Assalamualaikum & selamat malam! Okay kali ni pun Syitah update malam semata-mata nak share resepi cheesekut. Takboleh nak tunggu esok sebab excited sangat! haha.
Syitah tahu ramai sebenarnya yang reti buat cheesekut sebab senang sangat buatnya. Bahan bahan dia lagilah senang cari dan tak banyak. Asalnya resepi ni Syitah search kat google, then modified lah kan so terhasil lah cheesekut versi Iylia Nasyitah. hihi
Resepi ni untuk hidangan 4-6 orang atau lebih, tapi kalau orang yang gilakan cheese, 2-3 orang pun dah cukup. haha. Okay moh ler kita mulakan!
Bahan-bahan :
- 500g cream cheese
- Biskut 4 segi
- 3/4 susu pekat *kalau suka manis, boleh lebihkan*
- Fresh milk
- Milo
Cara-cara :
Pukul cream cheese hingga lunyai. |
Masukkan susu pekat ke dalam cream cheese yang dah hancur tu. Pukul sehingga adunan sebati. |
Tambahkan 3-4 sudu besar fresh milk dalam adunan tersebut. Syitah letak fresh milk sebab taknak dia terlalu pekat. Kalau letak lebih kot cair sangat. |
Rendam biskut dalam fresh milk. |
HASILNYA!
Cheesekut! |
Alhamdulillah menjadi Syitah buat. Rasa dia pun takterlalu manis, just nice. hehe. Ibu mula mula rasa sikit je, then makan lagi. Huhu alhamdulillah. Tunggu yang lain pulak rasa. Selamat mencuba!
Wassalam ❤
No comments:
Post a Comment