Buddies

Wednesday 30 May 2012

Shopping lagi ! ^_^

Assalamualaikum. Kawan-kawan, apakah yang kalian buat hari ni? Sama ada duduk di rumah je atau pergi makan angin? hehe.. Share lah dengan Syitah okay? huhu

Erm hari ni Syitah nak pergi shopping lagi! Seronok tau! Shopping dapat released tension, tapi macam lah Syitah tengah tension sangat. huhu. Syitah baru lepas breakfast, lepas tu lepak kejap dekat lobby ni saje-saje online. Almaklumlah, internet free kan. Kalau tak, kena bayar sebab guna broadband. Ngee.. So Syitah pun manfaatkan sebaik-baiknya internet yang asa ni. Online Facebook, Twitter, update blog. :D

Dalam pukul 11.00am nanti, kitorang nak keluar pergi shopping. Since first day datang, asyik shopping je, tapi takdelah beli banyak barang pun. Hahahaha.. Cara cakap macam dah beli bermacam-macam barang pulak kan? huhu

Syitah nak chow dulu, nak naik bilik cause nak rehat-rehat kan diri a.k.a nak tidur sekejap. Mengatuk tau... Hehe. Take care tau korang. Sayang korang ketat-ketat & sendat-sendat. Hahah.. Syitah dah mula merepek. So better Syitah out sekarang. :P

Wassalam. <3

Monday 28 May 2012

Shopping !! yuhuu

Assalamualaikum. Herm, Alhamdulillah, Syitah dah selamat sampai kat Melaka. Tengah rest & relax ni. Whee

Kitorang tinggal kat Puteri Resort. Awesome jugak hotel ni, kiranya kali ni dah termasuk beberapa kali jugak la kitorang tinggal kat sini. Hari Khamis nanti baru balik Seremban. Selama Syitah kat sini, memang Syitah nak tenangkan fikiran setenang-tenangnya. Kalau duduk kat Seremban tu, rasa macam berserabut je sebab banyak sangat hal nak kena fikir. Sekarang ni kat Melaka, dah tak payah nak fikir banyak benda, fikir nak shopipng ajee. Hohoho

Shopping! Shopping! Shopping! Great, awesome! Haha.. Nak baring kejap. Tatatititutu

Wassalam. <3

Sunday 27 May 2012

MELAKA. hohohoo ^^

Assalamualaikum kawan-kawan. Cuti sekolah dah pun bermula. So apa plan korang pulak? Takkan nak duduk rumah je? hehe

Herm, Syitah dah ada plan sendiri. Tomorrow, me & my family will be going to Malacca. It's great! We go there for 4 days and 3 nights. Awesome, awesome. Hahaa.. Macam-macam lah nanti yang Syitah nak shopping kat sana. Ayah siap cakap lagi nak cari baju raya terus. Excited pulak ayah ni. But I don't mind. :D

Sepanjang Syitah takde kat Seremban, korang jangan lupakan Syitah ye? Jenguk-jenguklah selalu blog Syitah ni. Tahulah blog ni terlalu simple, tak vogue macam korang punya blog tuu. Ngee.. Yang penting gua pun ada blog. Lu adaa?? Hahahahaha

Okaylah, nanti makin lama, makin merapu-rapu pulak Syitah ni. Baru sikit je tu, tapi dah macam-macam pulak yang Syitah merepek. Korang tak suka Syitah merepek? Lantak ekau lahh jang ooi. Bleewk! Hahahh

Wassalam. <3


Monday 21 May 2012

I'm coming home ! Hollaaaaa =')

Assalamualaikum. I'm coming home, sayangs sayangss sekalian. Huhu. Dah lama Syitah tak post kat sini kan? Mesti korang rindu gileerrrrrrrrrr dekat Syitah kan? kan kan kan? Hahahaha.. (Okayy, terperasan pulak)

Nak tahu Syitah baru balik dari mana? Even korang tak nak tahu pun, do I care? Syitah nak bagitahu jugak. So korang terpaksa ajelahh ambik tahu jugak sebab Syitah tak nak halau korang dari visit blog Syitah, Syitah nak korang stay je kat sini, okengg?? Thanks dear. Ngee

Alhamdulillah, Syitah baru balik dari Kelantan. Takde lah baru sangat pun, tapi belum sampai 24 jam lagi laa. Hehe.. Syitah sampai semalam dalam pukul 8.30pm. Penat-penat. Syitah bertolak dari sana dalam pukul 11.30am, tu sebab lambat sampai Seremban. Dah lah pagi tadi Syitah pergi sekolah pulak, takkan nak ponteng yer? Last week, dah 2 hari ponteng sebab pergi Kelantan lah, so banyak aktiviti kat sekolah yang tertinggal. Huhu

Ni nak cerita pulak apa sebab-musababnya Syitah pergi ke Cik Siti Wan Kembang tu. Actually Syitah pergi sana cause abang sedara bertunang. Syitah pergi pun just ikut makcik-pakcik Syitah je. Family Syitah tak ikut sebab adik sekolah kan & dia pun tengah mid-year exam. Kalau diorang ikut, macam mana dengan adik pulak?.. Syitah bertolak dari Seremban pada hari Khamis dalam pukul 8.30am, sampai sana pulak almost pukul 7.30pm. Alhamdulillah kitorang selamat sampai sana. Kitorang tidur dekat homestay.

