Buddies

Thursday, 20 March 2014

Keputusan STPM! Alhamdulillah :')

Assalamualaikum! Selamat pagi! Okay first time rasanya Syitah update blog pepagi. hihi okay Syitah nak share pasal result STPM yang Syitah dapat semalam. Maaf ler baru nak update harini sebab semalam I busy betul. hikhik

Sebelum ni Syitah ada share dengan korang pasal result SPM Syitah, kali ni nak share pasal result STPM pulak. Result UPSR dengan PMR je yang Syitah tak bagitahu :D Alhamdulillah result STPM yang Syitah dapat tu, Syitah sendiri tak jangka sebab Syitah expect bawah dari tu, sekali bila dapat tengok tengok lebih dari tu. Bersyukur sangat. Terima kasih ya Allah!

Alhamdulillah pelajar STPM di Negeri Sembilan (Negeri tumpah darah Syitah) merupakan yang terbaik dalam 10 tahun ni. Sekolah Syitah pun dah sama taraf dengan sekolah bestari even sekolah Syitah ni sekolah biasa je, bukan kluster mahupun SBP, hanya sekolah harian biasa. Ramai dapat pointer 3.00 dan ke atas and ada 3 orang dapat 4.00.

Syitah punya result dapat happy kan ibu dengan ayah. ALHAMDULILLAH. Bila Syitah balik rumah then tunjuk slip kat ibu, ibu terus peluk and cium Syitah. Walaupun result Syitah tak tinggi macam orang lain, tapi Alhamdulillah semua lulus. Ayah dengan Ibu pun happy. In shaa Allah ada rezeki dapat sambung degree bulan 9 nanti. Aminn! Kiranya sekarang ni selangkah lagi untuk ke degree. Syitah macam tak percaya je. Yelah sebab before nak masuk Form 6 dulu Syitah rasa macam takboleh bawak je STPM, sebab dengar orang kata STPM tu susah. Alhamdulillah bila Syitah sendiri yang mendudukinya, Syitah dapat bawak. Seriously tak sangka :')

Bila malam tu, ayah bagi duit as a gift sebab Syitah dapat result camtu. Actually Syitah tak mengharap langsung and tak terfikir pun yang Ayah akan bagi reward. Sekali malam tu ayah bagi. Berapa jumlahnya biarlah rahsia okay? Hihi. Ibu pulak hadiahkan customade dress. Yelah Syitah suka pakai dress. Wuuuuu thanks Ayah, Ibu!  A lot of thanks to Allah! Syukur syukur~

UPU pun Syitah dah isi. Sekarang berharap agar Syitah dapat tawaran tu. Kalau boleh Syitah nak IPTA. So harap sangatlah dapat! Korang tolong doakan sekali eh untuk Syitah? Lagi beberapa bulan in shaa Allah kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi peluang, dapatlah Syitah menjejakkan kaki ke universiti sebagai pelajar yang mengambil degree. Mudah-mudahan. Amin ya rabbal alamin! ^^

Wassalam ❤

No comments:

Post a Comment