Buddies

Monday, 10 March 2014

SEDIH. Kehilangan Pesawat MH370 & Kemalangan Wan Ci

Assalamualaikum, selamat malam. Erm erm title kat atas tu “SEDIH”, bukan bermakna Syitah sedih pasal bisnes cheesecracker tu. Ni takde kaitan langsung dengan bisnes. Ni melibatkan keadaan sekarang, ujian demi ujian yang Allah bagi kepada hambaNya. Ni Syitah nak cerita secara ringkasnya saje.

Okay seperti yang korang tahu, pada 8 Mac 2014 bersamaan hari Sabtu, satu tragedi telah berlaku yang mana tiada sorang pun sangka iaitu pesawat Malaysia Airlines yang bernombor MH370 hilang secara tiba-tiba. Langsung tak dapat dikesan dengan radar. Pesawat tu merupakan Boeing 777-200 yang membawa seramai 239 orang yang terdiri daripada 227 penumpang termasuk 2 orang bayi, serta 12 cabin crew. Penerbangan tu dari KLIA hendak ke Beijing, China dan bertolak pada pukul 12.41am (8 Mac 2014) dan dijangka sampai pada pukul 6.30am (8 Mac 2014), tetapi ianya takdapat dikesan oleh radar lebih kurang dalam pukul 2.40am iaitu 2 jam selepas berlepas *maklumat berdasarkan berita*.

Sehingga kini (10 Mac 2014/Isnin) pesawat MH370 masih belum dijumpai. Walaupun takde saudara mara atau kawan-kawan Syitah yang terlibat, tapi rasa sedih ni tetap ada. Sedih sangat! Kadang-kadang tu boleh menangis. Yelah kita sendiri taktahu apa sebenarnya yang terjadi pada pesawat tu. Macam-macam spekulasi ada lebih-lebih lagi kalau ita tengok kat laman sosial. Ada tu yang sanggup mengambil kesempatan untuk jadi perhatin umum dengan mengatakan bahawa salah seorang ahli keluarganya ada dalam pesawat tersebut, sedangkan hakikatnya tak pun. Astaghfirullahalazim, tergamak orang tu buat perkara yang tak mendatangkan faedah langsung dan membuatkan 1 Malaysia tertipu. Kita nak maki hamun mencarut bagai pun takguna, kita jugak yang berdosa nanti. Kita berdoalah agar Allah memberi petunjuk dan pengajaran kepada si dia supaya tak mempermainkan isu-isu penting yang melibatkan nyawa manusia, sekadar untuk meraih perhatian atau publisiti. Itu publisiti yang teramat murah namanya. Korang pun banyak dah tahu pasal cerita pesawat hilang ni, so Syitah kat sini cerita secara overall nya saja. Di akhbar dan berita pun banyak dah berkongsi maklumat.

Ni lagi satu berita yang family Syitah baru dapat pada malam ini juga. Lebih kurang pukul 8.20pm tadi, dapat panggilan dari makcik. Dia kata nenek sedara Syitah *I called her ‘Wan Ci’* accident. Time tu Wan Ci dah start enjin, tapi sebelah kaki dia kat luar and sebelah lagi kat dalam, pastu mungkin tertekan minyak, terus kereta berjalan sampai ke pokok rambutan (Syitah tahu berapa jarak dri tempat parking dia tu sampai pokok rambutan kat rumah dia). Lebih kurang 10meter kot atau lebih sikit. Then sekarang dia kat Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Wan Ci tu bachelor so dia tinggal kat rumah pun sensorang. Yang jaga dia sekarang anak buah dia merangkap makcik Syitah. Harap Wan Ci tak cedera teruk. Syitah saying sangat Wan Ci dah macam wan sendiri. Selain Syitah rapat dengan arwah wan, dengan Wan Ci lah yang Syitah rapat. Lepas arwah wan meninggal tahun 2011, Wan Ci lah yang Syitah dah anggap macam wan sendiri. Actually sejak dari kecik lagi memang dah rapat. Yelahh lagipun dia takde anak cucu.

Ya Allah, sungguh aku tak sangka, belum habis lagi sedih pasal kehilangan pesawat MH370 tu, sedih pulak pasal Wan Ci ni. Kau selamatkanlah kedua-dua hal ni sesungguhnya Engkau Maha Besar dan Maha Mengetahui segalanya. Ya Allah, aku berharap sangat agar pesawat MH370 tu selamat dijumpai dan semua orang dalam tu terselamat. Hanya Engkau yang berkuasa atas segalanya. Ya Allah, kau selamatkanlah juga Wan Ci. Semoga dia tak cedera teruk dan cepat sembuh. Aku sayangkan dia. Aku berserah padamu untuk segalanya. In shaa Allah.. Amin ya rabbal alamin.

Wassalam ❤




1 comment:

  1. The Borgata Hotel Casino & Spa Announces Opening Date for
    ATLANTIC 통영 출장샵 CITY, N.J. (CBSNewYork) — The 수원 출장안마 Borgata Hotel Casino & Spa officially opened its doors this 부천 출장샵 afternoon, 남원 출장샵 welcoming guests 거제 출장안마 to its

    ReplyDelete