Assalamualaikum. Hye stalkers, hye bloggers. Welcome to my simple-dimple blog. Ahaa :D
Okayh, do all of you wanna know something? Just say "Yaa! I want to know!" Hahahaha.. Okay-okay, takmau mengarut lebih-lebih. Nanti AndaAndaAndaAndaAndaAnda menyampah pulak kann? Tehee
Ni nak citer, semalam Syitah masuk Pertandingan Pidato, this competition is only for the Pre-U students. Pertandingan tu semalam bersempena dengan Hari Koperasi Sekolah, tapi Syitah prepared everything beberapa belas jam sebelum bermulanya competition; kiranya waktu malam kelmarin lah. Memang last minute punya preparation lah. Isi-isi sume Syitah ambik dari internet je, zaman kan serba canggih sekarang. huhu.. Malam tu lepaz dah siapkan skrip pidato, Syitah terus hafalkan. Sampailah pukul 2.15am, so dalam 2.30am baru Syitah tidu. Then, pukul 4.00am bangun balik semata-mata nak hafalkan skrip tu. Bila pergi sekolah, sambung hafal balik. Haishh, ni lah padahnya buat kerja last minute kan.
Hanya 9 orang je yang join competition ni. Alhamdulillah before start, Syitah dah ingat serba sedikit skrip tu, tapi bila tibanya masa untuk Syitah cakap kat depan, langsung tak ingat. Entah hilang ke mana ayat-ayat tu semua. Haha.. Tajuk pidato tu 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat'. Nak tahu tak, Syitah orang first yang kena berpidato. Memang cuak gilaaaa lah! Masa tengah berpidato, tba-tiba tergagap pulak. Kononnya taknak tengok kertas, tapi lastly Syitah tengok jugak sebab dah parah sangat Syitah punya penyakit pelupa masa tu. hihi
Bila dah habis semua orang berpidato, tibalah masanya untuk diumumkan para pemenang. And you guess what? Alhamdulillah, I won! Even dapat saguhati je. Alhamdulillah sangat, ni dah lah first time Syitah join pidato, sekali rezeki berpihak pulak kat Syitah. Daripada 9 orang yang bertanding, only 6 of us yang dikira pemenang. Ada 3 saguhati and Syitah salah sorang yang dapat saguhati tu. 1st place: Farhan~Pre-U1 Melati, 2nd place: Fazrin~Pre-U1 Teratai, 3rd place: Abg Hoo~Pre-U2(taktahu nama & kelas dia apa), 4th place: tak ingat siapa, 5th place: Kak Hazimah~Pre-U2 Melur, 6th place: Iylia~Pre-U1 Mawar(me). InsyaAllah, next Monday cikgu sampaikan hadiah kat masa assembly. yuhuuhu! :P
Erm, my sister nak online pulak. I have to go now. Do miss me yaa! Hahax. Salam rindu, salam sayang untuk semua.
Wassalam. <3
SKRIP PIDATO (mine)
SKRIP PIDATO (mine)
" Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh & salam perpaduan bertatahkan intan kemesraan saya ucapkan
kepada Tuan Peneraju Majlis, barisan panel juri nan bijak bestari, penjaga masa
yang setia dengan detik waktunya, dan seterusnya hadirin yang ceria di hati
tinggi pekerti.
Hadirin yang saya muliakan,
Mauduk pidato yang akan saya sampaikan ialah “Koperasi
Membina Kesejahteraan Sejagat”. Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytihar 2012 sebagai Tahun Koperasi
Antarabangsa (IYC) pada Oktober lepas dengan bertemakan ‘Koperasi Membina
Kesejahteraan Sejagat’. Diharapkan dengan tema tersebut dapat memberikan kepada
kita semua satu gambaran bahawa dengan berkoperasi ini sememangnya manfaatnya
seluas isi alam. Sambutan Hari Koperasi Sekolah
ini telah diadakan serentak di seluruh negara bermula 11 Jun hingga 12 Julai
2012. Secara umumnya, koperasi merupakan perniagaan yang dimiliki dan dikawal
secara demokratik oleh sekumpulan manusia yang mempunyai tujuan yang sama
dengan menggunakan perkhidmatannya serta mendapat faedah yang diagihkan sama
rata atas penggunaan perkhidmatan tersebut.
Hadirin penggerak wawasan,
Pemimpin pelapis diperlukan dalam mana-mana organisasi bagi
meneruskan perjuangan yang telah diwujudkan sekian lama, terutamanya dalam
gerakan koperasi. Pemimpin baru perlu bagi menyalurkan idea yang lebih bernas
dan memberangsangkan dan diharap membawa perubahan kepada koperasi. Bukan mudah untuk melahirkan pemimpin yang
memenuhi matlamat koperasi, ia memerlukan perkongsian pengalaman dan bimbingan
daripada pemimpin yang lama kepada pemimpin muda. Prinsip koperasi juga boleh
menjadi mekanisme dalam mewujudkan pemimpin pelapis dalam koperasi, sekaligus
dapat mengeratkan hubungan sesame mereka.
Di samping itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan rakyat agar memupuk
minat berkoperasi untuk menjadikannya sebagai budaya hidup. Beliau berkata
koperasi mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dan
kebanyakkannya kini aktif dalam pelbagai sektor termasuk pemborongan dan
peruncitan, perladangan, perumahan, pelancongan, perkhidmatan, pengangkutan,
pertanian serta industri asas tani. Sehubungan itu, Datuk Seri Ismail Sabri
berkata kementeriannya menerusi program 1Komuniti 1Koperasi (1K1K) menyasar
untuk mewujudkan koperasi dalam semua komuniti termasuk di kawasan kediaman,
kariah masjid, keluarga, persatuan dan badan bukan kerajaan.
Hadirin yang saya hormati,
Koperasi kini ke arah
modal insan kelas pertama. Koperasi satu gerakan yang besar di Negara ini.
Sehingga kini, bilangan koperasi berdaftar di seluruh negara adalah dalam
lingkungan 5000 buah koperasi. Keanggotaan koperasi juga telah meningkat kepada
6juta orang. Kekayaan dan kekuatan yang ada pada setiap koperasi harus
digunakan sebaik mungkin bagi tujuan pembangunan modal insan untuk memastikan
koperasi terus berkembang dan dapat melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya.
Selain berteraskan kepada aspek sosial & ekonomi,
penubuhan koperasi juga berteraskan kepada pemupukan budaya yang positif di
kalangan anggota-anggotanya. Koperasi tidak akan terbentuk sekiranya tidak ada
konsep kerjasama antara anggota. Penubuhan koperasi di peringkat sekolah turut
membangunkan modal insan di kalangan pelajar sekolah. Selain menggalakkan daya
keusahawanan dalam kalangan pelajar, ia juga berfungsi untuk merealisasikan
falsafah pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang baik, seimbang dan
harmonis dalam pelbagai aspek iaitu aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Hadirin yang dikasihi,
Intihanya, pengwujudan koperasi memberi banyak faedah kepada
manusia sejagat. Hal ini merangkumi dari pelbagai aspek, sama ada dari aspek
ekonomi, modal insan, negara mahupun masyarakat. Semoga koperasi akan terus
berkembang maju pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "