Buddies

Monday, 17 December 2012

Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah di Hotel Marriott, Putrajaya ^^













Assalamualaikum. Hello readers, bloggers & stalkers! Annyeonghaseyo! *Ehh, betul ke ejaan tu?? Haha, abaikan sajaa* Banyak pulak gambar untuk intro haihh. Tapi, kesah pulak saya kann? :P Herm sudah agak lama jugak Syitah tak update blog ni kan? Last update pun beberapa minggu yang lalu. Bukan tak ada cerita nak share, cuma tak ada kesempatan untuk menaip entry. *Cehh, cara cakap macam busy woman pulak. Padahal selalu online Twitter & FB. Hikhik*

Okay okay, kali ni Syitah nak share dengan korang pasal dinner untuk finalis Program Inovasi Usahawan Muda Y Biz Challenge 2012 anjuran SME Bank. Dinner tu diadakan pada hari Jumaat yang lalu, bersamaan tarikh 14 Disember 2012 dan mengikut tarikh kalendar Islam ialah 30 Muharram 1343h. Dinner tu diadakan pada pukul 8.00pm, so dalam pukul 7.30pm dah kena masuk dalam ballroom (takdelah sharp pukul 8.00pm dia start & pukul 7.30pm masuk ballroom. Main agak je masanya. Ngee). Ooopss! Lupa pulak nak bagitahu tempat tu. Dekat Hotel Marriott, Putrajaya. Syitah nak describe sikit pasal Hotel Marriot ni. Memang best gilaa, mewah & elegant, toilet je besar macam dining room & macam macam lagi lah. *Nampak macam gayat tak pernah pergi hotel kan? Tapi Syitah pernah pergi kayy. Saje nak promote hotel tu. :D* Kalau korang nak tahu betapa mewahnya hotel tu, search lah sendiri kat Google ke, ataupun pergi terus kat sana. Heheh..

Before ni Syitah pernah cerita pasal Y Biz Challenge kan? Program yang melibatkan 16 buah sekolah yang berjaya menjadi finalis, yang mewakili negeri masing-masing. Kiranya sekolah Syitah iaitu SMK Seri Ampangan mewakili Negeri Sembilan. Alhamdulillah.. Bangga woot. Hehex. Pertandingan ni merupakan program menginovasikan produk yang mana membuatkan Syitah & ahli-ahli kumpulan berasa sungguh stress. Sampai tak tidur malam lah, rasa give up lah, ada yang menangis lah *cer teka sape yang menangis tu? Huahuahua* Errr, Syitah rasa Syitah dah pernah cerita serba sikit kat blog ni lah, rasanya lahh. Huhu. Tapi korang mesti dah tak ingat siapa ahli-ahlinya kan? Okay Syitah akan sebutkan balik. Saya sendiri, IYLIA NASYITAH BINTI ZAHIR (KETUA), MUHAMMAD AZMAN BIN ZAINAL ARIFIN, MOHAMAD FAIZ BIN MADON & MOHD ZUHAILEE SYAFIQ WON BIN MOHD TAUFIK WON. Hanya sorang saje bunga & 3 orang kumbang. Nasib baik tak kena buli sangat dengan kumbang-kumbang tu. Hahahahah

Kami bertolak dari sekolah pada pukul 6.30pm. Pergi dengan guru pembimbing iaitu PUAN ROHANI BINTI MULUP. Cikgu ni sangatlah sporting dan awet muda jugak. Comel & cantik! Hehee.. Actually pagi tu cikgu called kata suruh kumpul kat sekolah pukul 6.00pm, tapi cikgu terlambat pulak. Yang 3 kumbang tu kena tunggu kat sekolah, tapi Syitah cikgu jemput kat rumah. Haaaa special kan? Hahaha. Actually sebab rumah cikgu dekat je dengan rumah Syitah, just beza taman perumahan je, kiranya taman perumahan dia bersebelahan dengan taman perumahan Syitah. Cikgu datang jemput dalam pukul 6.20pm, hubby dia drive. Then, pergi sekolah sebab nak jemput lagi 3 orang tu & Syitah nak siap pakai coat sume sebab masa kat rumah Syitah just pakai biasa-biasa je dulu. Bila dah ready semua, barulah gerak dalam pukul 6.30pm. Ooomangg aaiii!! Hubby cikgu drive laju yang amat! Syitah duduk belakang sekali dengan Azman *Ainaa, jangan marah tau. Aku takde lebih-lebih, just duduk je. J*, tengah-tengah Zuhailee & Faiz, depan sekali of course cikgu & hubby dia kan.. Nasib baik cikgu bawak kereta Alphard dia, baru selesa. Hihi.. Bila kat highway, hubby cikgu drive sangatlah laju sampaikan Faiz tercari-cari seat belt sebab nak pakai. Syitah kat belakang dah beristighfar & mengucap. Mana lah tahu kan, kot ajal dah sampai masa tuu. So korang boleh bayangkan betapa lajunya hubby cikgu drive? Hohohooho

