Buddies

Thursday, 2 January 2014

Jilbab elak FITNAH !!

Assalamualaikum semua! Harini Syitah nak kongsikan dengan kalian mengenai pemakaian jilbab. Syitah sekadar nak berkongsi ilmu daripada apa yang Syitah baca. ^^

Jilbab merupakan sejenis pakaian wanita yang longgar, lengkap dengan menutup kepala, leher dan dada. Pakaian seumpama ini adalah perintah Allah SWT kerana ia dapat menutup aurat. Perkataan jilbab diambil daripada perkataan jalabib daripada surah al-Ahzab ayat 59.

Pada zaman jahiliyah, jilbab sudah dipakai oleh wanita Arab dalam kalangan mereka yang baik-baik dan terhormat. Apabila datang Islam, pakaian jilbab itu dianjur dan diwajibkan bagi mengelak daripada fitnah malah kita akan dipandang dengan penuh hormat.

Memakai jilbab ini tidak wajibkan ke atas perempuan yang belum datang haid (rujuk surah an-Nur: 60) kerana ghairah kelamin bagi wanita-wanita golongan ini belum atau sudah tidak ada lagi. Jika ghairah itu ada, maka pakaian jilbab itu diwajibkan juga.

Oleh itu kaum Hawa, marilah kita bersama-sama menjaga kehormatan diri dan berubah ke arah yang lebih baik. Kadang-kala kita perlu memaksa diri untuk melakukan sesuatu kebaikan tetapi lama-kelamaan kita akan terbiasa untuk melakukannya. Masih belum terlambat. :)

Segala salah silap harap dimaafkan. Wassalam ❤


No comments:

Post a Comment