Assalamualaikum. Syukur! Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana masih memberi Syitah peluang untuk bernafas di atas muka bumi ni, masih beri Syitah peluang untuk update blog ni. Syukran jazilan :')
Kelmarin, hari Jumaat, Syitah pergi kem RES Q. Kem RES Q ni kat PJ Perdana je, so dekat lah dengan rumah Syitah. Kem tu actually untuk students Pra-U je, tapi disebabkan ramai yang tak pergi, so cikgu bagi peluang untuk students Form 5. Total adalah dalam 50 orang kot. Kem tu just like kem yang berlandaskan ilmiah.
Kem RES Q ni hanya dari hari Jumaat sampai Sabtu je. Bila kira-kira, tak sampai 2 hari pun, hanya 1 setengah hari je. Kem ni tersangat lah best! Rasa macam tak cukup je 1 setengah hari, nak tambah hari lagi..... Rugi je tau sesiapa yang tak pergi tu. Actually, mula-mula Syitah malas nak pergi sebab kena bayar, tapi bila dah pergi, tak rasa menyesal pun sebab kem tu seronok. Penceramah pun tak membosankan, banyak buat lawak pulak tu. Kalau lah dapat putar balik masa ni, Syitah nak stop kat situ & nak terus dengan kem tu lama-lama. Betapa bestnya kem tu. Rugi-rugi sape yang tak pergi. hihihi
Eherm, kalau nak diceritakan lagi, banyak lagi yang best-best, tapi Syitah dah penat nak taip. Hahaa.. So sampai sini je lah dulu Syitah share dengan korang. Kalau ada masa lagi, nanti Syitah update lagi cerita pasal kem ni yer? Salam sayang untuk semua.
Wassalam ❤
No comments:
Post a Comment