Buddies

Tuesday, 7 January 2014

Penjualan Buku SEMESTER 3 #1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Okay entry kali ni memang KHAS untuk pelajar-pelajar Pra-U2 SMK Seri Ampangan iaitu adik-adik kite ni lah kan. Akak nak jual beberapa buah buku SEMESTER 3 & SEMESTER 1. Harga masih boleh dirunding dan keadaan buku masih dalam kondisi yang amat baik dan sangat memuaskan serta tiada koyakan. Tapi biasalah buku 2nd hand, sebab tu jual murah.

Okay ni antara buku-buku yang akak nak jual :-


Subjek/Tajuk : Sejarah Malaysia & Asia Tenggara
Semester : 3
Penerbit : Oxford Fajar Sdn Bhd
Harga : RM15.00 *termasuk nota





Subjek/Tajuk : Pengajian Perniagaan
Semester : 3
Penerbit : Pelangi Sdn Bhd
Harga : RM8.00







Subjek/Tajuk : Ekonomi Malaysia
Semester : 3
Penerbit : Pelangi Sdn Bhd
Harga : RM15.00 *termasuk buku latihan



Subjek/Tajuk : Pengajian Am
Semester : 3
Penerbit : Local Publications (LP)
Harga : RM8.00







Subjek/Tajuk : Nota Pengajian Am
Semester : 3
Penerbit : Takde sbb cikgu dr pelbagai sekolah yg buat
Harga : RM5.00







Subjek/Tajuk : Mikroekonomi
Semester : 1
Penerbit : Oxford Fajar Sdn Bhd (Teks)
Harga : RM15.00 *termasuk nota









Setakat ni tu jelah buku yang akak jual. Nanti kalau ada lagi kot daripada kengkawan akak ke, akak akan post kan sama ada kat Facebook, Twitter or kat Blog ni okay. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!! hahahahah

Kerjasama anda amatlaaaahhhhhhhhh dihargai. Sekian, terima kasih. Wassalam ❤

Thursday, 2 January 2014

Jilbab elak FITNAH !!

Assalamualaikum semua! Harini Syitah nak kongsikan dengan kalian mengenai pemakaian jilbab. Syitah sekadar nak berkongsi ilmu daripada apa yang Syitah baca. ^^

Jilbab merupakan sejenis pakaian wanita yang longgar, lengkap dengan menutup kepala, leher dan dada. Pakaian seumpama ini adalah perintah Allah SWT kerana ia dapat menutup aurat. Perkataan jilbab diambil daripada perkataan jalabib daripada surah al-Ahzab ayat 59.

Pada zaman jahiliyah, jilbab sudah dipakai oleh wanita Arab dalam kalangan mereka yang baik-baik dan terhormat. Apabila datang Islam, pakaian jilbab itu dianjur dan diwajibkan bagi mengelak daripada fitnah malah kita akan dipandang dengan penuh hormat.

Memakai jilbab ini tidak wajibkan ke atas perempuan yang belum datang haid (rujuk surah an-Nur: 60) kerana ghairah kelamin bagi wanita-wanita golongan ini belum atau sudah tidak ada lagi. Jika ghairah itu ada, maka pakaian jilbab itu diwajibkan juga.

Oleh itu kaum Hawa, marilah kita bersama-sama menjaga kehormatan diri dan berubah ke arah yang lebih baik. Kadang-kala kita perlu memaksa diri untuk melakukan sesuatu kebaikan tetapi lama-kelamaan kita akan terbiasa untuk melakukannya. Masih belum terlambat. :)

Segala salah silap harap dimaafkan. Wassalam ❤