Akhirnya selamat jugak sampai kat sana dalam pukul 7.28pm *rasanya lah*. Masa kitorang sampai tu, kebanyakan sekolah dah sampai lebih awal. Kalau tak silap waktu tu tinggal sekolah dari Putrajaya je yang belum sampai. Almaklumlah, diorang dekat je kan. Bila dah sampai, terus sign kehadiran & jumpa kawan-kawan dari seluruh Malaysia tu. Dapat lah lepas rindu kat mereka. Di luar ballroom, pihak SME Bank ada menyediakan tempat khas di mana semua prototaip yang dihasilkan oleh semua group, diletakkan kat situ untuk dilihat oleh orang ramai & Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi & dif-dif kehormat. Setiap sekolah ada board masing-masing yang dah diletakkan prototaip & nama kumpulan berserta nama ahlinya. Ada ke patut nama Syitah tersalah taip, diletaknya IYLIA NASTIYAH BINTI ZAHIR. Sejak bila pulak den dah tukar namo? Nama saya IYLIA NASYITAH BINTI ZAHIR tau tau tau. Haahahahaha

Dalam pukul 8.20pm rasanya *Syitah tak tengok pulak jam masa tu*, TMPM (Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia) & beberapa orang dif-dif kehormat membuat lawatan prototaip-prototaip yang ada. Before that, seorang wakil group & guru pembimbing perlu ada kat prototaip masing-masing untuk menerangkan pada TMPM. Sepatutnya wakil untuk sekolah Syitah is myself, tapi disebabkan Syitah gabra sangat, Azman volunteer untuk jadi wakil. So Syitah masuk dalam ballroom, duduk kat meja yang dah disediakan tu. Bila dah habis sesi lawatan dari YB TMPM & dif-dif kehormat, semua wakil masuk dalam ballroom. Then, dalam pukul 9.00pm kot *Syitah tak tengok jam jugak*, kitorang dah start jamuan makan malam. Sambil tu ada persembahan dari Elok-Elok ……… (tak ingatlah apa nama group penari tu. Tapi semestinya kanak-kanak yang menari), ada Toi AF atau sekarang dah ada group iaitu Hyperact yang main Angklong, persembahan yoyo dari Abang Syakil *nama dia Syakil kot, terlupa pulak* & kawan dia (mereka under Yoyo Skeel).
Dah habis makan, ada pulak ucapan dari YB TMPM & err errr…. Pengurus SME Bank kot *main redah je ni sebab penyakit pelupa makin menguasai diri & bertambah teruk*. Lepas dah habis mereke bagi ucapan, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu upacara penyampaian hadiah. Ouhh lupa nak cakap awal-awal tadi kenapa dinner ni diadakan, so Syitah bagitahu sekarang. Dinner tu bertujuan untuk mengumpul semula semua finalis program ni sekaligus mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Nak tahu tak apa hadiah-hadiah yang ditawarkan?? Sila baca di bawah. :P

Pertama: RM10000 (kumpulan) + Galaxy Tab (setiap peserta) + RM5000 (sekolah) + sijil + trofi
Kedua: RM8000 (kumpulan) + Kamera Digital (setiap peserta) + RM3000 (sekolah) + sijil + trofi
Ketiga: RM6000 (kumpulan) + Basikal ( setiap peserta) + RM2000 (sekolah) + sijil + trofi
Saguhati: RM2000 (kumpulan) + RM1000 (sekolah) + sijil + trofi

