Assalamualaikum, selamat tengah hari semua. This is the 1st post for this week. Ada benda yang Syitah nak share dengan korang. Mesti korang nak tahu ada apa dengan tarikh 4.2.2014 tu. Harap korang sudilah baca ye J
Harini hari Isnin, bertarikh 4.2.2014, GENAP 3 TAHUN ARWAH WAN MENINGGAL DUNIA. Ye memang setiap tahun Syitah akan kira berapa lama dah wan tinggalkan Syitah untuk selama-lamanya. Sedih tu memang sedih. Rindu kat arwah, hanya Allah je yang tahu... Mana taknya, since Syitah lahir lagi tinggal kat rumah wan. Family pun tinggal situ. Bila Syitah Form 2 barulah me and my family pindah rumah sebab sedara dari Kelantan pindah Seremban, then tinggal dengan wan pulak. Ayah pun ada beli rumah tu pun takjauh dari rumah wan. Masih dalam taman yang sama, so selalu jugak berulang-alik ke rumah wan. Berbelas tahun tinggal dengan wan. Syitah rindukan wan sangat-sangat. L
Sejak sebulan dua kebelangan ni pun, Syitah selalu terrmimpikan arwah wan. Selalu dapat jumpa wan dalam mimpi. Ada masanya mimpi tu amat menyedihkan, dan ada kalanya mimpi tu mimpi yang happy, bergembira dengan wan. Pernah haritu Syitah termimpikan arwah, bila bangun terasa sebak sangat then terus menangis.
Tapi.. Alhamdulillah waktu wan masih hidup dulu, Syitah puas dah jaga dia lebih-lebih lagi bila wan makin taklarat. Dapat mandikan wan, siapkan wan, suap wan makan, macam-macam lagi lah.. Okay mungkin takbanyak yang Syitah dapat tolong wan, tapi Syitah puas hati sebab dapat buat tu sume. Dalam masa jaga wan, selalu jugak berdoa andai Allah nak ambik nyawa wan, biarlah waktu tu Syitah menghadap wan, ada dengan wan, Alhamdulillah Allah makbulkan doaku.
Wan, wan sentiasa ada dalam hati Syitah. Semoga wan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga wan tenang di sana. Syitah sayang wan dulu, kini dan selamanya! In shaa Allah. Al-fatihah
Wassalam ❤
No comments:
Post a Comment