Buddies

Thursday, 29 November 2012

Diploma Pemasaran? Politeknik Port Dickson???

Assalamualaikum. Huhh, lama dah Syitah tak update blog ni. Dah berhabuk, banyak sawang labah-labah dah ni. So Syitah kenalah bersihkan dengan meng-update post. hihihi

Kali ni Syitah nak cerita pasal sesuatu yang Syitah tak terfikir langsung. Guess what????? SYITAH DAPAT TAWARAN SAMBUNG BELAJAR KE POLITEKNIK PORT DICKSON-DIPLOMA PEMASARAN !!!!!! Korang tahu tak, Syitah tak pernah apply langsung Politeknik, tapi tiba-tiba je boleh dapat tawaran tu. Memang tak disangka lah kan. Nak tahu macam mana Syitah boleh tahu yang Syitah dapat tawaran tu? Korang kena teruskan membaca sehingga habis, okay? hehh

Cerita dia macam ni. Alkisah.... Tadi petang Syitah tidur, so Syitah off kan handphone, kali ni pulak tiba-tiba menggedik nak off phone. Then, bila Syitah dah bangun, Syitah on phone, sekali dapat message daripada UPU. Ni message dia:

RM0.00 POLI: IYLIA NASYITAH BINTI ZAHIR
TAHNIAH! ANDA DITAWARKAN PENGAJIAN KE POLITEKNIK. LAYARI www.politeknik.edu.my UNTUK MAKLUMAT TAWARAN.

Lepas baca message tu, Syitah terus bagitahu ibu. Ibu pun terkejut jugak lah sebab Syitah tak pernah apply pun kan. Syitah pun terus check kat website tu and tengok-tengok dapat kat Politeknik Port Dickson. Kalau dapat yang jauh-jauh, best jugak. Hahaha
Okay. continue cerita pasal ni. Then, ibu bagitahu ayah yang Syitah dapat tawaran masuk Politeknik. Ayah cakap dah membazir 1 sem kat Form 6, so bunyi nya pun macam ayah tak bagi pergi kan? Syitah ada buat research pasal course yang Syitah dapat tu, bila baca-baca, pembelajaran course tu lebih kurang macam apa yang Syitah pernah belajar dalam Form 6 ni. Lagipun kalau Syitah terima tawaran tu, Syitah akan belajar selama 3 tahun; ada 6 sem. Sedangkan dekat Form 6 ni Syitah hanya tinggal lagi 2 sem aje. So Syitah dah buat keputusan yang Syitah TOLAK TAWARAN tu.

Syitah akan teruskan Form 6 di atas sebab-sebab yang tertentu. Lagi 2 sem Syitah akan habis, means lagi setahun Syitah akan jadi pelajar sekolah. Ibu cakap, buat betul-betul lagi 2 sem ni, jangan main-main. I have to struggle. Huhh takut-takut!

Okay IYLIA NASYITAH ZAHIR, kau jangan nak main-main lagi tahun depan. Cukuplah sem 1 haritu, kau dah macam sengal. Lagi 2 sem ni, struggle lebih sikit.Tu semua untuk masa depan kau jugak kan. Kalau orang lain boleh berjaya, takkan aku tak boleh kan?? Go Iylia! Usaha tangga kejayaan. Biar susah dulu, senang kemudian. All the best, Iylia!

Wassalam ❤

Tuesday, 23 October 2012

Ohh STPM ! :'O

Assalamualaikum & good evening, readers! Apa khabar semuanya? Harap sihat lah hendaknya. Alhamdulillah Syitah sihat-sihat aje, semakin hari semakin happy, cuma bila makin dekat dengan tarikh STPM, makin nervous pulak. ggrrrggrrrrrrrr

Ni nak cerita pasal STPM sebab title kat atas tu pun mengenai STPM kan. Pada 5 November 2012 hingga 8 November 2012, Syitah akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau lebih famous dikenali sebagai STPM. Macam yang Syitah pernah cerita sebelum ni(post beberapa bulan yang lalu, bulan May kalau tak silap), Syitah merupakan pelajar Pra-Universiti di Sek. Men. Keb. Seri Ampangan. Tahun ni Pra-U1, tahun depan insyaAllah kalau panjang umur, Syitah merupakan pelajar Pra-U2 pulak.

This year is the first year pembelajaran Form 6 mengikut sistem modular iaitu sistem semester. And the most important is, panggilan Form 6 kini sudah pupus, yang ada sekarang PRA-UNIVERSITI. Hahahahaha. Bangga ni! XD
Syitah dapat jurusan kemanusiaan & subjek-subjek yang Syitah ambil: Pengajian Am (it's compulsory for all Pre-U students), Pengajian Perniagaan (it's compulsory for all Pre-U students who're in art stream), Sejarah & Ekonomi.

Seperti subjek-subjek yang terpapar di atas, antara subjek yang Syitah boleh terima dek akal adalah subjek Pengajian Perniagaan & Pengajian Am. Ekonomi susah woo, Sejarah pulak perlu menghayati & banyak membaca, barulah senang faham. Tapi masalahnya, Syitah ni bukan jenis yang suka membaca, kalau novel tu boleh lah kann. hihi.. Apa-apa pun, jangan mengalah sebelum berperang (nak berperang dengan exam ni). Usaha tangga kejayaan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Menggenggam bara api biar sampai jadi arang. Ilmu pelita hidup. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh (apa kena-mengena sebenarnya?? Haha).

Syitah ada 3 sem untuk STPM ni, so every end of the sem, Syitah akan menduduki STPM, tak macam senior Syitah yang ambil STPM tahun ni sebab diorang akan kumpulkan ilmu yang telah dibelajar selama setahun setengah, then curahkan sepenuhnya pada STPM pertengahan November ni. Next year pulak, Stpm Syitah pada bulan June & November. MUET pulak insyaAllah Syitah akan ambil bulan March and hope dapatlah Band 4. AMINNNN !!!

So kesimpulannya, 5 NOVEMBER 2012-PENGAJIAN AM, 6 NOVEMBER 2012-TAKDE PAPER, STUDY UNTUK SUBJEK LAIN, 7 NOVEMBER 2012-PENGAJIAN PERNIAGAAN, 8 NOVEMBER 2012-EKONOMI & SEJARAH. Huhhh, tu lah jadual exam Syitah nanti. Cuak weyh! Harap-harap dapatlah pointer tinggi-tinggi macam 3.5 and above. Mudah-mudahan jika diizinkan Allah. Amin....

Okay maaf atas segala salah dan silap Syitah yer. Maaf jugak banyak membebel hari ni. Kalau ada yang terkurang tu datangnya dari diri Syitah sendiri, kalau ada yang terlebih tu datangnya dari Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.

Wassalam ❤