Assalamualaikum. huhh.. Semalam Syitah pergi belajar memandu. Tu lah 1st time Syitah bawak kereta. Nervous yang teramat sangat! Mana taknya, yang sepatutnya ajar Syitah trainer perempuan, tapi hubby dia yang tolong ajarkan sebab dia kena ajar lagi sorang student. Dah lah hubby dia badan tough sangat, bekas askar lah katakan, rasa gabra je nak drive. Banyak kali pulak tu enjin mati. hahahahaha
Yang Syitah belajar semalam, side parking & 3 pointer. Naik bukit belum belajar lagi. Then, pusing roundabout & belajar drive kat jalan besar. Lalu jalan 1 iaitu dekat pacific tu. Mula-mula cuak jugak, alhamdulillah lah enjin tak mati masa drive kat jalan besar. Syukur sangat-sangat.. Syitah belajar 2 jam je. Rasa cepat sangat masa tu berlalu. Seriously, macam tak cukup masa. Tapi takpe, ada lagi 6 jam masa untuk Syitah belajar. Moga lepas ni bukan hubby trainer tu yang ajar, nak trainer tu sendiri yang ajar, barulah tak kekok. huhu
Harap-harap lah nanti Syitah dapat buat yang terbaik, especially time test JPJ. Semoga Allah mempermudahkan urusan Syitah AMIN...
Sampai sini je lah Syitah cerita. Malas nak taip banyak lagi. hehe
Lain masa ketemu lagi. wheee
Wassalam ❤
No comments:
Post a Comment