Buddies

Monday, 18 June 2012

NURUL FAIQAH ^_^

Assalamualaikum. Korang-korang.. Korang nak tahu something tak? Nak tahu lah ey? hihii
Syitah tengah sedih ni & actually tadi Syitah menangis. Nak tahu kenapa??  Sebab sahabat sejati Syitah akan pindah, nun jauh ke utara. So hari ni Syitah nak cerita pasal sahabat sejati Syitah yang bernama NURUL FAIQAH BINTI ABDUL HALIM.

Mula-mula, Syitah kena berpisah dengan Asyiqin & Puteri sebab diorang dapat tawaran SBP & MRSM masa Form 4. Then, kena pisah dengan Nazifa pulak sebab dia pindah ke SMK Seri Pagi cause rumah dia dekat kat situ. Bila dah habis Form 5, kena berpisah pulak Shah, Nissa, Izzati. Bila dah masuk Form 6, Lisa pulak keluar pergi politeknik, then Elisa keluar pergi UniKL. And now, kene berpisah pulak dengan Faiqah. Semua yang Syitah rapat, dah pergi tinggalkan Syitah, tapi diorang pergi untuk mencapai impian diorang. Diorang pergi untuk berjaya, and Syitah yakin diorang pun nak Syitah berjaya jugak. Dengan berat hati, Syitah terpaksa merelakan diorang pergi, lagipun atas sebab sambung belajar. Sekarang, tinggal Syitah, Afifah, Zulaikha, Farah & Sherry. Tapi next week, Farah pulak pindah pergi Johor. Haaaaaargghhhh! Hermm, aku mendoakan kecemerlangan & kebahagiaan korang, buddies!

Kat atas tu lah nama penuh Faiqah, tapi Syitah panggil dia "FAI". Kitorang kenal dah lama jugak laa, since Form 1, tapi start rapat since Form 2. Selama 4 tahun kitorang sama kelas, masa Form 4 je tak sama. Kitorang sebenarnya 1 group, ada gang tersendiri lah katakan. hahahaha.. Masa Form 2 kitorang agak rapat, tapi masih malu-malu unta lagi, tapi bila dah Form 4, Syitah & Faiqah jadi bertambah akrab even kitorang tak sama kelas. Waktu tu, gang yang lain ada yang dah pindah sekolah sebab dapat tawaran SBP and MRSM. 

Then bila dah masuk Form 5, lagi lah rasanya macam tak boleh dipisahkan. Dalam kelas duduk bersebelahan, kalau nak pergi toilet pun sama-sama, nak pergi mana-mana lah mesti berteman, mesti berdua. Dah macam belangkas pulak. Selalunya orang yang couple je macam belangkas. Hehex.. Bila Form 5 lagilah bertambah keakraban and kerapatan kitorang ni. Faiqah ni lah kawan suka & duka, dialah musuh, dialah kakak. Why 'kakak'? Because she's older than me. huu.. Dia jugak lah yang selalu bergaduh dengan Syitah, tapi kitorang hanya gaduh-gaduh manja. Tak lama pun kalau bergaduh. Boleh dikira dengan jari lah berapa kali je kitorang gaduh., rasanya tak sampai 5 kali pun kitorang bergaduh. Betapa eratnya kami kan? Kankankan?? :D

Korang jangan jealous ye dengan keakraban kami ni. Hahax. Syitah dengan Faiqah dah macam adik-beradik. Apa-apa cerita, Syitah mesti akan share dengan dia. Susah senang kami bersama, even sampai kitorang dah masuk Form 6. Tapi sekarang, Faiqah dah tak masuk Form 6 lagi sebab dia akan pindah ke UiTM kat Sungai Petani, Kedah. Jauh kan? Mula-mula hari tu, dia kata pendaftaran bulan Julai nanti, tapi malam tadi (dalam pukul 11.18pm), dia sent message. Biasalah Syitah tengah mamai time tu sebab tidur awal malam tadi, Syitah pun ignore je la message tu. Dia sent macam ni :

* Yaya syg..aku grk ke kedah esok..insyaallah klu smpt aku g skola bg bku pa kat kau..psl byr x yah rsau..ble ade duit t kau byr la..take care my dear..jgn lupe aku.. *

