Buddies

Saturday, 7 April 2012

Fobia + Trauma = ????

Assalamualaikum. Herm, Syitah ada benda nak cerita ni. Cehh! Banyak laa sangat yer. Huhu
Benda ni actually berlaku siang tadi, dalam lingkungan pukul 12.50pm hingga 2.00pm.
Ceritanya bermula begini.......... (Saje buat gimik lebih. Hahaha)

Insiden berlaku pada 6 APRIL 2012. ^^

Pagi tadi dalam pukul 10.00am, sepupu Syitah datang rumah dengan mak dia sebab dia nak ambil gaji. Dia datang dari Palong. Nama sepupu Syitah tu Nurulnabila, tapi Syitah panggil dia Nabila. Mak dia pulak Syitah panggil Mak Ngah. Nabila ni sama kerja dengan Syitah dekat Marrybrown, Pacific. So tadi dia nak pergi lah ambil gaji.

Dalam pukul 11.00am, Syitah & Nabila gerak pergi Pacific. Nabila yang drive. Then, bila kitorang sampai sana, niat asalnya Nabila nak minta gaji, tapi Sir takde pulak. So kitorang pun lepak lah situ sambil makan-makan. Nabila hantar mesej dekat Sir, tapi Sir tak reply. Nabila suruh mak dia call Sir, Sir kata nanti dia masukkan dekat akaun Mak Ngah. Nabila pun menyirap lah, penat-penat datang dari Palong, sekali gaji tak dapat pulak. Memangt menyirap lah kan. Kalau anda dekat tempat dia, mesti panaasss je kan?? hehe

Herm.. Start dari masa tu, Nabila dah mula rasa tak sedap hati. Dah lama lepak kat situ, kitorang pun balik. Mulanya rancang nak tengok-tengok baju kat dalam tu, tapi langsung terlupa dek kerana terlalu hott sebab tak dapat gaji. huhuh

Lepas dari Pacific tu, kitorang nak gerak pergi Giant Senawang sebab ada benda yang Nabila nak cari. Alhamdulillah mula-mula perjalanan okay je, tapi ada masa-masanya enjin kereta tu mati, tapi dapat start balik. Dalam perjalanan tu pun, Nabila ada kata yang dia masih rasa tak sedap hati. Dia punya firasat tu dah lah betul, tapi dia kata takde apa-apa. Syitah pun relax je lah, fikir positif.

Kitorang nak pergi Giant tu ikut jalan dari arah Taman Tuanku Jaafar tu. Bila dah sampai dekat traffic light nak masuk ke arah Giant, yg berdekatan dengan Taman Rasa Sayang, Senawang, tiba-tiba enjin kereta tu mati. Nabila try start kan enjin, tapi tak boleh jugak. Banyak kali dia try, tapi still tak ada apa-apa respon. Belakang dah mula sesak. Ada tu kereta yang hon, padahal dah pasang hazard light. Diorang yang tah apa-apa, tak nampak agaknya. Ermm, Nabila dah start nak nangis dah, Syitah pulak lagilah cuak. Nabila call mak dia, call ayah dia.. Then, Nabila call abang sedara kitorang, nasib baiklah dia dapat datang dengan kawan-kawan dia sekali untuk tolong. Syitah pulak call kawan-kawan Syitah. Tapi masa tu orang lelaki pergi sembahyang Jumaat.

Alhamdulillah, almost setengah jam kitorang tersadai berdua kat situ, ada lah seorang makhluk Allah ni datang untuk tolong. Dia tu pormen, tak tahu pulak nama dia apa. Tak sempat nak tanya sebab tengah cuak gilaa masa tu. hehe.. Mula-mula orang tu pun tak tahu apa punca enjin mati. kitorang dah berpanas dekat situ. Tak lama lepas tu, lebih kurang 4 orang lelaki datang tolong. Nam[ak macam diorang tu baru balik dari sembahyang jumaat sbb ada yang berkopiah, berbaju melyu lagi. 3 orang budak muda & sorang pakcik. Diorang tolong tolakkan kereta ke bahu jalan supaya tak block kereta-kereta lain untuk jalan, untuk mengelakkan kesesakan. Kereta tu pun parking dekat bus stop depan Giant, so senang lah pormen tu nak repair apa yang patut kan.

Lepas tu, abang sedara pun sampailah dengan member dia. Kitorang suruh dia temankan kitorang kat situ, lagipun dia tengah free. Sementara tu, abang pormen repair kereta. Dia kata mungkin battery kong. So dia pun ambil battery kereta dia (kereta Gen-2), then pasang kat kereta yang Nabila bawak. Alhamdulillah, syukur pada Allah, lpeas je abang pornen tu pasang battery, try start kan enjin, memang dapat dihidupkan balik. Pormen tu kata, sementara waktu ni jangan bagi kereta tu mati enjin sebab kalaw tak, nnati tak dapat nak start balik.

Dari Senawang tu, abang sedara pulak yang drive sebab Nabila kurang berani nak bawak, lagipun Syitah takut. Dia hantar kitorang balik rumah Syitah. Semuanya selamat. Syukran ya ALLAH.. 

Sampai sini je lah Syitah mampu cerita. Ni pun dah cukup panjang dah ni. hehe
Nak tahu lagi cerita pasal ni? Boleh lah visit blog sepupu Syitah ni, Nurulnabila. Tapi dia maybe update blog dia esok kot. hehe. Ni link blog dia

Sekarang dah masuk 7APRIL 2012. So segala yang Syitah cerita kat atas, terjadi semalam.
Sesungguhnya Syitah masih fobia + trauma. huhu.. Mana taknya, first time terjadi dekat 2 orang budak perempuan yang sedang makan angin. hahah. Selalunya tengok dalam tv je. Macam drama pulak. ngee,,

okay lah, Syitah pun nak tidur dah. Good midnight (ayat baru tu. haha)
Jumpa dalam mimpi yerr.

Wassalam. <3

No comments:

Post a Comment