Assalamualaikum dan selamat petang saudara saudari sekalian.
Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik kot yang baru balik sekolah tu.. Selamat
membaca entry Syitah kali ni! Hihi
Okay seperti yang korang sedia maklum, haritu Syitah ada
cerita kan pasal Syitah buat cheesecracker and Syitah ada jugak berharap agar
dapat buat bisnes dengan menjual cheesecracker tu. Biar bermula dari bawah asalkan nanti membuahkan
hasil yang mengagumkan. Bak kata ibu, mula sikit-sikit dulu in shaa Allah lama-lama nanti sape
tahu kan boleh buat bisnes besar-besaran. Ada rezeki nanti kot boleh bukak
kedai pulak kan? In shaa Allah. Syitah hanya merancang, Allah yang tentukan
segalanya. J
Langkah Syitah dalam bidang ni baru je bermula, memang sangat baru lahh. Masih mentah
lagi tapi Alhamdulillah Syitah dah dapat customer. Pelanggan pertama Syitah
adalah kawan Syitah iaitu Syazwan. Dia beli 2 bekas cheesecracker saiz
sederhana. Then semalam kawan adik Syitah pulak nak beli 4 bekas cheesecracker
saiz kecik. Setakat ni tu jelah. Syukur kepada Allah atas rezeki ni. Walaupun
bisnes ni masih berrgerak perlahan, tapi in shaa Allah kalau kita terus
berusaha dan tak putus asa, ianya akan berkembang dan maju. Rezeki ni takdatang
bergolek, kita kena usaha. ^^
Actually Syitah memang ada plan nak jual kat sekolah lama Syitah,
di mana Syitah pernah menuntut ilmu kat situ selama 7 tahun bermula dari Form 1
sampailah Form 6. Nama sekolah tu SMK Seri Ampangan. Huhu.. Kat situ ada kiosk
and waktu Syitah Form 4 dulu, Syitah ada masuk Kelab Usahawan Muda (KUM) so
adalah jugak ilmu tentang perniagaan dan Syitah rapat dengan guru pembimbing
kelab tu iaitu Cikgu Rohani. Maka saya dah buat keputusan setelah banyak kali
dah fikir, saya nak jual handmade cheesecracker hasil ciptaan saya sendiri di
kiosk tu. Nama kiosk tu Syarikat Imtiyaz Sdn. Bhd.. Kerrlaaaasssss jah nama
tu!! Hahaha..
Tadi Syitah dah call Cikgu Rohani tanya dia sama ada nak
produk baru tak untuk jual kat kiosk. Tapi cikgu nak tahu dulu produk apa so esok in shaa Allah Syitah nak pergi sekolah sebab nak
jumpa cikgu and nak bawak sample sekali nak bagi cikgu rasa. Syitah berharap
sangat cikgu terima produk tu. Lagipun Syitah jual lebih murah berbanding
yang ada di pasaran sekarang. Syitah ingat nak jual yang bekas kecik punya,
kalau bekas sederhana tu akan dibuat MENGIKUT PERMINTAAN. Takkan nak jual kat
kiosk saiz sederhana, kot takde orang beli pulak nanti sebab sasaran pembeli utama
adalah golongan para pelajar. Pelajar pergi sekolah mana bawak duit banyak
sangat kan so Syitah rasa jual yang kecik tu pun dah memadai. Harga pun amatlah
berpatutan.
Syitah harap sangat agar apa yang dirancangkan ni menjadi
kenyataan. Haraplah rezeki Syitah untuk ke arah ni melimpah ruah. In shaa Allah
mudah-mudahan. Korang tolong doakan
sekali eh agar apa yang Syitah nak buat ni berjaya? Terima kasih semua…. In shaa
Allah nanti Syitah akan update kan ke korang tentang bisnes Syitah ni. Semoga
semuanya berjalan lancar. Semoga langkah permulaan ini tidak terhenti di tengah
jalan dan biarkan ia terus melangkah hingga menuju ke puncak. Amin ya rabbal
alamin.
Wassalam ❤
No comments:
Post a Comment