Assalamualaikum. Good morning readers! mwehehee.. Hari ni dah masuk 29 Ramadhan bersamaan dengan hari terakhir seluruh umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Dia dah bagi kita kesempatan untuk melaksanakan ibadah suci ini. Tinggal lagi beberapa jam je akan menjelangnya Syawal.
Sempena nak menyambut lebaran ni, Syitah cuti selama 11 hari since 16.8.2012:Thursday until 26.8.2012:Sunday. Alhamdulillah, semua kelangkapan raya dah tersedia, since bulan Mei lagi dah siapkan. huhuu. Baju raya, kasut raya., tinggalkan nak sarungkan je bila raya nanti. Tudung raya Syitah dah rasmikan dulu masa hari tu. hihi.. Semalam kemas rumah woo. Penat saya..... Hahahaha.
Herm, ramai orang yang akan balik kampung bila raya. Tapi Syitah takde kampung sendiri sebab rumah arwah wan dekat je dengan rumah Syitah, dalam 3 minit dah boleh sampai. Tapi setiap tahun bila tibanya Syawal, Syitah & family akan pergi rumah sedara sebelah ayah kat Kuala Pilah & Jelebu. Sebelah ibu pulak dekat Port Dickson. Tapi sekarang ni, atok dah meninggal, nenek sedara yang ada kat situ pun dah meninggal, yang tinggal hanya nenek tiri je, tapi kitorang bukannya raoat pun dengan dia, so rasanya tahun ni tak beraya kat Port Dickson kot. Takpelah kan, apa boleh buat. Asalkan dapat beraya kan kann? :D
Ni nak cerita pasal duit raya. Jangan ingat even Syitah dah besar tak dapat duit raya. Masih lagi dapat. Alhamdulillah lah kan.. Korang dapat jugak tak? Of course lah dapat jugak eyk? ngee.. Dalam family besar Syitah, jika seseorang itu belum bekerja/masih belajar, maka dia akan menerima duit raya. Makin meningkat umur, makin banyak duit raya yang akan diterima. Contohnya, macam Syitah masa kecik-kecik dulu, duit raya takdelah banyak macam bila dah besar ni. Tu yang best tu bila umur makin meningkat ni. Jangan jealous ye kawan-kawan.... Hahax!
Dikesempatan ni jugak, Syitah ingin memohon maaf kepada kalian semua sekiranya semua posts Syitah ni ada menggunakan bahasa yang kasar atau telah membuat kalian terasa hati atau berkecil hati. Syiitah minta maaf sangat-sangat. Kepada sesiapa yang mengenali diri ni, Syitah menyusun 10 jari pohon ampun andai selama kita kenal ni ada tindakan Syitah yang terover yang membuatkan korang tersinggung, andai mulut ni cakap ikut suka je macam takde insurans, andai kelakuan Syitah merimaskan & buat korang rasa menyampah, dan yang paling penting, salah & silap diri ni yang Syitah tak perasan, yang korang tak nampak. Maafkan saya yer??? Korang yang suka mempermainkan nama ayah Syitah, baik minta maaf cepat. Mentang-mentanglah nama ayah den ZAHIR, dorang pun kemaen lagi menekankan perkataan ZAHIR tu bila cakap "Maaf Zahir & Batin". Hahahaa... (actually tak kisah pun dorang cakap macam tu, tak amek hati pun. Malah rasa bangga sebab nama ayah den disebut-sebut. heheh). Sebelum mengundur diri, ada pantun sikit nak bagi korang baca. Pantun ni Syitah reka sendiri tau. No ciplak-ciplak! ^^
Ramadhan akan pergi,
Sayu rasanya hati;
Syawal kembali lagi,
Meraikan kemerdekaan diri.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. :)
Wassalam ❤
No comments:
Post a Comment