Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Fuhh baru tengah hari
dah letih. Haha.. Tadi Syitah pergi sekolah. Seperti biasalah sebab nak hantar
produk kat kiosk. Tapi harini tadi Syitah stay sebab nak tolong tolong sekali
kat kiosk.
Okay harini diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM &
STPM 2013 di Dewan D’SURY Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan iaitu
sekolah lama Syitah lah kan. So disebabkan time Syitah datang kiosk tu tengok
ramai benar orang dalam tu, Syitah pun pergilah dewan sebab nak tengok rakan
rakan seperjuangan ambik anugerah tu. Pelajar pelajar cemerlang SPM dan STPM tu
diberi hadiah berupa sebuah plak, wang tunai dan sijil penghargaan.
Ehem ehem disebabkan Syitah punyalah malu nak duduk kat tempat
yang dah disediakan (tempat untuk ibu/bapa/penjaga/keluarga, bukan tempat
pelajar yang dapat anugerah), so Syitah duduk kat belakang dalam sebuah kelas
dengan junior iaitu bebudak form6. Event tu start dalam 8.30am. Lepas bacaan
doa, ucapan daripada pengetua , Datin Sri Hajah Rohayah binti Harun (still
ingat taw even dah 5 bulan tinggalkan sekolah. Hiks), bermulalah majlis
penyampaian anugerah. Mula mula anugerah untuk pelajar pelajar cemerlang SPM
2013 then barulah anugerah untuk pelajar pelajar cemerlang STPM 2013.
Time tengok rakan rakan seperjuangan Syitah (yang ambik STPM)
ambik hadiah, dalam hati ni hanya Allah je yang tahu. Syitah rasa bangga sangat
dan gembira bagi pihak diorang even Syitah takterlibat dalam majlis tu. Jealous
dengan diorang sebab diorang berjaya xD Rasa nak nangis pun ada sebab Syitah terfikir
“Kalaulah aku ada sekali kat situ, naik pentas, ibu dengan ayah ada, mesti
seronok”. Bila tengok tu memang semangat ni membara bara. Majlis tu dapat
bagi motivasi secara tersiratnya :') Ada jugak datang rasa menyesal tapi masa dah
takboleh nak putar. Bukan takbersyukur dengan result yang Syitah dapat haritu, Alhamdulillah
result Syitah sangat memuaskan cuma lagi sikit je nak capai macam diorang, tapi salah sendiri
jugak tak usaha lebih kan. Huhu
Bila tengok kawan kawan semua dapat anugerah, jealous nya rasa.
In shaa Allah bila dekat U nanti, Syitah nak dapatkan Anugerah Dekan! Kalau
kawan kawan Syitah boleh berjaya, takkan Syitah takboleh kan. Cuma kena rajin
berusahalah. Kesimpulannya, perkara yang lepas dijadikan pengajaran. Akan datang
kita buat yang lebih lebih lebih baik! Semoga Syitah and kawan kawan dapat
sambung degree bulan 9 nanti. In shaa Allah, aminn J
Wassalam ❤
No comments:
Post a Comment