Assalamualaikum. Good midnight everybody! haha.
Ni Syitah seje nak share dengan korang. Tak tahu nak cerita apa lagi. whee
Ayah hari ni tak berapa sihat. Syitah tengok dia macam demam je. Asyik rehat je. Tadi sebelum tengok ABPBH, ayah minta tolong Syitah urut ayah sekejap. Syitah rasa badan ayah panas, memang sah lah demam. Syitah urut tadi adalah dalam 15 ke 20 minit. Tak lama pun. hehe. Lepas tu Syitah tengok pulak ABPBH. huu
Syitah ni sebenarnya, pakar lah jugak kalau mengurut orang ni. Hahaha.. Poyo pulak aku ni kan? Gurau-gurau sajaa.. Tapi Syitah memeang retilah jugak mengurut ni sebab since Syitah budak-budak lagi Syitah dah start urut orang. Contohnya masa dulu, Syitah selalu urut arwah wan sebab dia selalu minta tolong. Tapi yang bestnya lepas urut wan, dia mesti kasi upah. haha.. Eyh korang, jangan salah sangka pulak. Bukan Syitah urut dulu sebab nak upah, cuma dah wan yang nak kasi., rezeki jangan ditolak. hehehe
So siapa yang jadi hubby Syitah nanti, beruntunglah kamu sebab Syitah pandai urut. :D
Siapa nak kahwin dengan Syitah? Angkat tangan!!! kahkahkah. Dah mula merepek ni. Asalnya nak cerita pasal mengurut je, tapi terlari dari topik sebenar pulak. Maaf, maaf. huhu
Okay lah, Syitah nak tidur dah. Dah pagi-pagi buta dah ni.
Good morning, kalian. Salam sayang, salam rindu untuk kamu.
Wassalam. <3
No comments:
Post a Comment