Faiqah!! Mana boleh aku lupa kau! :'(

Then bila Syitah tak reply, dia pun call la pagi-pagi buta tadi (dalam pukul 3.36am). Dia kata dia pergi Kedah tu hari ni, tapi petang nanti. Kalau tak sempat, dia gerak esok pagi dalam pukul 4.00am. Syitah pun tanyalah, bila hari pendaftaran yang sepatutnya, then dia kata hari Selasa, means esok lahh.. Ya Allah ya Tuhanku, Syitah punyalah sedih. Faiqah ada cakap yang dia menangis. Lepas dah habis calling, Syitah menangis. Rasa sedih sangat, dia kena pergi belajar jauh. Syitah takde semangat. Takde semangat nak pergi sekolah esok. Lepas ni dekat siapa pulak Syitah nak share segala benda. Rindu kat dia.... wuuuuuwwuuuuuuu :'(

Ni ada pesanan dari aku untuk kau, wahai sahabat :

" Faiqah, jaga diri kau baik-baik. Jangan nakal-nakal, ingat family, ingat kawan-kawan yang lain, and most important ingat Allah SWT. KAU ADALAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH yang Allah bagi kat aku. Aku & member-member yang lain takkan lupakan kau. Kitorang sentiasa ada di sisi kau. Mungkin kita jauh di mata, tapi dekat di hati. Sekarang zaman dah canggih, ad FB, Twitter, Skype, handphone pun ada, kita still boleh contact. Kau jangan lupa aku tau. Jangan terkena culture shock, jaga diri tu baik-baik. Pilih kawan yang betul-betul boleh dianggap kawan, jangan pilih kawan yang ada dengan kau bila susah je, cari kawan yang susah-senang bersama-sama sebab banyak orang cakap, bila kat Uni barulah kita akan kenal mana satu kawan, mana satu lawan. Kalau ada kawan kau yang minta kau buatkan assignment dia, kau marah je dia sebab orang macam tu memang tak layak digelar kawan. Aku kat sini tak mungkin dapat jumpa pengganti kau, kawan macam kau sebab kau hanyalah satu. Kau sorang je yang ada perangai macam diri kau sekarang ni. Aku minta maaf atas semua kesalahan, kesilapan aku kat kau sepanjang perkenalan kita. Halalkan segala makan minum aku, segala yang kau pernah belanja aku, halalkan segala ilmu yang kau dah share dengan aku. Jangan lupakan member-member kau kat sini. Solat jangan tinggal. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan & kejayaan kau. Semoga kita semua berjaya mencapai cita-cita masing-masing, semoga kita semua berjaya di dunia & akhirat kelak. InsyaAllah, Aminn.... Nurul Faiqah., kau lah sahabat, kau lah musuh, kau lah kakak, kau lah teman & mungkin kau jugak yang bergelar kawan dunia akhirat. InsyaALLAH.... Aku sayang kau. Aku rindu kau. Jangan lupa kami... :'( "

Wassalam ❤

Sunday, 17 June 2012

Kem RES Q best !!

Assalamualaikum. Syukur! Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana masih memberi Syitah peluang untuk bernafas di atas muka bumi ni, masih beri Syitah peluang untuk update blog ni. Syukran jazilan :')

Kelmarin, hari Jumaat, Syitah pergi kem RES Q. Kem RES Q ni kat PJ Perdana je, so dekat lah dengan rumah Syitah. Kem tu actually untuk students Pra-U je, tapi disebabkan ramai yang tak pergi, so cikgu bagi peluang untuk students Form 5. Total adalah dalam 50 orang kot. Kem tu just like kem yang berlandaskan ilmiah.

Kem RES Q ni hanya dari hari Jumaat sampai Sabtu je. Bila kira-kira, tak sampai 2 hari pun, hanya 1 setengah hari je. Kem ni tersangat lah best! Rasa macam tak cukup je 1 setengah hari, nak tambah hari lagi..... Rugi je tau sesiapa yang tak pergi tu. Actually, mula-mula Syitah malas nak pergi sebab kena bayar, tapi bila dah pergi, tak rasa menyesal pun sebab kem tu seronok. Penceramah pun tak membosankan, banyak buat lawak pulak tu. Kalau lah dapat putar balik masa ni, Syitah nak stop kat situ & nak terus dengan kem tu lama-lama. Betapa bestnya kem tu. Rugi-rugi sape yang tak pergi. hihihi

Eherm, kalau nak diceritakan lagi, banyak lagi yang best-best, tapi Syitah dah penat nak taip. Hahaa.. So sampai sini je lah dulu Syitah share dengan korang. Kalau ada masa lagi, nanti Syitah update lagi cerita pasal kem ni yer? Salam sayang untuk semua.

Wassalam ❤