Buddies

Monday, 19 March 2012

Makin hampir.. ggrrr

Assalamualaikum. Hye hye hyeee.. Nak tahu apa yang makin hampir? Result SPM laa. Syitah kan calon SPM tahun lepas, 2011. ^^

Result keluar hari Rabu ni bersamaan 21.3.2012. Masa awal-awal dulu kata result keluar hari Khamis bersamaan 22.3.2012, tapi haritu tiba-tiba pulak dapat berita kata keluar 21.3.2012. Nervous woo! Lagi sehari je kott.. Syitah harap batch '94 dapat result yang cemerlang. InsyaAllah, AMIN..

Hari ambil result ni, Syitah kena kerja pulak tu. SEDIH SANGAT! ;(
Syitah nak cuti! Kawan-kawan lain yang kerja, dapat cuti.. Nanti hari Rabu tu, Syitah kerja petang. Masa tu, Syitah sorang je 'budak SPM' yang kerja kat tempat kerja Syitah tu. Rakan seperjuangan yang kerja kat situ, dapat cuti. Erm tapi takpe la, maybe ada hikmah disebalik semuanya.

Syitah harap pada result ni, dapat 5A (A+,A,A-) dan ke atas pun, syukur Alhamdulillah. Tapi yang paling penting, harap sangat takde gagal.. InsyaAllah. Ape boleh buat, slip result tu semua dah siap dicetak, tinggal nak agih-agihkan je kat sekolah-sekolah. Tawakal aje laa...

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, BIARLAH KAMI MENANGIS KEGEMBIRAAN DAN JAUHKAN LAH KAMI DARIPADA MENANGIS KEKECEWAAN PADA HARI RABU INI.. HANYA PADA-MU KAM,I MEMOHON BELAS KASIHAN.. AMIN YA RABBAL ALAMIN......

Wassalam. <3

No comments:

Post a Comment