Buddies

Friday, 13 April 2012

Mencintai TAK SEMESTINYA memiliki

Assalamualaikum. Dah beberapa hari Syitah tak post kat sini. Untuk hari ni, Syitah ada something nak cerita or share dengan korang pasal title post yang kat atas tuu. Title tu pun Syitah ambil dari drama apa tah. hehe..

Bukan apa, ada sesetengah orang fikir kalau kita cintakan seseorang, kita tetap akan jadi miliknya & orang tu tetap akan jadi milik kita. Actually, Syitah pun pernah terfikir macam tu jugak. Tapi sebenarnya, tu semua salah sebab MENCINTAI SESEORANG TAK SEMESTINYA MEMILIKI DIA melainkan kalau dah ditetapkan dia jodoh kita, yang tu memang tak dapat dipertikaikan lagi.

Bagi Syitah, bila kita cintakan seseorang, kita terpaksa berkorban walaupun kita tahu yang dia takkan jadi milik kita. Pengorbanan itu sangat bermakna kerana walaupun ianya SANGAT SAKIT, tapi bila kita tengok orang yang kita cinta tu bahagia dengan pasangannya, kita pun akan bahagia jugak (konon nya laa kan).

Syitah pun pernah jugak terjebak dalam kancah percintaan dulu. Tapi tu semua DULU. Apa boleh buat, tak ada jodoh kan. Mula-mula memang rasa KECEWA YANG TERAMAT SANGAT, tapi lama-lama Syitah REDHA, Syitah PASRAH. Tu semua adalah ketentuanNya. Apa yang terjadi adalah atas kehendakNya.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan, dan apa yang pernah terjadi tu adalah pengalaman hidup Syitah. Pengalaman tu lah yang mengajar Syitah supaya menjadi lebih matang, lebih tabah & cekalkan hati dalam mengahadapinya. Kalau Syitah tak rasa tu semua, belum tentu Syitah akan dapat tahan dengan perkara macam ni. Pengajaran yang utamanya, JANGAN MUDAH PERCAYAKAN ORANG & JANGAN TERLALU BERLEMBUT HATI.

Alhamdulillah, Allah bagi Syitah kekuatan walaupun sekarang Syitah tak dapat memilikinya. Dengan kata-kata "MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI", tu membuatkan Syitah lebih kuat dalam meneruskan kehidupan. Takkan hanya sebab benda macam tu, kita nak terus give up kan?

Biarlah segala yang Syitah rasa, Syitah pendamkan dalam hati. Lebih baik MENCINTAI YANG MAHA MENCINTAI. Apapun, Syitah sentiasa mendoakan kebahagiaan both of you. :')

Wassalam 

No comments:

Post a Comment