Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Salam 1 Malaysia. Salam Merdeka. Whoaaa..... Kali ni banyak greetings kan? ngehee. Alhamdulillah, hari ni dah masuk Syawal yang ke-5 & Syitah masih bernafas, masih dapat beraya lagi. Syukran ya Allah! =')
Dalam masa kita bergembira menyambut Aidilfitri, ada jugak orang yang bersedih, yang tak dapat menyambutnya dalam keadaan yang aman damai. Contohnya macam rakyat Rohingya, Pakistan & rakyat dari negara-negara Islam yang sedang dilanda bencana. Mereka terpaksa menyambut kedatangan Syawal dengan air mata kerana kehilangan ahli keluarga, sanak-saudara & orang-orang tersayang. Kita kat Malaysia ni perlu bersyukur dengan keamanan negara yang dikurniakan Allah.
Tahun ni dah masuk tahun ke-2 Syitah tak beraya dengan orang yang Syitah sayang tu. Dia dah pergi tinggalkan Syitah. Dengan berat hati, Syitah terpaksa terima tu sume dengan redha. Sedih gila weyh!! Tapi ni lah yang dinamakan qada' & daqar Allah. Syitah rapat dengan dia walaupun dulu ada masanya Syitah tak suka dengar bebelannya. Tapi sekarang ni bila dia dah pergi, Syitah rindukan tu sume. Ingatkan last year sempat sambut raya dengan dia, tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi dia. Al-Fatihah......
Tanggal 4 Februari 2011:Jumaat:waktu Asar, Hajah Selamah binti Ali telah kembali ke rahmatullah. Hajah Selamah binti Ali is my grandma but I called her 'WAN'. Arwah wan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, kat Seremban tu yang depan petrol station. Actually seminggu before Wan meninggal, kitorang (my family & my relatives) pergi Kelantan sebab ada sedara bertunang. So waktu kitorang pergi, sedara yang lain jaga Wan, kalau tak Aunty Ma yang jaga sebab family Aunty Ma duduk kat rumah Wan. Kitorang pergi hari Sabtu:29.1.2011 & sepatutnya balik Seremban hari Jumaat:4.2.2011. Before pergi Kelantan tu lagi keadaan Wan memang tak sihat, biasalah sakit tua. Tak sangka pulak bila kitorang dah pergi Kelantan, Wan bertambah teruk. Then masa hari Khamis:3.2.2011:petang, tiba-tiba Makteh called ayah bagitahu keadaan Wan makin teruk, nazak. Kitorang pulak time tu kat rumah orang kawen. Ayah terus cakap kat Aunty Ma & kitorang terus balik kat tempat penginapan, packing barang & straight balik Seremban. Laju masing-masing bawak kereta. Sampai kat rumah Wan pukul 3.00am:Jumaat. Mula-mula sampai tu, Syitah tengok banyak kereta (kereta sedara-mara) kat kawasan rumah Wan. Bila Syitah nak masuk rumah, Syitah tengok ramai orang dah berkumpul sambil bacakan surah Yassin. Ada 1 side, Syitah tengok Wan terbaring kaku atas sofa dengan tangki oxygen lagi, lepastu ada apa tah yang dikepit kat jari Wan untuk check denyutan nadi. Masa tu, hanya tuhan je yang tahu betapa sedihnya Syitah rasa. Mula-mula Syitah tahan jugak air mata ni daripada mengalir, tapi memang tak boleh tahan. Syitah terus menangis. Pastu ayah suruh bacakan "Lailahaillallah" kat telinga Wan. Syitah duduk kat sisi Wan. Masa tu Wan dah nazak. Sedih sangat... Ya Allah..................................
Cuma ada 1 perkara yang Syitah bersyukur sangat, sebabnya Syitah dapat menghadap Wan meninggal. Actually Wan menghembuskan nafasnya yang terakhir depan anak-anak, cucu-cucu & cicit-cicitnya. Syitah bersyukur sebab dapat menghadap Wan dari dia nazak sampailah penghujung riwayatnya. Syitah memang selalu berdoa supaya kalau tuhan nak ambik nyawa Wan, biarlah waktu tu Syitah ada dengan dia. Alhamdulillah, doa Syitah dimakbulkan Allah.. Waktu Wan meninggal jugak lah, first time Syitah naik van jenazah, duduk sebelah keranda Wan. Usap keranda tu. Before Wan meninggal, Wan sakit-sakit tua. Biasalah kan, lumrah hidup. Masa tu, Syitah selalu jugaklah jaga Wan, mandikan dia, suap dia makan, melayan je lah kerenah dia. Kadang-kadang tu sampai rasa tension. Tapi bila dia dah takde, Syitah rindukan suasana tu. Bila teringat balik kenangan tu sume, rasa sedih.
Selalunya bila raya pulak, Wan mesti akan bagi duit raya. Bila dah nak tibanya raya, Wan mesti akan suruh kemas rumahlah, lap tingkap, tukar langsir bagai, basuh itu, basuh ini. Tapi sekarang ni..., dah tak dengar suara tu yang mengarah-arah. Bila masuk kat bilik Wan, macam ada terbau-bau Wan. Tiba-tiba rasa sedih. Tiba-tiba teringat kenangan dengan dia. Since tahun lepas sampailah tahun ni, Wan takde dah untuk sambut raya dengan family besar kitorang. Wan dah takde kat sini. Syitah rindu dia.......... :'( :'( :'(
Moga roh Wan dicucuri rahmat & tergolong dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman & beramal soleh. Wan, kitorang kat sini sentiasa mendoakan kesejahteraan Wan. Syitah rindu Wan sangat-sangat! Al-Fatihah................ :'(
Wassalam ❤
* Cerita di atas adalah benar, bukan rekaan. Terdapat bahagian yang tak diceritakan di sini sebab saya malas nak taip. Untuk cerita lanjut, silalah contact saya @ jumpa saya. Harap maklum. :)