Assalamualaikum, selamat petang! Okay mungkin ada yang tahu and mungkin ada jugak yang taktahu. Harini pendaftaran untuk pelajar Form 6 atau kini dikenali sebagai pelajar Pra-Universiti. Almaklumlah sekarang ni dah sistem baru :) Syitah ambik tahu hal ni semua sebab Syitah bekas pelajar Pra-U so rasa rindu form 6. huhu
Tadi Syitah memang stay kat sekolah sebab tolong tolong kat kiosk tu. Sambil tu tengoklah bebudak form 6 mana yang daftar harini. Tengok macam takramai je. Pastu diorang kata pun tak ramai Melayu. Mungkin jugk sebab awal-awal ni ramai yang masih tunggu UPU, tapi maybe lelama nanti ramailah kot. Untuk tahun ni, students form 6 dah boleh pakai baju biasa, smart and casual. Maknanya sape yang upper six tu pun dah mulalah pakai baju biasa harini. Macam kat sekolah Syitah, diorang akan pakai baju biasa pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat je. Selasa baju MPP and Rabu ikut badan beruniform. Pada mulanya memang jealous bila tengok, tapi bila fikir-fikir balik pening sebenarnya sebab kena fikir nak pakai baju ape setiap hari. Takkan nak pakai baju sama kan? Terutamanya perempuan. Almaklumlah perempuan kan cerewet sikit bab bab pakaian ni. *untuk diri sendiri juga. Hahah.. Yang bestnya pakai baju sekolah ni, terasa awet muda. Yelah budak sekolah kan muda. hewhew
Cuma... Ada 1 perkara yang Syitah takfaham. Kenapa orang pandang negatif/rendah pada Form 6? Mungkin sebab diorang fikir : "Oh form 6 ni kat sekolah. Ape kelas dah habis SPM tapi still sekolah" "Kalau masuk form 6 kena ikut peraturan sekolah. Handphone takboleh bawak" "Form 6 ni susah. Kalau fail kena amek diploma balik" "Form 6 ni bla.. bla.. blaa.. blaaaa....." Haih form 6 itu form 6 ini itu ini itu ini dan macam macam lagi.. Sedangkan tu semua hanya mindset diorang. Diorang takmasuk, so diorang taktahu macam mana. Alhamdulillah batch Syitah ramai je lulus cemerlang amek STPM. Yang penting kena usaha lah kan. Kalau tak usaha memanglah rasa susah.
Ingat taksedih ke bila kita amek STPM, tapi orang pandang rendah/negatif dengan taraf tu, pastu komen macam macam. Kata itu ini. Setiap perkara ada kelebihan kekurangannya. Alhamdulillah ada sorang kawan Syitah tu kata "Kau tahu tak, kat U aku, lecturer aku lagi pandang budak STPM" dan kata-kata dia tu membuatkan Syitah lebih bersemangat :') Sebelum sebelum ni, kalau orang tanya Syitah belajar mana, mesti rasa rendah diri sangat nak cakap yang kita ni amek STPM. Alhamdulillah sekali lagi, Syitah dah lepas semua tu, Syitah bersyukur dengan result yang dah dapat.
Hahaha okay papepun Syitah rasa rindu sangat nak sekolah balik lebih-lebih lagi tengok budak daftar tadi. Teringat zaman Syitah mendaftar dolu dolu :D Rindu nak pakai baju sekolah! Rindu kelas! Rindu cikgu cikgu! Rindu semuanya tentang sekolah! Sayang weh kat SMK Seri Ampangan tu. Dari form 1 sampai upper 6 kat situ ek. Hihi. Tu jelah kot.
Wassalam ❤
|
Rindu. |