korang tahu tak, Syitah tak pernah apply langsung Politeknik, tapi tiba-tiba je boleh dapat tawaran tu. Memang tak disangka lah kan. Nak tahu macam mana Syitah boleh tahu yang Syitah dapat tawaran tu? Korang kena teruskan membaca sehingga habis, okay? hehh

Cerita dia macam ni. Alkisah.... Tadi petang Syitah tidur, so Syitah off kan handphone, kali ni pulak tiba-tiba menggedik nak off phone. Then, bila Syitah dah bangun, Syitah on phone, sekali dapat message daripada UPU. Ni message dia:

RM0.00 POLI: IYLIA NASYITAH BINTI ZAHIR
TAHNIAH! ANDA DITAWARKAN PENGAJIAN KE POLITEKNIK. LAYARI www.politeknik.edu.my UNTUK MAKLUMAT TAWARAN.

Lepas baca message tu, Syitah terus bagitahu ibu. Ibu pun terkejut jugak lah sebab Syitah tak pernah apply pun kan. Syitah pun terus check kat website tu and tengok-tengok dapat kat Politeknik Port Dickson. Kalau dapat yang jauh-jauh, best jugak. Hahaha
Okay. continue cerita pasal ni. Then, ibu bagitahu ayah yang Syitah dapat tawaran masuk Politeknik. Ayah cakap dah membazir 1 sem kat Form 6, so bunyi nya pun macam ayah tak bagi pergi kan? Syitah ada buat research pasal course yang Syitah dapat tu, bila baca-baca, pembelajaran course tu lebih kurang macam apa yang Syitah pernah belajar dalam Form 6 ni. Lagipun kalau Syitah terima tawaran tu, Syitah akan belajar selama 3 tahun; ada 6 sem. Sedangkan dekat Form 6 ni Syitah hanya tinggal lagi 2 sem aje. So Syitah dah buat keputusan yang Syitah TOLAK TAWARAN tu.

Syitah akan teruskan Form 6 di atas sebab-sebab yang tertentu. Lagi 2 sem Syitah akan habis, means lagi setahun Syitah akan jadi pelajar sekolah. Ibu cakap, buat betul-betul lagi 2 sem ni, jangan main-main. I have to struggle. Huhh takut-takut!

Okay IYLIA NASYITAH ZAHIR, kau jangan nak main-main lagi tahun depan. Cukuplah sem 1 haritu, kau dah macam sengal. Lagi 2 sem ni, struggle lebih sikit.Tu semua untuk masa depan kau jugak kan. Kalau orang lain boleh berjaya, takkan aku tak boleh kan?? Go Iylia! Usaha tangga kejayaan. Biar susah dulu, senang kemudian. All the best, Iylia!

Wassalam ❤