Keesokan harinya bersamaan hari Jumaat, kitorang bersiar-siar kat Rantau panjang. Tapi before pergi, kitorang ada lah buat hiasan untuk hantaran tu. 


Around 3.00pm, Syitah & sedara pergi Rantau Panjang. Haihh, memang banyak melabur kat situ lah nampaknya. Syitah ada beli sikit barang-barang kat sana, untuk dijadikan kenang-kenangan lah katakan. Petang tu bila Syitah dah balik dari Rantau Panjang, sepupu-sepapat, sedara-mara yang lain pulak sampai Kelantan. Memang meriah betul diorang tu. Jangan jealous. Hahaha. So apa yang terjadi lagi selebihnya untuk hari tu, Syitah malas nak taip banyak-banyak. Sorry.. Ngee

Syitah sambung terus cerita hari Sabtu. Hari Sabtu lah abang sedara Syitah bertunang. Syitah tolong bawakkan hantaran dia. Cun-cun, comel-comel lah hantaran dia. Siapa pulak yang tolong kan? haha (Astaghfirullahalazim, terRIAK pulak). Abang sedara Syitah segak dengan pakaian baju melayu warna ala-ala peach & tunang dia anggun berbaju kurung kot, dengan warna yang sama. Memang sepadan lah. Bagai pinang dibelah dua. Pheewiitttttttttttttttttt! Tapi sayangnya,, gambar mereka tiada dalam memory card Syitah, so tak dapat lah nak upload. Korang pun tak dapatlah nak tengok.


Terus sambung hari Ahad lah yerr. huhu.. Tapi hari Ahad Syitah dah balik Seremban semula. Kat atas tadi Syitah ada cerita kan? Cuba tengok balik. ^^  Syitah pun nak out dah, nak makan. Lapar seyh. See you later. Love you all.

Wassalam ❤

Monday 14 May 2012

SAYANG

Assalamualaikum. Haaa, korang jangan salah anggap pulak dengan title post kali ni. Awal-awal Syitah announce kat sini, IANYA TIADA KAITAN DI ANTARA YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. Terima kasih. ^^

Ni Syitah nak tanya... Apa korang rasa kalau orang yang korang sayang ada depan mata, tapi korang tak dapat nak buat apa-apa? Tapi korang hanya mampu tengok dari jauh atau pun sekadar memberi senyuman atau berbual pun tak sampai 13 minit.. Korang tak mampu nak capai dirinya walaupun hati tu nak sangat berada di samping dia dan lebih perit kalau orang yang korang sayang tu dah pun jumpa pengganti korang. Agak-agaklah  apa korang rasa yee? Sudi-sudilah share dengan Syitah ye. ;)

Kalau diri Syitah lah, jujur Syitah cakap yang Syitah akan rasa sedih yang teramat sangat. Perit tak terhingga. Kecewa menggunung. Mana taknya, dah orang yang kita sayang ada depan mata tapi kita tak dapat nak ada dekat dengan dia. Sape tak rasa pedih wooiiiii. Orang yang takde perasaan je takkan rasa apa-apa. (haihh, dah nama pun takde perasaan kan? so confirm lah tak rasa pape. Aku ni pun satu.. Hahahaa)

BUKAN SEMUA KEBAHAGIAAN ITU DATANG DENGAN MUDAH. ADAKALANYA KITA TERPAKSA MELALUI KEPERITAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM KITA DAPAT MENGGAPAI BAHAGIA.

Ooppssss! Ada iklan pulak kat atas tu. hehe.. Okay-okay, sambung balik. Herm, mesti korang sedih kalau tak dapat nak ucapkan kata 'SAYANG' pada dia. Kalau Syitah pun rasa sedih jugak kan. Tapi korang, korang, korang, korang & korang semua, korang kena ingat yang ni semua hanyalah ujian dari Allah. Korang jangan cepat nak mengalah. Apa pun, hidup mesti diteruskan walau perit macam mana pun. Allah kan sentiasa ada dengan kita, lebih-lebih lagi dengan orang-orang yang bersabar. Kita kenalah berfikiran positif. Setiap yang terjadi tu pasti ada hikmahnya. Korang janganlah risau yerr. hehe