Eh ehh, ada kategori tambahan lah. Baca di bawah J

Pembentang Terbaik: RM1000 + sijil *tak ingat ada trofi ke tak*
Persembahan Kumpulan Terbaik: RM5000 (kumpulan) + sijil *ni pun tak ingat ada trofi ke tak*

Herm, korang mesti tertanya-tanya, sekolah Syitah dapat tempat je berapa kann? Mesti korang dah tak sabar nak tahu kan? Hahaha, perasan jela aku nih. Jap lagi Syitah bagitahu kay. Tempat pertama dimenangi oleh SMS Hulu Selangor, Selangor atau lebih dikenali sebagai SEMASHUR. Tempat kedua pula dimenangi oleh SMK St. Teresa, Sarawak & tempat ketiga dimenangi oleh SMKA Sheikh Abdul Malik,Terengganu. Haaaa nama sekolah Syitah takde kan antara tempat pertama hingga ketiga tu?, so maknanya kami dapat seguhati lah. Walaupun Syitah agak kecewa, tapi mungkin setakat tu rezeki kami kan? Alhamdulillah *dalam hati hanya Tuhan yang tahu*. Pembentang Terbaik pula dimenangi oleh Mohd Faiz bin Mohd Zamir dari Madrasah Idrisiah, Perak, manakala Persembahan Kumpulan Terbaik dimenangi oleh SMS Hulu Selangor (SEMASHUR). Dah habis majlis penyampaian hadiah, cikgu mulalah suruh kitorang bergambar. Huu.. Dalam pukul 11.45pm, kitorang bertolak balik ke Seremban. Sampai sini dalam pukul 12.30am. Cepat kan? Sebab hubby cikgu drive laju jugak. Seronok seronok. Hahah. Cikgu hantar 3 kumbang tu kat sekolah sebab parents masing-masing jemput & seperti biasa, cikgu hantar Syitah sampai rumah. Ngeee

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG. Mana yang dapat saguhati pun, dikira pemenang jugak sebab kami dah berjaya mara hingga ke final kan?? Ni semua pengalaman yang sangat bermakna. We’re still the winner, winner never lose. Tahun depan program ni diadakan lagi, tapi Syitah dah tak dapat join sebab ayah dah tak bagi ‘cause busy sangat, lagipun next year Syitah ada 2 peperiksaan besar. Maybe orang lain pulak yang akan mewakili sekolah Syitah untuk program ni tahun depan. Lagipun this year is the first year program ni diadakan. Kebanyakan yang masuk Y Biz Challenge tahun ni, semua junior (ada Form 3, Form 4, Form 5), hanya 2 buah sekolah je yang mewakilkan Form 6 iaitu sekolah Syitah & SMK Maran, Pahang. Kepada adik-adikku yang dah menyertai Y Biz Challenge tahun ni, join lah lagi tahun depan. Akak doakan yang terbaik untuk korang. Tapi memang stress tahap gaban lah bila join benda ni, sebab kena memerah otak bagai nak rak untuk bagi idea & banyak cabarannya. :D

However, this programme is the best! Dari mula Syitah join, masa semi-final, then pergi bootcamp kat A’Famosa Resort, Melaka sampailah final kat bangunan SME Bank, banyak kenangan yang tak dapat dilupakan.Pahit manis semua kita hadapi bersama. Walaupun berjauhan, tapi setiap group dapat rasa susah senangnya menghadapi program ni. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Makin jauh kita pergi, makin bertambah pengalaman. Kalau nak cerita pasal pengalaman & kenangan tu, memang tak larat Syitah nak taip panjang-panjang lagi sebab ni pun dah cukup panjang. Hikhik.. Cukup lah sampai di sini Syitah bercotcet-cotcet. Penat dahhh. Bawah ni Syitah letak gambar-gambar untuk korang tengok. Salam sayang & salam rindu buat semua ^^

Wassalam ❤


Produk kami, Imtiyaz iPad & Tablet Holders. Nak beli? Kena buat tempahan dulu. Jika berminat, sila PM di FB atau DM di Twitter (@iyliaNasyitah) *sempat lagi promote. huahua



Azman menerangkan tentang protoaip kami kepada YB TMPM.

No comments:

Post a Comment