Assalamualaikum. Kali ni nak cerita pasal kerja pulak. Dah seminggu Syitah kerja dah. Kat mana Syitah kerja, korang carilah sendiri yerr. hehe
Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar. Cuma masa mula-mula tu memang agak clumsy. Mana tak nya, baru first time kerja lah katakan. Tapi sekarang ni Syitah rasa enjoy & seronok bekerja. Staff yang lain semuanya sporting. Manager pun boleh tahan jugak sporting. huhu.
Masa first day lagi, Syitah dah dapat kawan dah. Alhamdulillah.. Member-member kerja semua best lah. Semua sengak-sengal belaka & gila-gila jugak. huhuhu. Memang boleh jadi geng ni. hahah.. Kitaorang dah macam family pun ada jugak. Even Syitah baru seminggu kerja kat situ & baru kenal staff situ, tapi Syitah rasa macam dah lama kenal je. Diorang baik sangat. Tak pentingkan diri sendiri & peramah. Syitah selesa kerja dengan diorang.
Tapi nanti bila Syitah nak berhenti kerja, Syitah akan rindu diorang. Cuma tak tahu lagi bila Syitah akan berhenti. Buat masa ni, Syitah okay lagi kerja. Tak ada lah tension2. Syitah jadi cashier., so kalau ada short duit, kena lah ganti bergilir dengan cashier yang lain even bukan kitorang yg buat duit jadi short. Tak sabar nak dapat gaji. haha. Dah dapat gaji nanti, nak simpanlah sikit. Yang lain, untuk perbelanjaan harian. Cewahh!!
Okay lah, sampai sini je Syitah cerita pasal kerja. Kalau ada lagi, nanti Syitah cerita kat post yang lain pulak. hehe.. Good morning, sweetdreams.
Wassalam. <3
No comments:
Post a Comment