Buddies

Tuesday, 4 February 2014

4.2.2014. Genap 3 tahun... :'(

Assalamualaikum, selamat tengah hari semua. This is the 1st post for this week. Ada benda yang Syitah nak share dengan korang. Mesti korang nak tahu ada apa dengan tarikh 4.2.2014 tu. Harap korang sudilah baca ye J

Harini hari Isnin, bertarikh 4.2.2014, GENAP 3 TAHUN ARWAH WAN MENINGGAL DUNIA. Ye memang setiap tahun Syitah akan kira berapa lama dah wan tinggalkan Syitah untuk selama-lamanya. Sedih tu memang sedih. Rindu kat arwah, hanya Allah je yang tahu... Mana taknya, since Syitah lahir lagi tinggal kat rumah wan. Family pun tinggal situ. Bila Syitah Form 2 barulah me and my family pindah rumah sebab sedara dari Kelantan pindah Seremban, then tinggal dengan wan pulak. Ayah pun ada beli rumah tu pun takjauh dari rumah wan. Masih dalam taman yang sama, so selalu jugak berulang-alik ke rumah wan. Berbelas tahun tinggal dengan wan. Syitah rindukan wan sangat-sangat. L

Sejak sebulan dua kebelangan ni pun, Syitah selalu terrmimpikan arwah wan. Selalu dapat jumpa wan dalam mimpi. Ada masanya mimpi tu amat menyedihkan, dan ada kalanya mimpi tu mimpi yang happy, bergembira dengan wan. Pernah haritu Syitah termimpikan arwah, bila bangun terasa sebak sangat then terus menangis.

Tapi.. Alhamdulillah waktu wan masih hidup dulu, Syitah puas dah jaga dia lebih-lebih lagi bila wan makin taklarat. Dapat mandikan wan, siapkan wan, suap wan makan, macam-macam lagi lah.. Okay mungkin takbanyak yang Syitah dapat tolong wan, tapi Syitah puas hati sebab dapat buat tu sume. Dalam masa jaga wan, selalu jugak berdoa andai Allah nak ambik nyawa wan, biarlah waktu tu Syitah menghadap wan, ada dengan wan, Alhamdulillah Allah makbulkan doaku.

Wan, wan sentiasa ada dalam hati Syitah. Semoga wan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga wan tenang di sana. Syitah sayang wan dulu, kini dan selamanya! In shaa Allah. Al-fatihah

Wassalam ❤

Saturday, 1 February 2014

Alhamdulillah. Again, thanks to Ibu and Ayah :*

Assalamualaikum semua! Selamat sejahtera. Semoga semuanya sihat-sihat je dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. In shaa Allah, aminn..

Erm erm harini Syitah dapat something lagi dari Ibu and Ayah. Alhamdulillah, bersyukur sangat. Hihi.. Benda yang Syitah dapat ni pun sebenarnya dah lama jugak Syitah nak, Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Haritu dah dapat stand mixer, kali ni dapat apa pulak ye??  Semestinya bukan gadget dan ianya jugak tak semahal gadget yang ada dipasaran sekarang ni. J

Syitah dapat ni!!!!!! Thank you so much, Ibu and Ayah! :*



Electric oven ni Syitah memang nak. Yelah kan senang nak buat kek or biskut or kuih ke… Almaklumlah sejak akhir-akhir ni Syitah suka baking walaupun masih dalam proses belajar. So bila dah ada oven ni senanglah nak baking. Takdelah nak buat cheesecracker je manjang sebab nak buat tu takyah guna oven. Huhu.. In shaa Allah lepasni macam-macam lagilah yang Syitah boleh bake dan semestinya nanti Syitah akan kongsi dengan korang resepi-resepi makanan yang Syitah akan buat. In shaa Allah J


Again, thank you Ibu, thank you Ayah! Wassalam ❤