Buddies

Tuesday, 28 January 2014

Terima kasih, Ibu! Terima kasih, Ayah! :*

Assalamualaikum, Selamat Tengah Hari, Salam 1 Malaysia dan Salam Ukhwah Fillah semua! Dah beberapa hari Syitah tak blogging, rasa rindu pun ada. Huhu.. Alhamdulillah harini Syitah rasa happy, that’s why Syitah nak share dengan korang ni. hukhuk

Erm berdasarkan title kat atas, mesti korang agak yang Syitah ada dapat something kan? Hihi and you’re right. Syitah ada dapat something dari Ibu and Ayah. Benda ni memang Syitah dah lama nak and finally I got it bebeh! Hahaha~ Korang jangan salah sangka pulak, Syitah bukan dapat smartphone ke, DSLR camera ke, lappy pun tidak dan harganya pun tidak semahal  benda tu sume malah ianya BUKAN GADGET. Korang cer teka? Cer teka? Hehh okaylah Syitah bagitahu terus jelah senang. Okay Ibu dengan Ayah bagi….. jeng jeng jeng jeng…….


Haa tuudiaaaaaa yang Syitah dapat! Stand mixer untuk buat kek or cookies or any pastries or anything makanan yang perlu menggunakan benda alah ni. Kat rumah memang tak pernah ada mixer ni sebab takde siapa yang nak guna. So sekarang ni Syitah memang nak guna mixer sebab bercadang nak buat cheesecracker. Alhamdulillah Ibu and Ayah present kan Syitah stand mixer. Bertambah bersemangatlah nak buat kan. Takpayah keluar duit sendiri. Hihi

So Syitah happy sangat! Thanks Ibu! Thanks Ayah! Walaupun harga dia tak mahal macam gadget yang ada pada zaman sekarang ni, tapi Syitah punya gembira macam dapat iPhone 5S Gold je. Huahuahua

In shaa Allah nanti bila Syitah dah berjaya buat cheesecracker tu, Syitah akan masukkan resepi kat blog. In shaa Allah lah ye.. Izinkan saya undur diri dulu. Ngee

Salam sayang buat semua. Wassalam ❤

Wednesday, 22 January 2014

Tikar Buluh

Assalamualaikum & selamat sejahtera. Harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik saje dan berada di bawah lindunganNya. In shaa Allah  J

Harini ada barang yang Syitah nak promote kat korang, kepada sesiapa yang berminat nanti Syitah terangkan macam mana nak buat pembelian.


So inilah barang yang Syitah nak promote tu. Sekadar tolong kawan, Syitah tolong promote kan je barang ni. Barang ni ialah TIKAR BULUH. Syitah akan terangkan serba sedikit tentang tikar buluh ni.

Saiz & Harga : a. 6m x 10m (RM110.00)
                       b. 7m x 10m (RM140.00)

Deskripsi : Tikar buluh ini terdapat dalam pelbagai warna. Ianya tidak terhad pada 1 warna sahaja seperti yang dipaparkan. Selain itu, tikar ini tidak panas dan berkualiti tinggi serta amat sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja. Ia mudah dibawa ke mana sahaja kerana boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam sarung seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Penghantaran tikar buluh tersebut hanya di sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang sahaja kerana ianya akan dihantar by hand, bukan melalui postage.

Kepada sesiapa yang berminat atau untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh contact terus kepada kawan Syitah iaitu Imran Nawawi melalui Facebook atau Twitter dia. Sila Klik sini! untuk contact Imran melalui FB atau Klik sini! untuk contact melalui Twitter. Jadi sesiapa yang berminat, bolehlah buat pembelian mulai sekarang. Kerjasama anda amat dihargai. J

Sekian, wassalam ❤