Assalamualaikum. Haishh... Lama sudah blog ku ini menyepi kan? Berhabuk, bersawang. Mesti korang rindu kan? Hihi.. Saje perasan kejap. :P
Hari ni dah masuk hari ke-19 Ramadhan. Pejam celik pejam celik, tinggal lagi 10 hari je nak raya. Sedihnya! Cepat sangat masa ni berlalu. Rasa sedih nak tinggalkan bulan yang mulia ni. Bulan ni lah yang banyak keistimewaannya berbanding dengan bulan-bulan Islam yang lain. Banyak kelebihannya yang kita kadang-kadang tak tahu.
Herm, kiranya sekarang ni dah masuk 10 Ramadhan terakhir. Dalam 10 Ramadhan terakhir ni, ada 1 malam yang sangat indah yang dinamakan malam Lailatuldaqar. Malam dimana semua umat Islam berhajat agar dapat menikmatinya. Syitah berharap sangat dapat menikmati keindahan malam Lailatulqadar ni sebab jika seseorang tu dapat bertemu dengan malam Lalilatulqadar, amal ibadat yang dilaksanakan pada malam itu bersamaan dengan amal ibadat selama 1000 bulan. Banyak tu kan? Bayangkan, berkali-kali-kali-kali ganda pahala yang kita akan dapat. Itulah yang Syitah harapkan. Tapi Syitah hanyalah manusia biasa yang serba kekurangan sana sini, yang masih mendalami ilmu agama..... Layakkah untuk menemui malam yang sangat indah tu? Wallahualam. Hanya Allah yang tahu.. Berharap dapat merasai keindahan, keistimewaan malam Lailatulqadar. InsyaAllah.. Moga dimakbulkan Allah. Amin!!
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kita lalui dengan sempurna. InsyaAllah..
Wassalam. <3
No comments:
Post a Comment