Ni semua hanyalah sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua. Korang pulak janganlah kedekut nak share dengan Syitah. Apa yang Syitah cakap kat atas tu pun, untuk memotivasikan diri Syitah jugak. Setiap orang tak terlepas dari ujian Yang Maha Esa & tak terlepas dari berasa kecewa, begitu jugak Syitah. So korang kena kuat okayy, bagi sesiapa yang tengah frust menonggeng tuu. Huhu

SOMETIMES WE HAVE TO SACRIFICE OUR HAPPINESS TO SEE SOMEONE ELSE HAPPY. SO, BETTER WE FACED THE MISERY NOW THAN THE MISERY HIT US IN THE FUTURE, BECAUSE... EVERYBODY WANTS A HAPPY ENDING IN THEIR LIFE. AND SO DO I........ ^^

Wassalam ❤

Saturday 12 May 2012

Almost a WEEK as Form 6. ^^

Assalamualaikum. Syitah alhamdulillah sihat walafiat. Lantak lah korang tak tanya pun, tapi saje nak bagitahu. hehe

Alhamdulillah, almost a week I'm being in Form 6. It's getting better from day to day. Dah ramai yang Syitah kenal. Lama-lama nanti, lagi serasi lah tuu. 11.6.2012, bermulalah semester pertama. Masa tu jugalah bermulanya kuliah. Macam dekat universiti jugak kan?

Actually, tahun ni is the first year untuk kitorang yang Form 6 belajar and exams ikut sistem baru. Sistem ni sama macam sistem universiti & matrikulasi sebab dia ikut semester. Contohnya, belajar 5 bulan then terus exam. Macam dekat U kan kan?? hehe.. Even tempat kitorang dekat sekolah, tapi sistem sume dah macam U. Yang bezanya dari segi pakaian cause kitorang still pakai uniform sekolah & tempat belajar cause kitorang belajar kat sekolah. Tapi tak kisah laa..

If this is the best choice for me, I WILL TRY MY BEST TO GET 4 PRINCIPLE A's. Ianya tak mustahil kan kan? Cuma nak atau tak ajee. Setiap orang boleh melakukannya, yang penting kena yakin dengan diri sendiri. Kalu orang lain boleh, takkan Syitah tak boleh kan? Syitah dah tak nak terlibat dengan apa-apa perkara yang tak berfaedah lagi macam mana yang Syitah pernah terlibat masa zaman dulu kala (korang paham-paham aje la amende perkara yang tak berfaedah tuu. ngee). Dah tak usah nak susah-susah kan diri fikir pasal orang lain.

Syitah nak blaah dah. Okay lah, nak cakap yang SYITAH SAYANG ANDA SEMUA.

Wassalam ❤

Tuesday 8 May 2012

First day as Form 6.

Assalamualaikum. Okay, Syitah tengah sedih sekarang ni. Sedih sebab apa? Sebab rasa macam tak best je Form 6.

Tadi Syitah pergi sekolah dalam pukul 8.30am. Lengkap berpakaian sekolah lagi. hehe.. Bila dah sampai tu, kami yang pelajar Form 6 ni atau lebih glamour dengan gelaran students Pra-Universiti, pergilah dekat blok Harmoni cause kat situlah pendaftaran & orientasi sekali.

Lepas mendaftar, kitorang pergi rehat. Syitah beli air kotak je sebab tak lapar masa tu. Actually, sampai sekarang ni, 1 makanan pun belum masuk kat perut ni. Takde selera. :'(
Dah habis rehat, mulalah sesi orientasi. Haduihh.. Bba orientasi ni lah yang palin Syitah tak suka sebab boring. Mula-mula ucapan dari cikgu-cikgu, then buat ice breaking. Tak suka betul sebab tak kenal sangat dengan yang lain-lain tu. Mula-mula tu elok je Syitah dapat sama group dengan Faiqah, then tiba-tiba cikgu suruh Syitah keluar dari group tu, pergi group lain sebab terlebih orang. Sedih tau. Rasa macam nak menangis ajee. Padahal berpisah kejap je dengan Faiqah, tapi macam berpisah dengan kekasih pulak. Hahaha

Sekarang ni, Syitah memang betul-betul tengah takde mood nak pergi sekolah esok. Kawan-kawan yang lain rancang tak nak datang sekola Khamis nanti sebab kena buat persembahan berkumpulan. Sama ada sketsa atau lagu. Ouhh tidaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkk

Syitah tengah sedih ni mcam orang putus cinta, tengah takde mood. I want to rest my mind. Hermmmm.. Rindu korang.

Wassalam ❤

Monday 7 May 2012

UPU ?? Frustrated. =/

Assalamualaikum. Nak tahu tak apa yang Syitah tengah rasa sekarang? Korang tak nak tahu pun, Syitah tetap nak bagitahu jugak. Lalaalala~

Syitah tak dapat mana-mana tawaran dari IPTA! Sedih sangat taw. Kecewa, rasa macam nak menangis, semua ada. Syitah rasa sangat sedih & kecewa sebab Syitah terlalu berharap untuk masuk U. Sekali bila check, tak dapat. Patah seribu hati ni. Cewahhwahh.. Macam frust bercinta pulak kan? Haha

Okay-okay, kembali serious. Syitah sedih, sedih, sedih, sedih, sedih, sedih & sedih. Ramai jugak kawan perempuan Syitah yang tak dapat tawaran U, tapi kawan lelaki ramai pulak yang dapat tawaran. Maklum lah, sekarang ni makin ramai orang yang pandai terutamanya kaum hawa ni. Sebab tu kaum hawa susah nak dapat tawaran U. Syitah dah buat rayuan dah. Erm, harap apa yang Syitah dapat nanti, tu lah yang terbaik untuk diri ni. Amin...

So esok, Syitah kena pergi sekolah untuk sesi pendaftaran ke Form 6. Dekat sekolah lama Syitah jugak. Tadi dah iron tudung sekolah, uniform sekolah sume. Tinggal nak sediakan dokumen-dokumen yang perlu bawak esok je. Semua dokumen tu Syitah dah fotostat dah, just nak simpan kat dalam fail je supaya senang nak bawak esok. InsyaAllah esok Syitah pergi sekolah dengan ayah sekali, senang sikit nak uruskan hal-hal pendaftaran nanti. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah, amin..

Syitah nak sembahyang Isya' dah ni. See you later yaa. Salam sayang & salam rindu untuk semua.

Wassalam 

Hang Out

Assalamualaikum. Syitah ada story nak share dengan anda, anda, anda, anda, anda, anda semua! Haha.. Even story ni mungkin tak best, tapi abaikan aje. Ni blog Syitah, so suka hati Syitah laa. :D

Okay, siang tadi Syitah pergi JJ dengan member-member. Dah lama tak hang out dengan diorang kan. Tu tadi yang pergi, Faiqah, Sharafie & Fairul. So 4 orang je la termasuk diri Syitah. Kitorang tengok wayang & bersiar-siar kejap kat dalam JJ tu. Tengok wayang cerita "The Avengers". Awesome gilerr cerita tu, sangat sbest! Jalan cerita pun menarik. 

Then, pergi main bowling pulak. Alahaii.. Syitah tak reti pun main bowling, tapi Faiqah dah ajak, so Syitah pun hentam saja lahh. Huhuhu. Mula-mula asyik dapat 0 je, tapi dah nak masuk round 4, Syitah dah reti lah main. Dapat lah jugak kalahkan si Sharafie, Mula-mula dia yang poyo. Hahax. Lastly, 1st place: Faiqah, 2nd place: Fairul, 3rd place: Syitah & 4th place: Sharafie. Kenangan manis tuu. :')

Lepas main bowling, pergi solat kejap. Tak lama lepas tu, Syitah pun kena balik. Faiqah tumpang Syitah time nak pergi, so balik pun samalah jugak. Sementara nak tunggu ayah & ibu jemput, kitorang singgah dekat Big Apple kejap sebab nak beli doughnut. Then, pergi McDonald's sebab Faiqah nak beli french fries. Suddenly, terserempak pulak dengan Amir. So chit-chat kejaplah. Da selesai semua, Syitah & Faiqah berpecah dengan Fairul & Sharafie cause kitorang dah kena balik. The guys pergi jalan-jalan ke mana tah.

Okayy, seriously Syitah rindu diorang. Tapi esok dapat jumpoa Faiqah cause esok pendaftaran F6 dekat sekolah. Cuma si Fairul & Sharafie, tak tahulah bila lagi Syitah dapat jumpa. InsyaAllah, ada masa nanti, dapatlah jumpa lagi. Miss you, guys!

Wassalam ❤

I miss you ..

Assalamualaikum. How are you, guys? :')

Herm, I miss my friends so much. How are they now? Either they are fine or nope? Really miss you, guys.. For a long time we didn't meet. I miss to have a 'fight' with you, to share food every time we went for recess, to study together in the library and many more! I miss all the the moments. It such the sweetest memories that I ever had. I miss every second that we spent together. Do miss all of you so much. I really do.. ;'(

Wassalam ❤



Friday 4 May 2012

Satu HATI

Tuhan memberikan kita DUA KAKI untuk berjalan,
DUA TANGAN untuk memegang,
DUA TELINGA untuk mendengar,
dan..
DUA MATA untuk melihat,
tetapi..
MENGAPA TUHAN HANYA MENGANUGERAHKAN SEKEPING HATI KEPADA KITA??
kerana..
TUHAN TELAH MEMBERIKAN SEKEPING LAGI HATI UNTUK KITA MENCARINYA.